Mencipta pemikiran yang kreatif (II)

52 views ,

Jika anda ialah seorang wanita yang menghadapi masalah ini ( sudah dihamili) sebelum mengandung dan mereka (Teman Lelaki) tidak akan bertanggungjawab dengan perbuatan itu, perkara yang paling penting ialah :

01. Carilah orang yang positif dan mahu mendengar masalah anda .Jangan cari orang yang hanya meruntuhkan anda seperti membuat keputusan untuk menggugurkan sahaja anak yang didalam kandungan anda.

02. Jangan lakukan sesuatu yang berada diluar pemikiran anda seperti cuba untuk lari daripada masalah .

03. Berbincang dengan ahli keluarga anda untuk tetap memelihara bayi yang berada didalam kandungan anda kerana itu adalah nyawa manusia dan bukan nyawa seekor cicak walapun mungkin orang akan menganggap bahawa itu adalah anak luar nikah.

04. Cuba untuk berfikir bahawa anak yang berada didalam kandungan anda bukan anak luar nikah.

05. Buatlah perjanjian ikhlas dengan keluarga anda untuk menjaga anak yang didalam kandungan anda dan cuba untuk menghindari doktor yang memberi nasihat untuk memaksa anda membuat pengguguran.

Fikirkan dahulu masalah yang akan timbul jika pengguguran itu dilakukan juga.Walaupun mungkin anda merasa ianya boleh menggugat maruah keluarga dan gossip orang lain mengenai anda tetapi cuba untuk menghindari daripada berfikiran seperti ini dan hadapi dengan tenang.

Penderitaan badani seperti menghadapi gangguan emosi sedia menanti anda jika melakukan perkara ini .Yang pasti , semua kejadian ini akan menghantui anda selama-lamanya jika melakukan pengguguran .

Sepatutnya doktor yang suka (betul) memberi nasihat untuk membuat pengguguran itu adalah mereka yang tidak mengenal belas kasihan (Maafkan saya mungkin terlalu kasar sedikit ) tetapi saya terharu dengan penderitaan banyak orang apabila berhadapan dengan mereka terutama semasa menceritakan masalah itu kepada saya dan perkongsian daripada kawan-kawan yang lain.

Masyarakat sepatutnya tidak perlu memandang serong terhadap kejadian ini tetapi memberikan sokongan moral kepada mereka yang terlibat supaya mereka dapat membuat keputusan yang positif demi untuk menyelamatkan bayi dan ibunya.Condemn not,and you will not be condemn.

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link