Laporan Majik ( Siri 03 )

51 views ,

Cuba kita baca kod ini. (Sebenarnya bukan kod,ia adalah satu formula biasa) Kod yang dihasilkan akan menjadi satu teka teki dan formula yang dibaca akan menjadi satu idea apabila digabungkan kedua-duanya.

Kod boleh sahaja menjadi seperti:
)(/>*]{[ == \| ... dan sebagainya.Dan ia adalah sesuatu yang rahsia.

Dan formula pula boleh menjadi seperti ini.

Usaha + Doa = Kejayaan dan boleh diterjemahkan menjadi formula U+D=K

Kesilapan mentafsir kod biasanya akan menjadi masalah kepada pembaca .Contohnya U boleh jadi Unta dan D boleh menjadi Daging.Dan hasil terjemahannya ialah Daging Unta. Hahaha. :) ,

Formula yang terhasil daripada kod bila kita mentafsirnya dengan teliti.

Formula A:

01. Blog Boleh Buat duit melalui internet
02. Blog boleh buat duit melalui minat.

Gabungkan kedua-duanya akan menjadi = Pendapatan

Kesilapan mentafsir daripada formula A apabila internet boleh buat duit melalui blog atau minat boleh membuat duit melalui blog.Inginkan huraiannya ?

Kajian kes didalam formula A: (Huraian Singkat)

Blog boleh buat duit melalui internet tapi bagaimana caranya supaya blog dapat menghasilkan duit? Kita mula buat duit apabila kita mula menulis dan jadikan ianya satu hobi atau minat.Orang lain boleh mempengarui minat atau hobi kita.Berkongsi pengalaman dan minat yang sama dan kemudian tukarkan kepada pndapatan dan mula serius untuk melakukannya.

[ Contoh lain : Jika kita hendak mengenali seseorang atau minat dengan si dia (Male or Female) , kita tidak harus terjun kepada I Love You.Kenalah kita menyesuaikan diri dengan dia dulu , kemudian, kaji apa yang dia minat dan mulalah mengambil bahagian dengan minatnya itu dan ..Bila dah seimbang,bolehlah katakan sesuatu kepadanya dan saya pasti anda mulai serius mengenainya bukan!. Tapi pastikan yang tidak ada orang yang punya,kalau dah berpunya,tak palah,Sekurang-kurangnya,kita dah buat latihan.Hehehe. :) ]

Kalau kita tinggalkan salah satu daripada formula tersebut,ianya tidak akan menjadi lengkap.Contohnya .Michael Jackson menyanyi pada mulanya adalah kerana minat.Tetapi apabila dia sudah dikenali ramai,maka minatnya itu dia “turn” kepada sumber pendapatan.Dan dia mulai serius untuk mengambil alih setiap hari untuk menghiburkan hati penonton dengan mesejnya yang tersendiri.

Jadi kodnya bagaimana ? Oh ya, Bukan kod tapi satu formula biasa.Jika Michael Jackson tidak Menukar minatnya kepada idea untuk mendapatkan sumber pendapatan , maka dia tidak akan menjadi terkenal kerana dia tidak serius .Jadi,kalau kita membuat duit melalui blog,pastikan jangan lupa minat kita untuk menulis blog ditukar kepada idea pendapatan.Jika tidak,maka akibatnya kita tidak akan mendapat apa-apa.

Ok, Ini mungkin daripada Figure Code yang harganya beribu ringgit tu.Tak tahulah.Cuba teka atau beli produk tersebut.Shhh !! diam-diam.Orang Barat mungkin tidak akan faham dengan figure Kod versi Bahasa Malaysia ni.Haha.

Gambaran Kod yang diperolehi boleh mencipta satu idea yang luar biasa kepada sesiapa sahaja yang boleh mentafsirnya dan pastikan dapat ditafsir dengan mudah dan betul.Jika salah tafsir,maka jadinya,kita terlalu banyak menimbulkan prasangka kepada orang lain dan diri sendiri dan menjadi satu tentangan yang hebat,yang sedang bergolak didalam diri kita .

Note: Blog peribadi biasanya ditulis secara peribadi dan blog perniagaan ditulis dalam bentuk blog perniagaan.Jadi buat duit melalui blog itu adalah bergantung kepada cara kita mengolah blog kita

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

6 Responses to “Laporan Majik ( Siri 03 )”

  1. abdfatah Says:

    ooooo…. begitulah ceritanya. kena gunakan kod pada keadaan yang bersesuaian dan makna yang sepatutnya… jika tidak akan bermasalah besar nanti…

    [Reply only this thread]

  2. San Says:

    Sebenarnya itu cuma satu formula sahaja supaya lebih mudah difahami.:)

    [Reply only this thread]

  3. dott-com Says:

    sekali baca mmg kurang paham, apa yg san tulis ni kena baca 2 kali baru paham…yer aku baca 2kali…kod nih boleh ditafsirkan sbg idea la kan, tp idea yg diolah..

    [Reply only this thread]

  4. san Says:

    Ya, idea ini ialah satu formula yang diolah menjadi satu bahagian yang lebih mudah difahami.Tidaklah terlalu susah sangat.

    [Reply only this thread]

  5. adila Says:

    mmm…saya pun sekali baca…blur..tapi bila baca sambil berfikir…baru la dapat apa yang nak disampaikan…formula yang trelah diolah..
    tq datang jenguk blog saya…

    [Reply only this thread]

  6. san Says:

    Haha,saya sarankn baca dua kali kalau tak faham.sa sdg mnyiapkn laporan siri 4,tapi saya masih ulang2 baca bhgian ni utk dpt gabungkan idea dlm siri 4.Harap2 dpt membantu …Thks Adila.sa rasa ruangan komen ni mcm ruangan forum pula ya,

    [Reply only this thread]

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link