Bersembang di Internet
51 views ,Kita boleh mengatakan apa sahaja yang kita mahu didalam ruangan sembang tetapi satu hal yang perlu dijaga ialah ketrampilan kita atau disiplin semasa bersembang.Memang didalam ruangan bersembang,kita tidak dapat bertemu muka .
Jika kita bersembang,kita mestilah mengenali orang yang berfikiran terbuka,positif ,fikiran yang tertutup dan negetif kerana kadang-kadang terdapat perkataan yang mungkin terlalu sensitif yang sukar untuk mereka terima.Jika keadaan ini berlaku,kemungkinan akan menjejaskan suasana sembang .
Jika bersembang untuk tujuan perniagaan,maka tidak hairanlah kadang-kadang terdapat perkataan yang mungkin menimbulkan ketidakpuasan hati yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan tetapi pengawalan sembang adalah bergantung kepada cara kerja satu-satu organisasi atau individu.
Jadi,memasuki ruangan sembang dengan fikiran yang negetif kemungkinan boleh menjejaskan pelenggan anda atau akan menimbulkan kemarahan kepada penerima mesej.Walaubagaimanapun,kita melakukan satu tindakan yang bijak apabila sentiasa berfikiran positif terhadap sebarang mesej yang tidak bertapis kerana sembang adalah satu ruangan yang bebas yang hanya boleh dikawal oleh kita sendiri.






Leave a Reply