Mencipta pemikiran yang kreatif (I)

76 views ,

Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya – memang terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan tetapi adakah kita mesti berputus asa seandainya kita berjumpa dengan masalah yang berat ?

Masalah yang berat biasanya tidak berpenghujung .Tiada penyelesaian sama sekali,tiada pilihan lain atau tiada idea ?

Jika anda berjumpa dengan masalah yang besar,perkara yang perlu dilakukan ialah seperti :

01. Cuba jangan melihat yang itu adalah masalah besar
02. Cuba untuk memecah-mecahkan masalah supaya menjadi lebih kecil
03. Setelah masalah itu menjadi kecil,cuba untuk menyelesaikan masalah yang kecil itu satu persatu sehingga dapat menemukan jawabannya.

Masalah yang memang tidak dapat diselesaikan selepas diagihkan kepada kumpulan kecil boleh dibawah ke depan atau dikemudian hari untuk diselesaikan atau dibiarkan begitu sahaja.

Jika anda seorang pendaki gunung dan terjumpa dengan banyak halangan dan rintangan sehingga menyukarkan anda untuk membuat pendakian , maka kita pasti akan mencari jalan yang lebih kecil untuk dapat melalui kawasan-kawasan yang sukar supaya dapat mencapai ke puncak.

Jika kita memang seorang yang berfikiran kreatif, kita pasti akan dapat menyelesaikan setiap masalah dengan cara yang unik dan bersesuaian.Kadang-kadang kita tidak dapat menjangka sesuatu yang diluar pemikiran kita.Ini kerana kita mahu supaya masalah itu akan selesai dengan cara seperti yang tidak kehendaki tetapi ianya pasti akan selesai.Maka kita terpaksa menerima hakikat ini.Tiada jalan lain kecuali selesai dengan cara yang lain.

Berfikiran kreatif memungkinkan kita berani menghadapi cabaran dan rintangan seperti berdepan dengan masalah dan cuba untuk menyelesaikannya dan bukan untuk lari dari kenyataan atau masalah yang dihadapi.

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link