Idea menulis blog-siri 2
121 views ,02. Be yourself
Menjadi penulis blog memerlukan sedikit latihan dari segi fizikal dan mental.Jika kita gagal didalam latihan itu , bermakna kita masih belum dapat menjadi diri sendiri.Bukan senang untuk menjadi diri sendiri.Kalau kita menjadi diri sendiri , bermaksud apapun yang kita tulis , bukan bermaksud untuk membantu kita sahaja tetapi dapat membantu kawan-kawan yang lain , yang ketandusan pengetahuan mengenai sesuatu yang sedang anda fikir dan lakukan (Mungkin boleh membantu mereka) dan membuat mereka suka berfikir akan kebenaran.
Bagaimana kita ingin menjadi diri sendiri ? Susah ke nak jadi diri sendiri ? Memang susah nak jadi diri sendiri.Tujuan kita menjadi diri sendiri ialah supaya kita dapat melihat sejauh mana kemampuan kita atau dapat mengasah semua bakat atau kemungkinan bukan bakat , yang diguna pakai untuk kepentingan orang lain dan diri kita sendiri (Ini boleh dikemudiankan).
Kita tidak perlu menjadi orang lain jika kita tidak boleh .Saya pasti kita boleh menjadi seperti mereka tetapi saya juga mengatakan bahawa mereka juga bermula daripada bawah,mencari diri sendiri.Mencari diri sendiri biasanya boleh digunakan supaya kita tenang dan dapat menulis dengan baik , malahan didalam ketenangan , banyak ilham yang datang dan dapat menjangkau bahagian-bahagian kecil yang orang tidak tahu . Dengan cara ini juga , kita akan dapat mengetahui apakah kekuatan atau kelemahan yang terdapat didalam diri kita.
Tapi saya terus terang lah.saya ni kalau berada didalam suasana yang tenang , saya akan cepat mengantuk kerana terlalu melayan perasaan , sudah dibuai arus mimpi.
Kita akan dapat meninjau dengan lebih lanjut mengenai kelebihan kita dan dapat memastikan mana satu yang dapat digunakan , diperbaiki dan dikekalkan.Apabila kita memahami keadaan diri kita sendiri, maka secara sendirinya kita akan dapat menjadi diri sendiri.
Ok, saya terangkan awal-awal , blog piasau ini bukan blog motivasi , saya tidak kata nak bersaing dengan pakar-pakar blog yang lain tetapi apa yang ku tulis, tetap ku tulis , walaupun tiada standard.Apa tujuan saya nak bersaing ? nak jadi terkenal ? Baiklah… Saya buang jauh-jauh benda ni daripada melekat didalam fikiran saya.
Sebelum berblog,Saya sarankan supaya memakan makanan yang di panggil makanan.Jangan makan yang bukan makanan.Jangan sahaja makan makanan tikus.Hahaha.
Blog saya down selam tolu tadau” kerana gangguan internet daripada pusat .Gangguan ini juga berlaku disebabkan perkhidmatan penyedia internet di kawasan ini terlalu sensitif .Kalau orang bukan laman web nombor ekor punya…Sudah tentu internet saya kena Block.Saya sedikit geram dengan pelaksana kerana saya tiada kaitan pun,terpaksa kena tempiasnya.Orang lain yang guna komputer saya , saya pula yang kena tempiasnya, macamlah saya ini tahi nombor.Saya tidak tahu bagaimana mengatasi masalah ini , tapi yang pasti , saya tahu bagaimana mengatasi masalah mereka , tetapi hairan … mengapa mereka tidak dapat mengatasi masalah mereka sendiri..Ok, ini Cuma pertanyaan yang ada didalam benak fikiranku , tidak menyalahkan siapa-siapa.
Tapi…. Kalau seorang Pelenggan , sudah tentu berusaha untuk mendapatkan yang terbaik walaupun ada kecacatannya (Yang masih boleh diperbaiki ) .Sejak daripada itu , saya bercadang untuk melanggan syarikat lain .Saya pun tidak suka nak cari masalah….. (Dah merajuk ni , pelenggan pun dah lari…Tak pandai sayang dengan pelenggan sendiri…Hua !!!!!!!!!!)
Saya terpaksa memberitahu kawan-kawan saya (teman sekerja) yang mahu menggunakan internet supaya tidak membuka laman perjudian atau yang berkaitan dengannya.Disini memang terrrrrlalu sensitif , jika kedapatan berserta dengan bukti kukuh, akan ditangkap dan diberi makan FREE di penjara selama mana yang mungkin .Apa yang saya katakan ini benar .Kalau tidak percaya , try sendirilah… desclaimer: Saya tidak jamin kalau masuk “Lokap”.
Ya, walaupun kadang-kadang saya tidak setuju tetapi saya kena hormat dengan system perlaksanaan yang mereka kendalikan.Masuk kandang kerbau , jadi kerbau …Masuk kandang buaya…Jadilah macam buaya.. Hahaha…Jangan buaya tembaga atau buaya pencen…Joke saja, jangan marah,nanti cepat tua .



