Budaya Tapau

77 views ,

Budaya Tapau dilakukan oleh semua orang di mana sahaja mereka berada termasuklah saya.Namun terdapat perkara ganjil mengenai Budaya Tapau ini ialah suka menghabiskan makanan yang tersedia sebelum dibenarkan oleh tuan rumah untuk berbuat demikian terutama semasa berada di majlis keramaian.Maksud saya,memasukkan makanan didalam plastik dan dibawa pulang.

Ini menyebabkan para jemputan yang belum hadir tidak mendapat makanan , bukan kerana tuan rumah kekurangan makanan tetapi bajit yang tersedia sudah menjadi habuan para pencinta tapau.Inilah yang amat memalukan sekali , yang pernah saya lihat di sepanjang hidup saya.Malahan ada orang yang menceritakan bahawa budaya ini harus diselesaikan dengan cara agama.

Mengapa Budaya Tapau ini sangat memalukan jika disalah gunakan ? Salah satu daripada akibatnya ialah orang akan menganggap kita ini sebagai seorang yang rakus dan suka mencuri,yang hampir sama dengan mengambil barang orang lain tanpa kebenaran daripada pemiliknya.

Biarlah Budaya Tapau ini dengan cara yang baik dan sopan.Jika budaya Tapau ini benar-benar disalahgunakan ,saya pasti ianya akan menjadi ikutan anak muda atau orang lain dan mereka tidak akan mengenali erti kesopanan lagi.

Ada pendapat lain mengatakan,tuan rumah yang ingin memberikan sedekah kepada orang ramai melalui makanan didalam majlis keramaian,rumah terbuka atau lain-lain majlis yang sama dengannya tidak kesampaian kerana Budaya Tapau disalahgunakan.Sesiapapun akan merasa kecewa jika keadaan ini terjadi semasa majlis berjalan.

Namun,untuk memeriahkah lagi Budaya Tapau ini , para pencinta Budaya Tapau seharusnya menunggu arahan daripada tuan rumah sebelum mengambil makanan yang ada untuk dibawa pulang.Memang benar pepatah mengatakan “Terlanjak perahu boleh diundur, dilanjak tapau,malu rasanya” .Hah, apa lagi ? Ladies First lah ….

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link