Kawin Paksa VS Cinta Sejati (I)

64 views ,

Kawin paksa ini mungkin banyak terjadi di kalangan masyarakat pada masa dahulu.Kalau kita merujuk kepada perkataan kawin paksa,anda mungkin mempunyai sejarah sendiri bagaimana kawin paksa ini boleh menjadikan anda seorang yang tidak tenang atau tidak mendapat kegembiraan didalam hidup.

Banyak sekali orang merujuk istilah “kawin paksa” sebagai satu perbuatan di masa lampau dan tidak mungkin akan terjadi pada hari ini.Kalaupun terjadi , mungkin itu secara tidak sengaja atau secara kebetulan (Yang biasanya bukan kawin paksa) tetapi kerana terpaksa (Ada sebab) akan tetapi kawin paksa masih juga terjadi pada hari ini.

Mungkin ini adalah fakta mengenai kawin paksa ? :

01. Rela untuk dikawini dan terpaksa berkawin ( Ini baik kalau memang persetujuan kedua-duanya kerana sesuatu sebab)

02. Tidak rela dikawini dan tidak mahu berkawin ( Ngeri dan menakutkan )

Kawin paksa hanya sekadar untuk memenuhi kehendak orang tua ( kawin terpaksa kerana mahu berkawin dengan orang berada ).Kemungkinan kawin paksa adalah satu cara yang paling baik untuk dapat menjodohkan seseorang atau tiada pilihan lain.Banyak sekali orang mengeluh kalau di paksa kawin kerana cinta belum berputik sepenuhnya, dipaksa untuk bercinta atau cuba membangkitkan cinta secara paksa.

Cinta sejati ialah cinta yang tidak dipaksa-paksa.Kalau kita baca didalam sejarah mengenai kepercayaan banyak orang (ajaran masing-masing) , kita akan dapat melihat banyak sekali kejadian kawin paksa dan itu adalah sejarah mengenai kawin paksa dan satu pengajaran atau peringatan bahawa seseorang yang telah kawin paksa tidak mungkin dapat merasai cinta sejati yang benar-benar lahir dari hatinya.

Kawin paksa seolah-olah memaksa bunga untuk mekar sebelum waktunya.Kita menunggu waktu yang lama untuk mekar berkembang supaya kelihatan cantik dan tidak boleh memaksa bunga itu untuk mekar dalam sehari dua.Dan langkah terakhir,kita berikan baja supaya dapat mekar dengan cepat tetapi bunga akhirnya akan mati dan layu kerana tidak tahan dengan cuaca atau keadaan ( akibat daripada baja yang banyak) .

Apabila sudah kawin ( Akibat kawin paksa) , dia (wanita biasanya , lelaki jarang) akan mencari yang lain , yang lebih memuaskan hatinya ,yang benar-benar dia cintai kerana itu adalah kebahagiaannya.Itulah sebabnya orang yang bercinta (bukan kawin paksa) ini sanggup mengharungi susah atau senang,sakit atau sihat,kaya atau meskin didalam kehidupan kerana keduanya saling mencintai tetapi kalau kawin paksa dan rela berkorban untuk menghadapi dan mengatasi semuanya dengan gembira.

Lihat sahaja kesudahannya (Biasanya) dan tidak minta-minta tetapi terjadi kepada kebanyakan orang.Apabila sikit susah , terus mengeluh dan kadang-kadang boleh dijadikan alasan untuk bergaduh dan seterusnya bercerai. (Mungkin ini jarang berlaku tetapi keluhan secara diam-diam sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang sedang mengalaminya)

Kawin paksa adalah satu kejadian yang berlaku didalam manusia dari dulu hingga sekarang , satu keadaan yang mungkin tidak disangka-sangka.Saranan dan seruan saya , janganlah jadikan kawin paksa ini sesuatu yang ngeri bagi anak-anak anda dan generai masa hadapan .Banyak orang yang menderita batin kerana kawin paksa dan akhirnya menyalahkan anak-anak sendiri apabila terjadi sesuatu di luar jangkaan mereka.

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link