berhati-hati memilih pasangan

177 views ,

Saya amat tertarik dengan satu artikel yang bertajuk “berhati-hati memilih pasangan” . Artikel itu sebenarnya sudah ada didalam kotak fikiran saya tetapi hati saya belum memberikan ulasan sepenuhnya artikel itu kerana fikiran saya sedang “Download” sesuatu daripada surat khabar.

Idea ini saya perolehi melalui pemerhatian dan cerita daripada orang lain , yang sudah makan garam . (Tapi ada orang yang sudah makan garam , tapi garam mereka sudah tidak masin lagi ).

Pertemuan pertama bukan bererti anda terus mencintai seseorang dan kemudian berhasrat untuk menjadikan dia sebagai pasangan anda . Tetapi alangkah ruginya jika kita tidak mendapat pasangan yang sanggup memberikan kita nasihat dan tunjuk ajar untuk menjalani kehidupan ini menjadi lebih baik daripada sebelumnya .

Sanggupkah anda melepaskan pasangan anda yang dapat mengubah kehidupan anda 100% ? Maksud saya ialah dapat mengubah kehidupan kita 100% bukan kerana kekayaan yang ada pada pasangan kita tetapi kerana dia dapat mengubah sikap jahat kita kepada sikap baik melalui nasihat dan tingkah lakunya?

Tidak semua pasangan boleh membantu anda mengubah kehidupan anda menjadi lebih baik tetapi anda adalah orang yang bertuah jika teman wanita anda adalah salah seorang daripada yang baik dan terbaik , tercatit didalam kehidupan anda , dan hargai dan hormati dia sebagai bakal isteri anda. Kajian kes ini mungkin boleh membantu pemahaman anda :

Kajian Kes – Tidak bernombor
Seorang wanita yang bernama X , mempunyai seorang teman lelaki yang hidup didalam kesenangan . Suatu hari , wanita X ini bertanya kepada teman lelakinya , “Sayang , bila kita kawin ? .Wanita X ini bertanya sedemikian adalah bertujuan untuk menguji kematangan teman lelakinya didalam soal perkhawinan .

Tetapi setelah mendengar soalan daripada teman wanitanya ini , mukanya menjadi merah macam cat merah dan hidungnya bertambah mancung seperti hidung muncung .Lalu teman lelakinya menjawab dengan selamba , “Sebenarnya , saya tidak sedia sebab saya mempunyai banyak teman wanita , keliling pinggang .

Wanita X ini hampir-hampir tidak percaya dengan teman lelakinya itu dan bertanya lagi dengan soalan yang sama tetapi dengan tiba-tiba teman lelakinya menjadi marah dan menendang paha teman wanitanya sehingga bengkak macam paha ayam yang kena panggang .( Macam paha ayam di KFC ) dan berteriak dengan suara garau “Saya tidak mahu kawin !!!!! “ dan sejam selepas pertengkaran itu , tiba-tiba telefon teman lelakinya berdering …Dan teman lelakinya itu memberikan kepada wanita X .

Wanita X terkejut kerana yang berkata ialah seorang wanita yang berkata “Sayang !” dan memberitahu wanita X ini bahawa teman lelaki wanita X adalah teman lelakinya yang sudah 1 tahun hidup bergelumang dengan dosa bersama wanita yang lain ( Bukan wanita X ).

Dan wanita X ini kemudian berkata kepada teman lelakinya , saya tahu bahawa kamu bukan seorang yang matang didalam percintaan .Kamu masih budak mentah , seperti seorang lelaki yang hanya suka mempermain-mainkan perasaan orang dan saya katakan bahawa kamu ini adalah “Play Boy” . Dengan hati yang sudah hancur , wanita X ini perlahan-lahan beredar dan balik ke rumahnya .

Saya tidak ingin memberikan huraian lanjut mengenai cerita benar di atas tetapi mari kawan-kawan kita sama-sama merenung (Bukan membuat gunung) dan keputusan itu adalah di tangan anda dan saya . ( Nama wanita X dan teman lelakinya dirahsiakan ).

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

4 Responses to “berhati-hati memilih pasangan”

  1. san Says:

    Ini adalah komen saya yang pertama.Saya nak test dulu komen ni … Saya jadi orang pertama yang akan merasmikan komen ini selepas beberapa bulan tidak memasang komen di laman ini .

    Artikel “Berhati-hati memilih pasangan” adalah artikel yang saya dapat melalui SMS ,saya memintanya sebab ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kisah mereka….

    [Reply only this thread]

  2. tanakwagu Says:

    dunia penuh dengan pancaroba. selagi ada kesempatan selagi itu boleh kembali ke jalan yang benar.

    [Reply only this thread]

  3. san Says:

    Betul tanakwagu , selagi ada kesempatan , di situ tiada kesempitan sebab kesempitan boleh memaksa manusia untuk memilih kesempatan supaya kembali ke jalan yang benar , kadang-kadang orang akan memanggilnya sebagai jalan lurus.

    [Reply only this thread]

  4. bosousada Says:

    bukan senang memilih pasangan hidup ni…..kalu boleh mo cari yang perfect tapi….d mana mo cari? kalau sudah jumpa pula depan ja baik tapi belakang kita siapa yang tahu kan….

    [Reply only this thread]

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link