Nyawa untuk seorang sahabat (I)

51 views ,

Tidak semua orang didalam dunia ini yang mahu berkorban untuk orang lain .Walaupun ada filem-filem percintaan yang sanggup mengorbankan dirinya untuk seorang sahabat yang tercinta namun tidak semua orang dapat memahami isi yang tersirat didalam filem itu.

Secara manusiawi,kita sendiri akan mengalami goncangan hebat apabila dicabar memberikan nyawa untuk seorang sahabat.Memberikan nyawa bukan bermaksud bunuh diri atau sengaja melakukan hal yang bodoh,yang berada diluar pemikiran sedar manusia.

Istilah sahabat bukan bukan hanya bermaksud sebagai seorang kawan rapat yang memahami kita tetapi sebagai seorang manusia yang sama dengan manusia lain.

Terdapat sesetengah orang masih memisahkan dirinya atau langsung tidak mahu mengambil tahu atau didalam istilah yang sedap didengar ialah Turun Padang untuk bergaul dengan orang lain yang lebih rendah daripadanya.

Organ didalam badan kita adalah sama dengan organ manusia lain .Apabila kita merasa sakit apabila dicubit,bermakna orang lainjuga akan mengalami hal yang sama seperti yang kita alami.

Marilah kita menderma organ sendiri. Ini boleh membantu orang lain untuk terus hidup selepas kita..Menderma organ bererti kita akan dapat menyelamatkan nyawa orang lain yang memerlukan.

Seandainya kita berada didalam situasi mereka,apa yang akan kita lakukan ? Menangis ? Meronta-ronta ? Berdiam diri untuk menanti saatnya ? atau tersenyum lebar ? atau ketawa terbahak-bahak ? Untuk menjadi orang lain,kita seharusnya menjadi peribadi untuk orang itu.Kita melihat penderitaan mereka,kita hanya bersedih tetapi yang lebih menderita ialah orang yang mengalaminya (Memikulnya).

“Ringan sama dijinjing,berat masing-masing”

Yang membezakan manusia ialah pangkat.Pangkat hanya lambang penghargaan dan itu hanya satu tanda terima kasih yang diberikan oleh seseorang sebagai satu tugas yang perlu dilaksanakan atau tugas yang sudah dilaksanakan , yang perlu disempurnakan atau yang sudah disempurnakan dan itu adalah satu kewajiban yang perlu dilakukan untuk semua orang tetapi lebih daripada itu . “ Kita hanya manusia biasa”, Jadi mendermalah sebagai seorang manusia biasa..

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

3 Responses to “Nyawa untuk seorang sahabat (I)”

  1. zool Says:

    Pangkat yang hanya laku pabila kita memilikinya dan tidak berguna apabila nyawa bercerai dari badan..

    [Reply only this thread]

  2. zuhairy Says:

    saya belum sampai tahap lagi merasakan ingin menderma organ. Tapi saya betul2 menyanjungi pengorbanan anda menderma organ. setakat ni saya hanya mampu menderma darah sahaja…

    [Reply only this thread]

  3. san Says:

    Betul Zool,pangkat hanya sementera.Nyawa akan bercerai dari badan bila-bila masa.Saya pasti orang yang berfikiran positif saja yang boleh memahami artikel ini.Zuhairy,saya juga seorang penderma darah.Setakat ni tak ada orang nak tampil sign borang minta organ untuk didermakan pada mereka sebab kempen menderma organ belum sampai di kawasan ini.Jadi,sedang menungguLah ni…kalau nak derma senyuman,bila2 masa kerana semua orang perlukan itu disini,hehehe, :)

    [Reply only this thread]

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link