Idea Menulis blog–Siri 5
118 views ,Beberapa minggu yang lalu , selepas saya balik dari gunung kinabalu , saya bercadang untuk memasukkan semua gambar yang saya “Katik” didalam laman ini namun saya tidak dapat berbuat demikian kerana selepas sahaja saya balik dari pendakian , saya terus sakit selama dua minggu .
Saya tidak tahu jika saya telah melanggar pantang larang sebelum dan sesudah mendaki . Ini kerana sepanjang perjalanan pulang , saya sempat mengambil pemandangan di kawasan gunung ( Saya akan pamerkan nanti tetapi bukan sekarang ) .
Point yang saya maksudkan disini ialah “Janji” .Saya tidak dapat menunaikan janji untuk memaparkan pemandangan gunung kinabalu didalam website ini kerana keadaan yang mendesak pada waktu itu .
Ok, sekarang anda sudah mempunyai point mengenai idea blog ? Anda boleh menulis semua aktiviti yang anda lakukan di luar melalui blog . Saya jarang sekali memaparkan gambar atau aktiviti yang saya lakukan kerana ianya terlalu peribadi .Bukan kerana gambar tidak encem , tapi saya malas nak buat benda yang macam ni , tapi orang senang-senang guna yang tidak tentu .Maklumlah , saya ni bukannya terkenal sangat .saya ni “Low Profile” orangnya. Itu adalah perinsip saya .Saya tidak tahu dengan anda .
Kita boleh memaparkan gambar dan membuat huraian melalui gambar .Seperti yang saya katakan didalam idea menulis blog siri 4 , gambar boleh memberikan penjelasan 1000 makna kepada peminatnya .Walaubagaimanapun , bukan semua orang dapat mentafsir atau dapat membuat ulasan melalui gambar . Sudah tentu semua ini perlukan latihan yang khusus ? atau ….
Untuk menghidupkan gambar yang kita paparkan , kenalah membuat huraian terperinci mengenai gambar yang anda paparkan supaya semua orang boleh memahami bahawa ada makna disebalik gambar .Adakah saya sudah melakukannya ? Ok , panduan yang pernah saya lakukan ini sudahpun saya paparkan didalam kategori lain tetapi bukan melalui gambar tetapi video .
Teknik yang pernah saya lakukan semasa mencari idea untuk ditulis .Teknik ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah orang tetapi saya pasti bahawa anda mungkin sedang mencuba teknik ini walaupun “Simple”.
01. Saya pergi ke youtobe dan memasukkan keyword didalam kotak carian dan mencari video yang lucu-lucu atau yang membuatkan terkentut-kentut anda ketawa.(Tidak semestinya)
02. Semasa saya menonton video melalui youtube , saya akan membuat penilaian atau mencari nilai - nilai positif yang boleh membantu saya mengemaskinikan artikel yang belum siap sepenuhnya .Video yang terlalu susah atau tiada idea langsung untuk menilainya mengambil sekurang-kurangnya 7 atau 10 hari untuk diproses. (Mungkin otak terlalu penat,jadi tidak dapat menjana idea dengan baik)
03. Kadang – kadang artikel tidak dapat dihasilkan walaupun sudah menonton video itu kerana ada masa-masa tertentu di mana idea saya mencurah-curah seperti air mengalir namun terdapat juga idea tidak diguna pakai , menyisip .
Persoalannya , Mengapa mesti menonton video di youtube semata-mata untuk mencari idea untuk ditulis ? kenapa tidak menggunakan komputer sendiri untuk menonton VCD atau DVD yang kita beli dari kedai ? Bagi saya , terlalu banyak sekali pilihan kalau saya menggunakan Youtube tetapi menonton DVD atau VCD adalah sangat terhad.
Dan saya tidak meminta pembaca untuk merujuk kamus sendiri apabila memaparkan perkataan yang susah . . Jadi , saya akan mencari sendiri makna berpandukan kamus yang sedia ada dan sumber lain yang berkaitan .Malahan saya bertanya kepada kawan-kawan mengenai maksud satu-satu perkataan dan ini boleh mempercepatkan lagi penghasilan artikel yang mantap.
Dan anda semakin bersemangat kerana idea anda adalah bersumberkan kepada maklumat yang berasas atau berdiri di atas fakta dan kebenaran . dan bukan sekadar teori yang tidak berasas atau praktikal yang tidak pernah menjadi .
Saya masih ada artikel untuk dikongsikan .Saya kemaskinikan dulu lah …Semoga artikel ini dapat membantu/memberikan inpsirasi anda sebelum berblog . Selamat berblog!!






Leave a Reply