Mencari Pekerjaan (I)

61 views ,

Jika anda baru sahaja lepasan tingkatan 5 (yang tidak ingin masuk didalam tingkatan 6 ) atau tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan berminat untuk mengikuti jurusan perniagaan atau kursus yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu seperti kursus pertukangan perabot,kesetiausahan dan perniagaan , beberapa saranan yang telah dikenal pasti sebelum melangkah lebih jauh :

Pilihlah kursus yang boleh membantu mencari pekerjaan pada masa hadapan atau sesuai dengan minat.Jangan terpedaya dengan paksaan orang lain atau hanya ikutan semata-mata.Jika tidak,anda masih tidak mempunyai visi dan misi untuk belajar kerana anda tidak tahu apa yang akan dilakukan kemudian selepas tamat belajar.

Cuba menghindari daripada dipaksa oleh sesiapa semasa hendak mengambil keputusan untuk menentukan kursus yang hendak diikuti.Fikirankan secara rasional mengenai kesan dan jangkaan masa depan.

Kadang-kadang memilih untuk belajar ini bukannya bergantung sangat kepada minat akan tetapi sekurang-kurangnya kita mempunyai minat terhadap mana-mana kursus yang kita ambil supaya cepat menangkap dan menguasai satu-satu kemahiran dengan mudah dan cepat.

Banyak orang yang mengambil jurusan perniagaan tetapi tidak semuanya dapat membuka perniagaan sendiri.Dalam 100 orang yang mengambil jurusan perniagaan,mungkin hanya 1 atau 5 orang sahaja yang benar-benar dapat membina perniagaan sendiri.

Jika kita mempunyai kemahiran dan tahu mengenai sesuatu , tahu membaiki sesuatu , kita berpeluang untuk mendapatkan wang atau orang kata “Dapat cari makan” dan “Pandai cari makan” kerana kita mempunyai peluang untuk memberikan perkhidmatan kepada orang ramai.

Contohnya, jika kita tahu membaiki kereta,wang akan sentiasa menanti kerana ada sahaja orang yang akan datang melanggan untuk mendapatkan perkhidmatan. (Bergantung juga kepada perkhidmatan.)

Pendek kata , kita sudah dilengkapi dengan kemahiran sebelum melangkah kealam pekerjaan yang sebenar.Ini cuma saranan sahaja untuk yang baru bermula.Selamat mencuba!!

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

2 Responses to “Mencari Pekerjaan (I)”

  1. zool Says:

    Betul tu.. Kursus berkaitan kemahiran mampu memberikan peluang yang lebih berbanding kursus yang lebih ke teori…

    [Reply only this thread]

  2. san Says:

    ehem, kawan-kawan saya yang mempunyai kemahiran seperti wayar man pun senang dapat kerja. :) ,

    [Reply only this thread]

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link