Berhati-hati dengan gaji lumayan

80 views ,

Saya amat sedih sekali apabila mengetahui ada orang yang berusaha mencari pekerjaan tapi ditipu oleh agensi pekerjaan yang tidak wujud .Agensi yang tidak wujud mungkin menggunakan internet sebagai umpan untuk menjalankan kegiatan yang dilarang oleh undang-undang dan hanya sekadar untuk menarik perhatian para pencari kerja.

Dari dulu lagi,saya memang tidak percaya dengan agensi pekerjaan yang tidak wujud tapi mengapa masih ada orang yang tertipu ? Sorotan utama ialah “Gaji Besar”.Semua orang memang inginkan gaji besar tapi lihat bagaimana logiknya pekerjaan itu dan bertanya kepada mereka yang tahu atau mencari maklumat sendiri mengenai agensi itu.

Saya sendiri pernah menerima email untuk menjemput saya bekerja dengan gaji yang lumayan.Apa yang terdapat didalam email itu ? Saya memang tidak mempercayainya .

Kadang-kadang mereka meminta nombor passport , nombor kad pengenalan dan menawarkan peluang pekerjaan dengan gaji yang lumayan .Dan yang amat ganjil ialah apabila yang menghantar email itu ialah “Manager”.Masakan manager yang buat kerja.Tak ada kuli nya ke ? atau kenapa kuli yang buat kerja,manager kan boleh dipercayai ? Tapi bila lihat alamat mereka,ternyata bukan daripada Malaysia.

Semua pengalaman itu masa dulu tapi sekarang aku pun dah ganti email baru dan tak tahu apa yang terjadi dengan email yang lama tu ? Mungkin penuh dengan jemputan lagi sebab saya dah hilangkan kata laluannya.Sekarang email itu berusia 1 tahun 6 bulan.

Memang benar kata orang “Sesat jalan kalau tidak bertanya”.Kalau terlalu berfikiran positif pun “Sedikit bahaya” sebab tidak tahu akan keburukannya.Maksud lain berfikiran positif ialah tahu bagaimana menilai kebaikan dan keburukan.Bukan semua orang jujur boleh dipercayai walaupun orang mengklaim dirinya sebagai “Datuk” sekalipun kerana internet amat berbeza dengan dunia luar.

Ada orang yang berlagak seperti orang jujur hanya untuk mengumpan orang supaya diiktiraf benar-benar sebagai seorang yang jujur.Kaji dengan teliti sebelum membuat keputusan.Silap membuat keputusan adalah tanggungan sendiri.

kalau nak pos artikel panjang-panjang pun tak guna,menyedihkan sahaja.Inilah undang-undang dunia , orang yang tidak berdosa pun dimakan oleh undang-undang. Undang-undang yang sedia ada mungkin perlu dikaji dengan lebih teliti supaya tiada orang berdosa yang menjadi mangsa

Umi adalah mangsa undang-undang dunia .Gara-gara iklan internet yang mengumpan untuk menerima gaji lumayan sebagai penghantar barang dan tanpa berfikir panjang dan gairah mencari pekerjaan,dia telah ditahan kerana undang-undang.Memang sedih mendengar berita ini .Sila lihat Disini.

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link