8 Panduan penting untuk Pemasar Internet
58 views ,Panduan pemasar internet ,tiada pilihan lain kecuali idea ini yang muncul didalam kepala saya.
01. Jika anda seorang pemasar internet yang baru berumur satu tahun berkecimpung didalam bidang perniagaan internet, jadikan tahun pertama anda ialah tahun untuk belajar daripada kesilapan. (Bagi yang aktif)
02. Jika anda mempunyai perniagaan internet sendiri,jangan patah semangat dan mulai terpengaruh dengan hal yang lain.Cuba untuk berikan penumpuan kepada perniagaan anda sepenuhnya .
03. “Orang yang baik akan sentiasa memberikan inspirasi dan orang yang sederhana akan selalu berbicara mengenai hal-hal atau perkara yang boleh dibangkitkan sebagai idea perbualan“
04. Bila kita benar-benar selesai atau dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dengan yang kita lakukan,maka teruslah kepada perkara yang kedua lagi dan seterusnya.
05. Berikan banyak faedah untuk pelenggan anda sebelum anda menerima faedah daripada mereka.Ianya akan membawa banyak pulangan yang baik pada masa hadapan.
06. Belum tentu rahsia yang dipakai oleh orang lain yang mendapat banyak wang dari internet dapat digunakan sepenuhnya oleh kita didalam perniagaan.Kadang-kadang , kemahiran kita lebih diguna pakai daripada kemahiran orang lain.Jika teknik mereka tidak dapat membantu anda,jangan buang masa.Anda boleh mencuba teknik yang lain .
07. Carilah produk yang benar-benar diperlukan oleh orang lain.Jangan suka menghantar SPAM .Ini kerana ianya boleh menjejaskan reputasi anda juga.Dan spam ialah satu cara mengiklan yang tidak mempunyai arah atau sasaran.Orang suka tidak suka,hantam sahaja. (Hantam sajalah labu)
08. Jangan terlalu membazirkan wang dengan banyak perkara yang tidak berguna .Ia akan merugikan kita dan jangan berhenti kerja jika perniagaan internet belum stabil sepenuhnya.
P/S: Saya tidak pasti jika semua panduan ini sesuai untuk anda .Selamat Mencuba !!






Leave a Reply