Apakah maksudnya kejayaan ?
68 views ,Mungkin minggu ini,saya tidak banyak bercerita mengenai perniagaan internet atau yang berkaitan dengannya tetapi saya cuba menulis untuk memotivasikan diri saya sendiri .Bagi anda,apakah maknanya kejayaan itu ?Saya mungkin membuat definisi yang salah mengenai kejayaan atau sebaliknya.
Ini kerana Kejayaan bukan sahaja terletak pada wang dan harga benda yang kita miliki.Ianya adalah sesuatu yang boleh membantu dan membahagiakan orang lain.Kejayaan itu adalah bergantung kepada keyakinan seseorang untuk maju atau sebaliknya.
kemungkinan kita sudah berjaya didalam perniagaan tetapi yang lain sudah berjaya untuk memberikan perdamaian kepada orang lain atau kedua belah pihak yang sedang bertelingkah.
Mungkin banyak orang akan berkata bahawa kejayaan yang paling besar dimiliki oleh seseorang ialah apabila dia sudah membeli rumah yang besar dan memiliki kereta mewah.
Secara keseimpulannya,definisi kejayaan itu tidak tertumpu pada satu bidang atau kejayaan yang bersifat material.Kejayaan juga boleh didefinisikan sebagai seseorang yang telah berubah minda dan hidupnya untuk menerima perubahan didalam alam sekelilingnya .
Bila kita berjaya mengatasi diri sendiri daripada mementingkan diri sendiri,maka itu juga boleh didefiniskan sebagai kejayaan seseorang untuk keluar daripada mindanya yang tertutup dan tidak sedarkan diri.
Kejayaan ialah sesuatu yang boleh membantu kita untuk keluar daripada masalah kesombongan kita. dan ianya merangkumi percintaan , perasaan dan komitment .Dan semua itu boleh mempengaruhi kepada kejayaan kita.Contohnya, kita mungkin tidak boleh hidup tanpa cinta.Cinta yang membuatkan kita terus untuk maju adalah cinta sejati yang boleh membantu kita untuk keluar daripada jalan yang membelenggu kita.
Tiada siapa tahu yang kejayaan untuk mengatasi segalanya ialah definisi kejayaan yang luar biasa dan boleh membuatkan orang lain menjadi sama seperti anda dan saya iaitu ingin berjaya .
Kemungkinan juga kita berjaya didalam memerangi fikiran negetif kita tetapi kita tidak berjaya untuk mengatasi masalah kita sendiri iaitu kesombongan atau sesuatu yang materialistik.
Secara keseimpulannya,kejayaan seseorang untuk mencapai sesuatu tujuan untuk memerdekakan dirinya adalah bergantung kepada bagaimana untuk bertindak balas kepada perubahan didalam sekeliling kita dan perubahan didalam hidupnya.
Masih dalam promosi : http://sms.piasau.com



