Persaingan yang sihat
40 views ,Terdapat berjuta-juta laman web yang wujud didalam internet.Mereka hadir samada untuk bersuka-suka atau menjual barangan dan perkhidmatan dan persaingan mula wujud apabila terdapat orang lain juga yang menjual didalam satu saluran yang sama.
Saya pernah pergi ke pasar Kota Kinabalu ( Di atas ) terdapat banyak gerai yang menjual makanan .Apabila pelenggan mula datang,mereka semua berebut-rebut untuk menarik pelenggan supaya datang di tempat mereka sendiri dan kalau boleh jangan di tempat orang lain sehingga menghalang “pelenggan” untuk membuat keputusan yang mana satu gerai makan yang harus mereka (pelenggan) pergi.
Dalam masa yang sama juga peniaga yang lain mulai bergaduh dan tidak tahu apa yang terjadi selepas itu (Umpat mengumpat) kerana berebut-rebut memiliki pelenggan yang datang .
Jika kita ingin menjadi orang yang positif,bergaullah dengan orang yang bersikap positif.Jika fikiran kita selalu negetif maka kita tidak akan dapat mengenali sejauh mana kemampuan kita untuk bersaing dengan positif kepada yang lain dan akhirnya kita kalah dan hilang (lesap) didalam …
Adakah anda dapat melihat sejauh manakah persaingan yang sihat wujud di kalangan peniaga internet pada hari ini ?






Leave a Reply