Apa itu berfikiran positif ?
155 views ,Berfikiran positif BUKAN SAHAJA bermaksud tidak memikirkan hal-hal yang negetif tetapi berfikir sesuatu yang lebih mengarah kepada keseimbangan.Contohnya: “Bukan semua orang didalam dunia ini suka berpakaian “Simple” .
Bukan semua orang didalam dunia ini pendiam dan pemalu,ada juga yang mulut murai akan tetapi bukan semua orang didalam dunia ini mulut murai,ada juga orang yang mulut tekukur.Hehehe…
Orang kata hanya orang yang buta sahaja tidak tahu bagaimana berjalan sendirian tetapi ada juga orang buta yang sudah tahu jalan sendiri tanpa pimpinan daripada orang lain.
Orang kata mereka yang suka bercakap besar cepat jatuh didalam dosa kesombongan tetapi ada orang yang suka bercakap besar lambat jatuh didalam dosa kesombongan.Hehehe…
Orang kata ,meraka dari keturunan x memang tidak tahu membaca buku sejak dari dulu tetapi bukan semua orang yang berasa dari keturuan x tidak boleh membaca.Ada yang sudah jadi doctor atau saintins walaupun daripada keturunan x.
Orang kata , kalau kawin lambat , anak-anak yang dilahirkan sangat lembab.Tapi ada orang yang kawin lambat dan mendapat anak yang pintar dan menjadi seorang ahli matematik yang terkenal .
Orang kata , hanya mereka yang mempunyai pendidikan mengenai IT sahaja yang akan dapat membuka perniagaan internet tetapi ada juga orang yang langsung tiada latar belakang IT pun sudah hampir dikenali sebagai “Jutawan Internet”. (Siapa tu ah, hehe )
Bagaimana ketam mengajar anaknya berjalan, sedangkan bapa ketam itu sendiri tidak tahu bagaimana hendak berjalan dengan betul? Walaupun bapa ketam tidak dapat mengajar anaknya berjalan dengan betul , tapi dalam diam-diam ,anak ketam juga sudah belajar daripada orang lain selain bapanya.
Berfikiran positif menyebabkan kita akan lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu yang berguna untuk diri sendiri dan orang lain , malahan ia akan membantu kita untuk terus berusaha sehingga berjaya….



