Benar atau tidak - Tiga ekor cicak
71 views ,Kalau lah cicak ni tak ada ekor,sudah tentu saya tidak akan panggil tiga ekor cidak,hehehe… Cuma angan-angan saja.Belum pasti lagi,mana tau cicak pun ada tamadun juga..,suatu hari nanti,ekor mereka akan tertanggal dengan sendirinya apabila dunia ini berada di abad 50 nanti. (Memandai-mandai pula aku ni .
)
Ok, cerita seterusnya mengenai 3 ekor cicak yang saya ambil daripada cerita seorang jejaka.Didalam sebuah dewan , terdapat 2 ekor cicak yang sedang melekat di atas siling.Yang satu adalah betina dan yang satu adalah jantan (Boyfriend).Mereka saling mencintai di antara satu sama lain.
Semasa mereka sedang berdating,tiba-tiba datanglah seekor cicak jantan dan cicak itu melihat kedua pasangan yang sedang asyik bercinta..dan cicak jantan yang tiba-tiba wujud itu cuba merebut cicak betina tetapi dihalang oleh cicak jantan yang satu lagi.
Oleh kerana kedua-duanya tidak puas hati,mereka pun mula bergaduh , terajang , tumbuk , seolah –olah seperti berada di gelanggan gusti Tiba-tiba,Kedua-dua cicak jantan ini terdiam seketika dan tidak bergaduh lagi kerana cicak betina jatuh dari siling.
Kira-kira apa yang terjadi dengan cicak betina ? Adakah dia terjatuh sebab bunuh diri kerana kecewa melihat kedua-duanya sedang bergaduh ?
Cicak betina itu sebenarnya gembira mereka bergaduh kerana dapat melihat secara live pergaduhan itu .Sebenarnya jari cicak itu melekat di siling.Jadi,semasa kedua cicak jantan itu bergaduh,dia tepuk tangan untuk menyokong (Boyfriend) nya.Kaki dan tangan cicak melekat didinding.Kalau cicak betina tu tepuk tangan,sudah tentu dia akan jatuh dari siling.
Apakah mesej yang anda dapat daripada cerita ini ? Sebenarnya apabila kita memuji orang lain secara berlebih-lebih, orang itu akan jatuh .Maksud saya,orang yang kita puji itu akan menjadi sombong ( tinggi diri ) dan mulai mementingkan diri sendiri.Dan kita juga pada masa yang sama akan jatuh apabila kita memberikan pujian kepada seorang secara melebih-lebih .Cara memuji yang paling baik ialah memberikan penghargaan.
Kejatuhan kita ialah kita akan merasa kecil hati kerana orang yang kita puji (Melebih-lebih) selama ini memberikan contoh yang tidak baik padahal kita tahu bahawa orang tersebut adalah orang baik.Kejatuhan akan bermula apabila kita “terlalu” bergantung kepada orang lain dan tidak dapat berdiri di atas kaki sendiri.” .
P/S: Mungkin cerita ini sudah anda dengar daripada orang lain tetapi saya “modifylah” sebab ini hanya cerita mitos sahaja..hehehe….



