Minuman keras dan tidak keras

83 views ,

Saya masih teringat beberapa bulan yang lalu.Kejadian itu berlaku pada hujung minggu.Saya telah di ajak oleh kawan-kawan untuk meraihkan hari jadi seorang kawan kepada kawan saya.Dan kami bergembira dengan jamuan makan itu kerana ramai juga kawan-kawan yang datang dari dekat bersama-sama kami.

Selepas makan dan bercerita (Apa yang patut lah ) kemudian kami pun berkeraOk .Oleh kerana esoknya adalah hari Ahad, jadi saya pun tidak kisah kalau tidur lewat kerana saya tahu apa yang akan saya lakukan.

Semua ini adalah untuk menghilangkan bosan dan meraihkan hari jadi seorang kawan…Tiba-tiba..Seorang daripada kawan kami berkata “Saya ada bawa Level 5 dan Tiger Beer.Yang lain cuba mengelak kerana mereka tidak biasa dengan benda itu namun saya berfikir seketika… (jeng!Jeng!Jeng!)

Saya tahu apa yang doctor sarankan kepada saya jika tidur lewat , saya boleh bangun lewat pada hari esok jika tidak kerja … tapi didalam fikiran saya, esok saya ada tugas penting..dan saya mesti bangun esok pagi .

Dan bermulalah cerita…Saya pun membuka satu tin Tiger Beer,lalu meminumnya.Dan bagus lah.Ada kick! .Maka dalam masa yang sama saya teringat apa yang dikatakan orang kepada saya mengenai minuman .Ada minuman yang keras dan ada yang tidak keras.Minuman keras ialah minuman yang boleh membuatkan kita sakit tulang dan penyakit lain datang terutama jika wanita yang meminumnya.Tetapi jika minuman yang tidak keras,sudah tentu yang biasa-biasalah seperti Vain dan lain-lain lah (yang tidak karas punya).

Sebenarnya minuman seperti Tiger atau yang tidak (Karas-karas lah) keras merupakan satu minuman yang hanya digunakan untuk memeriahkan lagi suasana keramaian atau majlis.Tetapi jika minuman tidak keras itu sudah menjadi tabiat kita,maka ia akan menjadi minuman keras.Apabila mabuk,sendiri pun tidak dapat mengawal diri sehingga keluar benda-benda yang kotor dan tidak baik keluar dari mulut,anak bini pun jadi mangsa terajang dan mula melakukan dosa sendiri.Dari kejadian inilah alkohol mula diharamkan dan orang pun mulalah karas mengaras sebab tak nak minum lagi.

Saya tidak percaya orang katakan bahawa orang yang mabuk itu tidak dapat mengawal diri.Sebenarnya boleh tetapi kadang-kadang ada yang hanya “Minta Puji” saja, lalu pura-pura tumbuk sana-sini dan esok pagi dia akan berkata , apa yang saya lakukan semalam ah ?,memang ada yang tidak sedar kalau memang yang dia minum itu ialah minuman yang keras-keras punya.

Benarlah pepatah orang “Satu tin,tambah darah..Dua tin buka bicara…Tiga tin lupa saudara..Empat tin..masuk penjara..” (Kalau saya tidak silap) . Kalau kita tidur lewat melewati 12am , maka minumlah satu tin untuk tujuan melancarkan system peredaran darah .
Yang menghairankan,minuman keras itu sudah menjadi kebiasaan atau habit kepada sesetengah orang.Maafkan saya jika anda merupakan salah satu daripadanya.Saya tidak bermaksud untuk membuat teguran secara terbuka tetapi sekadar ingin menyatakan pendapat saya sebagai saranan atau kajian psikologi saya semata-mata.

Jadi , janganlah memandang orang didalam dunia ini sebagai satu cara untuk menjarakkan hubungan kita dengan orang lain apabila mengetahui mereka pun pandai minum minuman yang tidak keras , atau minum bahar.Sebab orang yang minum itu mempunyai dua kategori , seperti yang saya katakan tadi.

Sekarang terdapat satu minuman yang menyerupai minuman yang tidak keras dijual di pasar raya atau kedai runcit.Nama minuman itu ialah ‘Malta” tetapi tidak mempunyai kandungan alkohol .Minuman ini sangat baik untuk kesihatan kerana tersenerai kandungan Vitaman B didalam label minuman itu.Saya juga membelinya jika saya benar-benar Stress kerana … ah!!!..cuba sendiri, hehehe..

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link