Idea menulis blog siri-7
95 views ,Tidak semua orang dapat menulis artikel melalui blog .Ada yang kaku dan langsung tidak tahu apa yang hendak dibuat selepas membuka blog dan akhirnya tersentak atau kaku seketika .Saya sudah pernah mengalami masalah seperti ini .Sejak dari dulu lagi , saya suka bermain dengan blog sehingga pada satu hari saya terfikir (Dengan tidak sengaja) , saya mungkin perlukan ketenangan untuk berblog atau menulis artikel didalam blog ?
Saya bertanya kepada diri sendiri dan saya mula menguji diri sendiri , memang betul kah saya perlukan ketenangan ? Mustahil ! Mustahil ! Saya akan cuba melakukannya dengan sebaik yang mungkin …. Dan akhirnya saya terjumpa…
Ketenangan yang kita perolehi bermaksud kita bebas daripada kesibukan sementera kita .Maksud saya , walaupun kita bekerja , tetapi kita masih dapat mengawal kesibukan kita dan masih dalam keadaan steady atau tenang .Fikiran atau minda kita bebas daripada kesibukan .Kadang-kadang bila kita terlalu sibuk , kita tidak akan dapat menjana idea dengan baik kerana fikiran kita bercelaru .
Dan apa yang saya lakukan seterusnya ialah saya mendengar muzik yang mempunyai irama tenang dan boleh memberikan saya lebih idea untuk dihuraikan .Jadi , semasa fikiran kita mendengar bunyi atau alunan itu , ianya akan membantu minda kita untuk menundukkan perkara-perkara lain yang boleh mengganggu kosentrasi kita , biar kita benar-benar tenang.Tetapi carilah muzik yang sesuai untuk anda .
Ada yang sudah dilatih , walaupun dia sibuk tetapi dia tetap dapat mengawal keadaan atau suasana sehingga dia tetap tenang dalam melakukan pekerjaan . Ini sudah tentu akan memberikan peluang kepada diri kita untuk merenung seketika , buat sementera waktu sebelum ke tahap yang seterusnya .
Saya suka mendengar lagu yang lembut seperti bunyi petikan guitar atau lain-lain yang berkaitan , lagu yang membuatkan saya tenang , dengan alunan muzik yang lembut .Saya sukakan cara ini sebab fikiran saya menerima dengan baik penyerapan muzik yang sentimental . Ada yang tidak sukakan muzik lembut tetapi itu bergantung kepada penerimaannya.
Kadang-kadang idea akan mencurah-curah semasa sedang marah dan ada yang langsung tidak dapat berbuat apa-apa .Mengapa pula idea mencurah-curah semasa sedang marah ? Sebab apabila kita marah dan dalam masa yang sama sedang berfikir mengenai idea yang dihasilkan , maka secara automatic (Dengan sendirinya) akan menjadi idea yang menarik tetapi kita perlu berhati – hati dengan idea yang dihasilkan dalam keadaan kita yang sedang marah .
Mengapa perlu berhati – hati ? Saya sarankan supaya anda tidak perlu “Publish” dahulu idea jenis ini .Anda tahu apa maksud saya ? Tulis dan simpan dulu .Selepas marah anda benar – benar reda , baru lah baca lagi idea anda . Seandainya terdapat idea yang tidak logik atau yang tidak sepatutnya dipamerkan , ini bermaksud idea itu benar-benar tidak berguna sama sekali .
Terdapat dua artikel didalam blog saya yang dihasilkan dalam keadaan yang marah (saya tidak mahu beritahu ).Saya sedang dalam keadaan yang marah menulis artikel ketika itu tetapi bukan marah yang keterlaluan . (Sebab ada marah yang boleh memusnahkan diri sendiri .
Kalau idea saya mencurah – curah , saya akan bersedia mengepos semua idea dalam satu bundle . Jadi , anda sudah tentu akan melihat semua idea yang banyak terpapar didalam laman ini . Idea yang mungkin pendek-pendek tetapi mungkin boleh membantu anda , saya tidak tahu .



