Budaya Hidup
115 views ,Memang benar kata orang :
“Bukan semua orang yang berpangkat tinggi suka bergaul dengan orang bawahan”
Apakah yang kita perlu tahu mengenai orang atasan dan orang bawahan ?Apabila kita menyebut sahaja orang atasan,sudah tentu kita mungkin akan berfikir bahawa mereka terdiri daripada orang yang berpangkat tinggi atau pemilik sesuatu perusahaan atau syarikat.
Dan “orang Bawahan” pula ialah orang yang bekerja didalam sesuatu syarikat itu sebagai orang gaji atau yang menjadi pelaksana kepada syarikat tersebut.Jika andaian ini salah,kemungkin kita perlu merujuk kepada orang perseorangan untuk menerangkan hal ini.
Kebanyakan orang atasan didalam satu-satu syarikat sukar sekali bergaul dengan “orang bawahan”.Apatah lagi bertegur sapa atau berbincang dengan mereka.
Jika kita hanya mengharapkan satu ketua didalam satu kumpulan,apatah lagi jika ketua tersebut tidak jujur atau tidak ada rasa tanggungjawab terhadap tugasnya,sudah tentu masalah didalam kumpulan tersebut tidak dapat diselesaikan , malahan akan menimbulkan curiga dan rasa tidak senang kepada pihak lain.
Sebagai seorang presiden persatuan warganegara Malaysia,Simon D tidak pernah memandang rendah kepada semua orang,malahan beliau suka bertemu muka dengan orang-orang yang tidak setaraf dengannya , tanpa mengira pangkat dan darjat.kesudihannya membantu orang yang dalam bentuk sokongan moral kepada mereka yang memerlukan membuatkan ramai orang yang yang mengenalinya terhutang budi dengannya..
Baru-baru ini perayaan hari Gawai yang di adakan di dewan serbaguna RC telah dihadiri oleh orang cina , kadazan, dusun dan suku kaum lain dengan tarian dan pakaian tradisional yang tersendiri.Turut diundang juga ialah daripada suku kaum Tamil,Filipino.Akan tetapi kebanyakan mereka berasal daripada Sabah dan Sarawak,yang bekerja di Brunei.
Presiden Persatuan Warganergara juga turut diundang didalam perayaan bagi memeriahkan lagi sambutan hari gawai dan pesta kaamatan tersebut.
Walaubagaimanapun,tidak semua yang hadir didalam perayaan itu berpakaian baju tradisional tetapi jelas kelihatan bahawa kebudayaan boleh menyatupadukan satu-satu kaum.
Saya difahamkan bahawa semua pekerja dari Malaysia yang bekerja di Brunei seharusnya mendaftarkan diri atau bergabung dengan persatuan warganegara Malaysia di Brunei Darussalam.
Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Persatuan ini,sila layari laman web http://www.pwmbrunei.org atau klik disini and See YAB Prime Minister’s Visit - PWM’s Gallery.
Note: Saya sendiri masih belum mengemaskinikan lagi keahlian didalam persatuan warganegara Malaysia . ![]()





October 2nd, 2007 at 2:15 am
saya berminat hendak mengetahui lebih lanjut tentang website ini
[Reply only this thread]
October 2nd, 2007 at 2:34 am
Hai Thena,saya cuma pautkan website pwm didalam website piasau dan cuma ahli biasa dPWM.Saya bukan Madorator website pwm.Kalau Thena mahu info lain untuk cari kerja di Brunei,boleh lihat di Where2kerja.Com (kalau saya tak silap) Semoga berjaya…
[Reply only this thread]