Pembawaan Diri

64 views ,

Kehendak,keinginan,perasaan adalah berbeza untuk setiap individu.Sebab itu jika kita pergi di mana-mana restoran ,mereka sudah pasti akan menyediakan banyak pilihan untuk dimakan dan diminum.

Anda tahu mengapa mereka mesti menyediakan banyak pilihan itu ? Manusia mempunyai kehendak dan keinginan yang berbeza-beza.Dan itulah milik kita.Semua kehendak yang kita miliki akan memandu kita untuk menjalani kehidupan ini.Dan itu adalah milik orang perseorangan.Dan itulah pembawaan kita.

Manusia adalah sama tetapi pembawaannya berbeza.Rambut sama hitam,hati lain-lain.Contohnya , jika orang itu suka berusaha,dan itulah pembawaannya dan dia akan berusaha sehingga berjaya.Jika seseorang itu pemalas,dan pembawaannya ialah pemalas dan itulah yang dimilikinya tetapi dia akan dipengaruhi oleh pembawaan orang lain yang suka berusaha jika dia mempunyai keyakinan untuk menukar dirinya menjadi seorang yang suka berusaha.

Walaupun manusia ada yang pemalas dan suka berusaha,ada kalanya kita akan terperangkap di antara kedua-duanya.Sebab itu,kadang-kadang kita merasa malas oleh kerana kita lalai dengan pembawaan kita yang suka berusaha.

Pembawaan seseorang boleh mempengarui individu yang lain tetapi ianya tidak boleh dikatakan sebagai satu pengaruh yang melibatkan bangsa atau anutannya.Contohnya , bangsa A adalah pemalas tetapi bangsa B,rajin.Maka,jika bangsa A mula melihat Bangsa B pemalas,maka setiap orang yang berasal dari bangsa B adalah pemalas.Tetapi pada hakikatnya,tidak semua mereka itu ( Bangsa B ) mempunyai pembawaan yang sama .Ini kerana pembawaan itu adalah milik individu itu sendiri dan bukannya milik bangsa atau anutannya.”The choice is Yours and not them.”

Sekiranya pembawaan itu adalah milik bangsanya,bererti tiada seorang pun didalam bangsa itu berubah atau sebaliknya.Jika pembawaan itu adalah milik daripada anutannya,bererti tiada satu pun fakta yang harus diikuti berdasarkan apa yang dianutinya.Oleh sebab itu, tiada keterangan yang membuktikan pembawaan itu adalah milik bangsa atau anutannya,melainkan itu adalah pembawaan dari diri sendiri.

Bukan bererti tidak mengikuti perintah dengan apa yang dianutinya .Biasanya perintah itu baik tetapi kita sendiri yang tidak dapat membawa perintah itu didalam diri kita sebab kita dengan sesuka hati mengikuti kehendak dan keinginan kita.Jadi,kita tinggal didalam pembawaan peribadi kita sendiri dan bukan didalam perintah itu.

Masih tidak faham , Saya berikan contoh lain :

Ada orang yang suka marah tetapi bukan semua orang suka marah.
Ada orang yang suka buat baik,tetapi bukan semua orang suka buat baik
Ada orang yang suka menangis,tetapi bukan semua orang suka menangis.
Ada orang yang suka mengejek,tetapi bukan semua orang suka mengejek
Ada orang yang suka berpakaian seksi tetapi bukan semua orang suka berpakaian seksi
Ada orang yang sukakan kedamaian tetapi bukan semua orang sukakan kedamaian.

Jadi,ianya bermula daripada diri sendiri …..Selidiki hati masing-masing kerana didalamnya terdapat sesuatu yang harus diubah dan harus dikekalkan..

Hayatilah rukun Negara Kita Malaysia jika inginkan kepastian mengenai huraian di atas.Jangan biarkan hidup anda diselubunyi misteri…. :)

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link