Biasa dan Luar Biasa
125 views ,Apakah ertinya biasa ? Adakah biasa itu adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung biasa ? Betapa susahnya menjadi orang biasa dan lebih susah lagi menjadi orang luar biasa .Yang paling senang ialah menjadi orang yang biasa-biasa.Untuk menjadikan diri kita sebagai orang yang biasa-biasa ialah berfikir dengan cara biasa,bertindak dengan cara biasa,bercakap dengan cara biasa,ketawa dengan cara biasa dan berjalan dengan biasa-biasa.Asalkan yang biasa-biasa dan sedang-sedang biasanya.
Didalam satu permainan catur , para pemain sedang menunggu untuk bertanding dengan pihak lawannya.Mereka bermain berdasarkan peraturan .Peraturan itu membuatkan mereka “Stres” kerana berfikir selalu untuk mengingati betapa banyaknya peraturan semasa bermain catur.
Peraturan ini mungkin tidak termasuk didalam kamus permainan catur tetapi amat ketara banyak sekali kesilapan selepas sahaja bermain catur terutama apabila mengalami kekalahan teruk daripada pihak lawan melalui “Check Mate”.
Kalau seandainya kita bemain catur dan mengalami kekalahan teruk didalam permainan itu , apakah yang akan kita lakukan kemudian ? atau apakah faedah yang kita perolehi ? Biasanya kalau “gaya samseng” , selepas sahaja permainan catur selesai , sudah tentu kita akan diejek dan dipermain-mainkan kerana kekalahan kita dan kita mula membenci kawan-kawan sepermainan dan akhirnya…..???
Permusuhan ini telah membawa kesan besar kepada orang lain dan diri kita sendiri sehingga setiap kali kita bertemu dengan catur atau mendengar ada pertandingan bermain catur,kita seringkali membuat banyak masalah termasuklah memusuhi catur.Kenapa saya gunakan ilustrasi catur , sebab saya selalu menontot filem bermain catur yang berakhir dengan pergaduhan.Dan bermula dari inilah ada watak sebagai “Sitaring” dan “Penjahat”.Yang kalah, penjahat….Yang menang ertinya dialah sitaring.
Adakah anda pernah mengalami trauma seperti ini ? Ini adalah satu contoh trauma yang mungkin dialami oleh seseorang dan seterusnya akan menjejaskan semua pemahamannya mengenai permainan ini.Secara psikologi , Ada memori luka yang tertinggal didalam minda kita dan ini boleh memisahkan kita daripada orang lain atau membenci orang yang bermain dengan permainan itu sama sekali.
Didalam filem pun , kalau lakonan itu adalah “gaya samseng” , dia pasti akan bergaduh kalau kalah teruk didalam permainan ini.Trauma yang begitu panjang membuatkan kita tidak tahu arah atau seolah-olah kita kehilangan arah dan tujuan kita .Biasanya setiap permainan , termasuk bermain bola sepak, (Selepas bermain) , mesti ada saling bermaaf-maafan.Dan ini adalah peraturannya.
Saya dapat membayangkan kalau zaman koboi , mesti ada tembak-menembak sebab tidak mahu kalah dan ingin menjadi orang yang luar biasa supaya orang yang biasa-biasa tidak akan dapat merebut taktha sebagai orang yang luar biasa.
Oleh kerana teringin menjadi orang yang luar biasa, maka kita tidak menghiraukan matahari panas dan hujan.Seperti seekor tikus yang sedang mandi di bilik mandi tetapi masih berteduh dengan payung keladi walaupun hujan turun.Oleh kerana “Gaya Samseng” maka segala sesuatu menjadi susah.
Saya sudah menyiapkan artikel mengenai idea blog siri 2 …Sikit bah tu walaupun ada siri dan saya akan poskan dalam masa yang terdekat….. Jika ingin menjadi seorang yang luar biasa,mestilah bermula daripada yang biasa-biasa supaya kita menjadi orang biasa .



