Marah bertujuan (1)

69 views ,

Kalau kita kacau ular yang sedang bertelur,dia akan bertambah ganas daripada biasa tapi buat apa nak kacau ular yang bertelur.Ayam bertelur kan banyak di sana sini , jadi pergilah cari ayam yang sedang bertelur.

Sebelum matahari terbenam di sebelah barat,banyak kejadian yang berlaku di sekitar kita.Ada yang marah dari pagi sampai petang dan ada yang marah berterusan sehingga hari esok.Ada yang marah kelmarin tetapi sudah reda hari ini.

Marah yang keterlaluan menyebabkan kita melihat matahari seolah-oleh terbenam di sebelah timur .Sebab itulah wujud nasihat mengenai marah iaitu ” Padamkan amarahmu sebelum matahari terbenam”.

Kalau kita sedang marah, panduan yang paling penting dan perlu dititik beratkan ialah marah yang bertujuan.Saya kadang-kadang di marahi oleh kawan di tempat kerja walaupun saya tidak buat salah dengan dia.

Apabila saya tahu, dia hanya membalas dendam dengan kemarahannya itu kepada saya dan bukan orang lain yang membuatkan dia marah.Ini adalah satu contoh yang benar-benar tidak baik dan membingungkan saya.Orang lain yang marah dia dan tidak dapat melempiaskan nafsu marah kepada orang yang memarahinya,orang lain yang tidak berkaitan pula yang menjadi mangsa.

Kadang-kadang marah boleh mengeluarkan banyak majik jika tidak di kawal .Contohnya ialah marah piring dan mangkuk terbang,belum campur lagi sudu , gelas dan garpu..kalau kita adalah kilat,kita mungkin tidak dapat menahan diri daripada memanah sebuah konduktor kilat di atas bangunan.

Cara yang paling mudah untuk mengawal atau menguasai kemarahan ialah , jangan berfikir untuk seketika mengenai sesuatu yang membuatkan kita marah.

Dan cuba keluar daripada kotak fikiran kita dan tidak berfikir mengenainya hanya seketika,dengan tujuan untuk meredakan kemarahan didalam hati kita.

Selepas kita reda,saya pasti kita akan dapat membuat keputusan dengan tenang dan damai tanpa kekerasan.Biasanya , kekerasan terjadi setelah kemarahan meledak kerana kehilangan kesabaran.

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link