Idea menulis blog-Siri 1
74 views ,Sebenarnya,saya tidak akan mendedahkan bagaimana hendak membuat blog sebab saya tidak tahu bagaimana hendak membuatnya.Saya tak ada perkakas .Membuat blog ni perlukan gergaji,pahat,tukul,paku,burrr…(Apa tu ah ?) , Hehehehe….Saya tak ada pendidikan bagaimana nak buat benda macam ni tapi em…Oklah,teruskan dengan idea menulis blog..
Kalau macam ni,saya kena berhati-hati juga supaya rahsia yang paling besar bagaimana membuat blog akan terbocor begitu sahaja kerana itu adalah rahsia dan ada orang yang menjaulnya di luar sana seperti Klik Nina..Rahsia tetap rahsia.Siapa yang tidak pandai simpan rahsia ertinya dia kena pergi ke kedai jahit sebab poketnya koyak,tempat untuk menyimpan rahsia yang paling baik.
Ok, Direct to the point lah.Panduan ini mungkin boleh membantu anda dan saya , tapi saya akan bagi separuh sahaja lah..Ok bah kan ? Sebab photocopy Machine saya rosak.
01. Stay on topic
Saya selalu mengepos artikel yang hampir-hampir tidak sama dengan topik.Kadang-kadang saya pos benda macam itu untuk membuat experiment.Jadi , jangan ikut saya.Tapi banyak yang dapat saya pelajari dengan cara itu kerana ia boleh membuka idea bagi saya untuk topik baru dan saya dapat mengemaskinikan semula jika terdapat kesilapan.
Semasa saya mengemaskinikan semula artikel itu,dengan sendirinya,saya akan mendapat banyak idea lain untuk ditulis.Jadi,idea yang tiada kaitan dengan artikel yang saya pos itu nanti akan saya simpan di satu tempat.Semasa bekerja atau masa free,saya akan berfikir bagaimana untuk mengembangkan artikel itu supaya menjadi lebih mudah untuk difahami.
Dalam masa yang sama juga,saya banyak membaca hati orang dengan bertanya kepada mereka,inginkan kepastian dengan idea yang akan saya tulis tanpa memberitahu tujuan saya.Jadi,saya akan catit semua point-point penting.Jika artikel saya ada kaitan dengan isu semasa ,saya akan kepilkan bersama didalamnya.
kadang-kadang banyak tajuk artikel yang saya ingat tetapi belum ada isi.Jadi , saya hanya menulis tajuk artikel itu kemudian fikirkan , kerana saya pasti akan ada masa yang sesuai untuk saya membuat artikel dan tajuk artikel yang tidak berisi itu Cuma ‘Get Ready” kerana bila-bila masa akan disini dengan idea tetapi idea timbul biasanya daripada pengalaman masa lalu.
Tapi kalau blog perniagaan,saya pasti caranya bukan begini.kalau artikel saya mengenai bagaimana nak lock minda orang supaya tidak dapat menulis artikel , maka artikel seterusnya ialah bagaimana nak unlock lagi supaya mereka dapat terus berblog.Saya rasa ada satu blog saya yang ada lock.Hehehe…
Pengemaskinian terakhir,saya akan lihat dari segi bahasanya.Oleh kerana percakapan saya ini bukan jenis orang yang mempunyai standard punya sebab saya banyak menggunakan bahasa pasar.Bukan mudah untuk menulis jika tak tahu apa yang nak ditulis.kadang-kadang saya pun tiada idea tetapi konsep saya ‘Dig Deep” sampai bertemu dengan berlian atau intan permata.Cara saya menulis mungkin tidak sama dengan mereka yang ada di luar sana.
Jadi,mungkin idea saya ini boleh dipakai oleh siapa-siapa.Kalau tidak dapat dipakai,maka kurik lah idea sendiri dan buat posting.Pastikan kita bebas menulis artikel tetapi masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan.Itu adalah perinsip saya.Saya tidak tahu dengan anda.Tapi kalau tujuan kita adalah hanya bersuka-suka menulis artikel,lebih baik jadi pelakon macam mister bin .
Butul kan !! Yang saya cakap tu butul laitu.






Leave a Reply