Keistimewaan Menjelajah
66 views ,Nampaknya terlalu banyak surat jualan diinternet yang dicipta oleh penulis yang berkarisma sehingga memukau pembacanya namun ada surat jualan yang mempunyai bom atom sehingga menghentikan pergerakan penulis yang lain atau aktiviti internet marketer yang sedang giat mencipta ebuku atau projek sendiri namun….
Semua ini hanya satu persaingan yang sihat dan terpulang kepada kita bagaimana memperkukuhkan kekuatan produk yang kita miliki untuk memintas idea penulis lain dan itu adalah satu kemahiran.Jika kita mencipta yang terbaru,kenalah banyak menjelajah atau langsung tidak mempunyai idea untuk mencipta produk.
Terdapat satu cara bagaimana membuat duit melalui internet tanpa mempunyai produk sendiri,tanpa terlibat dengan program internet,tidak perlu mencipta surat jualan sendiri….Saya tidak akan dedahkan disini kerana ada orang yang suka mencuri..hehehehe…
Ok,hanya beberapa orang sahaja yang saya lihat berjaya melakukan seperti itu namun tidaklah terlalu bergantung sangat dengan apa yang saya katakan ini.
Ini kerana kita mempunyai banyak cara untuk mendapatkan wang sampingan di internet,terpulang kepada kemahuan dan kehendak kita.Jika kita mahu,maka disitu ada jalan untuk bermula.Jika kita tidak mahu,maka ciptalah jalan sendiri supaya orang lain boleh ikut melalui jalan yang kita bina.
Dan sudah menjadi kebiasaan selepas mencipta produk sendiri,penulis akan membuat satu analisa atau kajian supaya dapat mempelajari hasil promosi yang dijalankan melalui keluaran produknya yang terbaru.Biasanya analisa ini akan membantu penulis untuk mendapatkan idea mencipta produk lain yang tidak terdapat di pasaran.
Semoga artikel ini boleh membantu anda..
======================================================
Tiada produk untuk dijual ? Daftar Percuma dan Mulalah Menjual Disini



