Benteng dan Dialog

98 views ,

Dialog ialah satu percakapan yang melibatkan pertanyaan ,jawaban dalam suasana aman dan damai.Tiada pihak saling membenci .Penyalagunaan Dialog terjadi apabila satu pihak hanya memasang benteng tanpa menjawab soalan atau pertanyaan daripada pihak yang lain.

Ini mengakibatkan terjadinya pergaduhan dan pertelingkahan yang besar dan menjadi isu yang sensitif kerana saling membuat benteng dan bukannya bersikap memberikan penerangan,dengan tujuan untuk memahami satu-satu kepercayaan supaya dapat hidup aman dan damai dengan cara hidup masing-masing.

Tetapi ada kalanya satu pihak tidak faham erti Berdialog.Mereka anggap bahawa dialog ini satu cara untuk mempertahankan kepercayaan masing-masing dengan cara kekerasan.Sebagai akibatnya,terjadilah pertentangan dan ejekan yang menyakitkan.Kejadian ini biasa berlaku kepada sesiapa sahaja yang benar-benar geram dengan orang lain yang tidak sama dengan kepercayaannya.

Perkongsian mestilah terbuka atau open minded di antara kedua-dua pihak.Tiada sesiapa yang tercedera dari segi fizikal dan mental jika proses dialog dilakukan dengan baik ,dalam suasana persahabatan .

Saya akui sendiri,penganut untuk setiap agama bukanlah malaikat melainkan manusia seperti kita.Jadi , saya tidak dapat menafikan bahawa kelemahan manusia itu lah yang menjadi punca perbalahan.Sebut sahaja “Pergaduhan”,kita sudah tahu bahawa kerja seperti itu adalah semasa di zaman budak-budak yang berebut mainan,kuih atau terpaksa menjadi geng dengan budak-budak jahat yang lain atau terbawa-bawa sehingga mencapai usia dewasa dan terlalu susah dikawal kerana ada yang sanggup berani mati semata-mata untuk mempertahankan “Geng” mereka.

Saya pasti tidak akan wujud benteng untuk memisahkan jurang persahabatan jika kedua-duanya bersikap terbuka dan memahami ertinya berdialog.Tidak ada sesiapa yang mahukan peperangan kecuali mereka yang bersikap keras dan tidak faham dengan erti perdamaian atau mereka tidak pernah terdedah dengan teladan baik daripada ibubapa mereka.

Tiada sesiapa yang untung jika kedua-duanya memasang benteng , yang terjadi ialah tertanam kebencian di antara kedua-dua pihak dan inilah yang harus di elakkan .Padamkan api amarah itu jika berlaku seperti ini .Semakin lama api itu menyala,ia akan memakan bahagian lain dan menjadi lebih besar lagi,tiada sesiapa boleh memadamkannya kecuali kita.

Jika api mulai marak,cepat-cepat pergi ke kawasan air yang terdekat untuk memadamkannya atau jika ada air longkang pada waktu itu,semuanya akan menjadi indah , yang penting api amarah itu akan padam.Bomba pun tidak dapat memadamkan api yang sedang marak didalam diri kita kecuali kita sendiri yang menjadi bomba.

Tetapi didalam internet,banyak dialog yang bukan dialog tetapi satu cara yang saya lihat ialah mereka memasang umpan supaya orang lain boleh menghina kepercayaannya kemudian barulah dia sendiri akan menghina kepercayaan orang lain.Saya kira taktik ini dilakukan oleh pelajar atau mereka yang berada didalam lingkungan 19 tahun kebawah atau sebaliknya.

Berdialog mengikut perasaan seharusnya dihindari .Biar kita berdialog mengikut cara yang sopan,dengan penuh kasih (walaupun mungkin terdapat perkataan yang menyakitkan atau terlalu pahit untuk diterima kerana itu adalah kebenaran) , cepat-cepatlah berdamai dan akur dengan kebenaran .

Tiada siapa yang benar kecuali jika kita sendiri yang dibongkar oleh kerana kebenaran,maka kita akan menjadi orang benar untuk diri sendiri dan orang lain tetapi bukan bererti kita adalah orang yang pandai dan benar-benar , benar.kebenaran didalam berdialog amatlah perlu terutama jika disertai dengan fakta dan yang menyangkut kepada kehidupan manusia hari ini.

Kemungkinan didalam dialog terdapat fakta kuno (mungkin masih boleh dipakai) tetapi fakta itu seharusnya disesuaikan dengan kehidupan manusia pada hari ini dan tidak dipadankan dengan kehidupan jahil masa lalu.Jika perlu,masa itu hanya sebagai rujukan sahaja tetapi ada yang masih menggunakannya kerana itu adalah fakta yang original . Biasanya fakta yang original ialah fakta yang benar dan diakui masih boleh digunakan sejak dulu,hari ini dan akan datang.

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link