Hidup dalam kebosanan
71 views ,Saya cuba untuk memberikan response mengenai website lepakminda yang terdapat mengenai kehidupan yang membosankan disini.Saya mungkin tidak dapat memberikan komen yang begitu bernas kerana saya ni kalau masuk sahaja ruangan komen,hah,mesti lawak yang saya ingat dulu,lepas tu baru menyesal kalau salah.hehehe.Hidup dalam kebosanan terjadi apabila :
01. Kita tidak mempunyai kawan yang dibawa berbincang
02. Mungkin juga kehilangan teman atau lain -lain yang berkaitan
03. Kita tiada aktiviti luar yang dapat membuka minda kepada fikiran yang lebih luas dan tenang
04. Tidak dapat mencari jawaban untuk setiap persoalan hidup yang sedang melanda didalam keluarga atau didalam diri sendiri .
05. Masih buntu dalam memikirkan sesuatu seperti menunggu sesuatu atau seseorang atau yang berkaitan dengannya,
06. Tiada jalan untuk persoalan yang hendak difikirkan
07. Dan lain-lain yang berkaitan seperti bila saya nak kawin ni ? hehehe
Apabila persoalan itu semakin menekan didalam hidup kita dan tidak dapat menyelesaikannya,kita akan mula menjadi semakin bosan kerana semakin lemah atau quit dengan apa yang tidak dapat kita laksanakan, lakukan,sempurnakan .Tetapi tidak semua orang menghadapi hal ini .
Setiap orang mempunyai persoalan yang berbeza dan bergantung kepada kemampuan seseorang itu bagaimana dia dapat menyelesaikan masalahnya.
Saya ada seorang kawan yang menghadapi masalah yang sama tetapi tidak dapat mengatasinya kerana dia tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikannya lalu dia menjadi bosan dan bosan.Over and over again.Ternyata bosan banyak skop , tidak tertumpu kepada satu point sahaja.
Jadi , bagaimana sebenarnya saya dapat mengatasi kebosanan didalam hidup saya setiap hari ? Lagi-lagi saya ini sedang bekerja dan tentu bosan dengan pekerjaan kerana ianya melibatkan pengkhususan yang sama setiap hari .
Jadi , apa yang saya lakukan ? Nantikan kemunculan artikel terbaru….. tapi tunggu,jangan lupa… bookmark..Piasau.Com.






Leave a Reply