Idea menulis blog – Siri 3
126 views ,Saya amat berbesar hati untuk berkongsi menulis blog didalam dunia internet sebab saya sangat-sangat mencintai blog tetapi halangan-halangan untuk menjadi penulis didalam blog adalah berkait rapat dengan peribadi kita . Halangan untuk menjadi penulis bukan berada di luar kawasan tetapi didalam kawasan sendiri dan ini adalah halangan yang terbesar .
01.Kosentrasi /Penumpuan
Pagi tadi , saya benar-benar hilang “Kosentrasi” semasa bermain muzik , terdapat banyak lagu dan kod yang tersasul dan tidak dapat saya kuasai dengan baik .Saya benar-benar hilang fokus untuk bermain music.Saya amat sedih dan…. Saya berfikir bahawa bagaimana kosentrasi saya hilang pada waktu itu ? Mustahil !! Mustahil !! Sekarang saya sedang berbicara secara duniawi dan menurut pandanganku secara lahiriah.oh !!! Sampai terkeluar pula didalam blog luahan hati saya ini , saya harap , kosentrasi saya akan kembali pulih selepas ini .
Idea untuk menulis blog adalah berbeza dengan orang lain , jadi mungkin idea saya ini mungkin boleh membantu anda untuk menulis blog didalam dunia internet , dunia maya dan bukan alam roh.Idea ini mungkin tidak sesuai untuk para peniaga internet .
Sebenarnya , pada masa itu , fikiran saya benar-benar terganggu dan tidak dapat menumpukan sepenuhnya kepada kod lagu . Oh !! …
Kata – kata melalui blog kadang-kadang bukan berasal daripada diri kita sendiri tetapi daripada idea orang lain. Kita hanya berfikir dengan apa yang hendak kita fikirkan dan kita hanya berfikir dengan apa yang hendak kita sampaikan.Ingatan kita berjalan dan hati kita membaca fikiran dengan baik sehingga dapat menghasilkan satu kosentrasi yang mantap atau kukuh.
Jika kita kehilangan kosentrasi didalam penulisan blog , kita tidak akan dapat memberikan sepenuhnya penekanan kepada apa yang kita sampaikan .Mengapa tidak ? setiap kali kita menulis , kita ingat dengan perkara lain , dan tidak dapat mengembangkan artikel kita ke bahagian yang lebih kompleks.
Saya fikir , saya sudah kongsikan bahagian ini didalam ‘Mencipta pemikiran yang kreatif” . Sebenarnya , saya kehilangan kosentrasi adalah disebabkan tidak cukup tidur ( Saya asyik belajar sesuatu sehingga kesihatan saya pun terganggu , mungkin tidak cukup tidur ) , jadi penumpuan saya untuk menulis dan memberikan penekanan yang lebih kepada “Point” sedikit terganggu , saya benar-benar terganggu .
Jadi , saya perlukan tidur atau rehat yang mencukupi .Jika tidak , apabila otak kita sedang memproses idea atau maklumat yang penting , ianya akan terhenti seketika atau hilang sama sekali kerana tiada kemampuan untuk menghasilkan satu idea yang benar-benar , benar .Kadang-kadang , apabila bercampur dengan khayalan , semua idea tidak dapat diproses dengan baik , akan tetapi saranan saya , berblog untuk menceritakan perniagaan internet anda atau kewujudan perniagaan anda berserta dengan produk-produknya adalah lebih baik daripada yang saya lakukan sekarang .
Cara saya berblog ini memerlukan kosentrasi yang khusus , mengapa tidak ? saya perlu membuat experiment dan penilaian , jika tidak puas hati , saya akan bertanya dengan orang yang berpengalaman dan saya akan menilai lagi sehingga saya benar-benar mendapat jawabannya. Wow!! Sudah tentu ini bukan perkara mudah ! I love my blog.
Saya seperti melakukan perkara yang sangat bodoh bukan ! buat kajian berdasarkan fakta dan kemudian publish didalam blog ,dan suruh orang baca . Sebenarnya saya lakukan ini supaya semua orang boleh baca dan saya pun boleh belajar lebih melalui idea yang lebih.
Kalau didalam perniagaan , kebanyakan maklumat adalah berakhir dengan “Information Overload” tetapi saya memilih cara ini sebab saya tidak mahu masalah “Information Overload” berlaku didalam blog saya (sebab itulah saya jarang-jarang menambah artikel didalam ruangan perniagaan internet ) , kadang-kadang , kalau dah tiada idea , semua penulisan bercerita sebagai seorang pengampu dan bukan watak atau gaya sebagai seorang penulis.
Saya pernah mengalaminya , di awal penulisan blog saya disebabkan tiada pengalaman atau tiada pengetahuan , banyak mengalami kegagalan , kejatuhan tetapi semua itu bukan bermaksud untuk melemahkan semangat saya tetapi saya semakin mendapat banyak pengetahuan dan belajar daripada kesilapan …dan saya belajar membuat penilaian (Bukan untuk menghakimi) .
Apakah pandangan anda mengenai artikel ini ? Apa-apa sahaja , tidak mengharapkan komen ,hanya perlukan keikhlasan.Maafkan saya kalau tersentuh dengan artikel saya yang lain , sila hubungi saya untuk menjelaskannya jika anda benar-benar sakit hati .





September 3rd, 2008 at 1:37 am
emmm…sebenarnya sa pun nda brapa faham kenapa sekarang rmai yang ada blog sendiri termasuk sa….hehehehe…..tapi sa blum brapa aktif lg dalam penulisan blog ni..dan sa berminat juga untuk punya blog sendiri seperti orang lain..cuma sa nda ada pengalaman dalam penulisan blog..sa harap ada yang sudi mengajar sa tentang cara-cara bagaimana untuk punya blog sendiri dan penulisannya….
[Reply only this thread]
san Reply:
September 3rd, 2008 at 4:41 pm
Bosousada, ko buli buka di blogger bah, itu lagi bagus tu , paling basic sebab kalau kalau terus menjunam p blog seperti blog piasau ni, akan jadi masalah juga kalau langsung tidak tahu apa-apa.
Saya akan buka perkhidmatan untuk perniagaan lain dalam masa yang terdekat ini sebab ada sudah orang yang minta bah. Saya cuma tahan-tahan saja ni.. Memang membeli buku panduan membuat blog adalah lebih baik tapi setiap tahun, software untuk blog berubah-ubah atau ada penambahan (sentiasa di upgrade)
Sebagai permulaan, kamu boleh mencuba di blogger atau sabahanblog
[Reply only this thread]