Belajar daripada kesilapan
141 views ,Saya pasti kita tidak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan . Saya akui sendiri , banyak kesilapan yang telah saya lakukan didalam hidup ini termasuk kesilapan menulis .Saya membuat banyak kesilapan pada hari ini semasa bermain muzik . Saya asyik berbicara mengenai muzik sebab saya tidak puas hati dengan cara saya bermain tadi .
Saya benar-benar tidak puas hati tetapi saya mempunyai satu tekad , bagaimana saya boleh belajar daripada kesilapan tadi ? Apabila kita silap , mesti ada orang yang buat “Complaint” itu dan ini tetapi orang yang kuat komplen tu , tidak pernah merasai bagaimana menderitanya seorang yang telah membuat silap dan kemudian merasa sedikit terganggu kerana tidak puas hati untuk memberikan persembahan yang terbaik .
Orang yang kuat komplen juga tidak pernah belajar daripada kesilapan dengan pandangan baru .semuanya berbicara mengenai negetif , negetif ,negetif dan negetif sebab mereka tidak pernah belajar bagaimana untuk berfikiran positif.
Membuat penilaian selepas membuat kesilapan adalah sangat penting . Saya tidak katakan bahawa itu adalah 100% salah tetapi ada rahsia di sebalik kesilapan itu dan bagaimana kesilapan itu menjadi satu cara baru bagi para pemuzik bermain dengan baik tanpa silap sedikitpun ? Mustahil tidak pernah silap , saya sendiri pernah silap tetapi tidak ketara sebab tahu bagaimana untuk mengatasinya.
Walaupun mungkin kesilapan itu tidak seberat satu guni beras , tetapi ianya cukup memberikan sentuhan kepada yang mendengarnya dan sedikit menganggu perjalanan kesemua acara . Jadi , keseimpulannya di sini , orang yang banyak belajar daripada kesilapan akan cepat maju dan berkembang berbanding dengan orang yang mengaku dirinya 100% perpect tetapi menyembunyikan kesemua kesilapannya.
Oh Ya, sebagai tambahan , kadang-kadang saya geram (Hampir-hampir benci) dengan Enjin pencari sebab terlalu sensitif .Mana-mana Enjin pencari saja lah.Mengapa tidak , setiap kali saya warnakan hitam dengan huruf bold ( Terlalu banyak Bold), saya sudah hampir membuat kesilapan atau spamming dengan injin pencari .
Silap-silap , mereka akan kata bahawa blog saya ini ada “Keyword Spy” .Kebiasannya , saya akan membuka website injin pencari dan kemudian menaip kata kunci seperti saya ada buku (Contoh Sahaja) dan saya akan mendapat keputusan yang membanggakan.
Selepas beberapa jam , saya akan menghasilkan satu artikel yang bertajuk “Saya ada buku” dan saya akan gariskan ayat yang berkaitan dengan buku dan saya kemudian “bold” kan dia .Selepas itu , saya akan publish didalam blog sendiri dan menunggu sehingga beberapa jam untuk melihat blog saya berada didalam tangga yang kedua atau teratas apabila menaip kata kunci “saya ada buku”
.
Saya tidak bertujuan untuk spamming sebenarnya, Cuma membuat satu ujian , bagaimana mereka bertindak untuk membuat amaran kepada website yang telah menyepam Injin pencari mereka atau bagi yang kuat cemburu ( Kerana website anda berada didalam laman teratas injin pencari ) , mereka akan tempatkan didalam laman adults atau laman porno . Ini satu igauan ngeri kepada pemilik blog .Jika anda ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut , anda boleh lihat didalam web stats didalam domain root anda.
Saya meminta maaf jika fakta yang saya sampaikan ini satu kebohongan atau khayalan semata-mata tetapi ….. anda harus bertanya kepada diri anda sendiri , mengapa saya lama membuat pemerhatian selepas disabled ruangan komen selama lebih kurang dua bulan ? Adakah saya menghindari daripada komen spam bot atau bagaimana ? Saya mungkin tidak akan membuat penilaian terus atau maklumat ini salah . Semua yang saya katakan ini bergantung kepada pemahaman daripada hasil yang saya lakukan.Mungkin maklumat ini salah untuk anda dan harus berhati – hati jika itu terjadi didalam blog anda.
Lebih baik kita belajar daripada kesilapan daripada banyak belajar daripada kepintaran (Tidak memaksa) . Jika tidak , semua anak masalah yang ber”bapa”kan masalah , tidak akan selesai . Saya belajar daripada kesilapan bukan bermaksud menghakimi orang lain atau memburuk-burukkan orang lain , tetapi saya ingin belajar bagaimana saya dapat menyelesaikannya dengan cara dan pandangan yang baru .
Jika anda belajar daripada orang pintar , anda akan bertambah pintar .Jika anda belajar daripada orang bodoh , anda akan bertambah bodoh .Tetapi orang bodoh yang pintar dan banyak belajar daripada kebodohannya , dia akan dapat menyelesaikan banyak masalah dan sekaligus dapat mengatasi kebodohannya dengan cara yang pintar. Ok, Saya tidak suka menterbalikkan perahu atau bot-bot kecil .Sebagai manusia biasa , saya juga belajar daripada kesilapan.






Leave a Reply