Cakap serupa bikin vs Cakap bikin-bikin
99 views ,Saya pasti anda pernah mendengar dengan perkataan ini ‘ Cakap bikin- bikin” ? Saya berfikir dan berfikir terus mengenai hal ini , mengapa tajuk ini selalu dikaitkan dengan seseorang yang suka bercakap kosong , tetapi semua perkataan yang diucapkannya hanyalah tin kosong , yang tidak berharga , biasanya kalau tin yang berisi , orang ketuk tidak berbunyi ( Berbunyilah tetapi tidak macam tin kosong bunyinya) tetapi tin kosong bila diketuk , bunyinya boleh didengar oleh orang yang berada di sekitar 3 KM daripada anda (Itupun jika kawasan itu dikelilingi oleh lembah , yang boleh memantulkan bunyi.
Saya pasti setiap penulis atau orang yang suka berkata-kata didepan umum akan terpukul dengan perkataan ini , kalau yang tidak tahan tukul , memang mereka akan mengamuk , hahaha..tapi jangan mengamuk , saya ada huraian mengenai hal ini .Hahahaha..
Mengapa dengan tin kosong ? Wahai tin kosong, mengapa engkau layak dipanggil tin kosong ? kalaulah engkau tidak wujud didunia ini , orang tidak akan cakap bikin-bikin pada engkau , swing!! Terus tin kosong itu melantung dan masuk kedalam tong sampai.Dua jam kemudian , seorang pemungut tin mengambilnya dan menjual dengan harga pasaran .Rupanya tin kosong ini berharga…Ha..mari saya huraikan bagaimana tin kosong ini boleh menjadi tin yang berisi dan berharga walaupun sudah dibuang ke dalam tong sampah .
Seorang berkata seperti ini “ Kalaulah saya tahu….” . Perhatikan dengan teliti .Perkataan ini sebenarnya pernah terlintas didalam fikiran saya jika terlepas satu benda yang saya benar-benar nak tahu .(Bukan pasal hal orang lain ) .
Alarm yang berbunyi menandakan ada gunung berapi yang mungkin akan meletup di kawasan yang terdekat , jadi apa kaitan alarm dengan tin kosong ? Ok, ilustrasi lain . Mister X berada didalam satu taman yang paling cantik didunia dan Mister X bersama dengan girlfriendnya bercadang untuk menginap di hotel sebelum pergi ke taman itu . Sebab taman itu dilindungi oleh kabus tebal dan tidak dapat dilalui pada waktu –waktu tertentu , kecuali pada waktu pagi dalam 1am – 9am .
Jadi , selepas berada didalam taman itu selama lebih kurang 3 jam , bermula dari jam 3am-5am, Mister X pun balik ke hotel atau penginapan kerana tidak tahan sejuk . Mister X merasa tidak pernah diberitahu apa pantang larang sebelum pergi ke taman itu dan sesampainya di hotel , tiba-tiba seorang pengawal taman menghampiri mereka dan berkata: “kamu disiasat” .Dan Mister X terkejut dan bertanya , ‘Apa kesalahan kami ? “ .
Pengawal itu menjawab : “Semalam saya memberitahu kamu mengenai satu perkara , dan kamu tidak mengindahkan nasihat saya sebab kamu berkata ; “Ah , cakap kamu itu tidak serupa bikin , kenapa tidak buat sendiri , asyik nak buat orang susah saja” , Dan sekarang saya akan menahan kamu kerana tidak mengikuti peraturan taman ini .Banyak papan tanda yang bermula dengan perkataan “Jangan….” Tetapi kamu tidak mahu mengambil peduli.
Mister X tidak mengendahkan nasihat pengawal taman itu sekali lagi dan tidak mahu ditahan tetapi pengawal taman itu mengeluarkan surat waran dan berkata , “Surat waran ini adalah pilihan terakhir kami kerana kami tidak pernah memaksa sesiapa untuk mengikuti peraturan disini “ .
Dengan sedihnya , Mister X disaman dan dibicarakan kerana memandang remah untuk setiap papan tanda yang tertulis “Jangan” .Tahukah anda apakah kesalahan yang anda fikir , yang dilakukan oleh Mister X sehingga dia disaman (Selain melihat papan tanda yang tertulis jangan) ?
Kajian dan Analisa :
Mesej pertama yang ingin saya sampaikan ialah Mister X menganggap pengawal taman itu juga tidak mengikuti nasihat atau memandang remeh perkataan “Jangan…” untuk setiap papan tanda yang tertulis , jadi Mister X dalam masa yang sama juga telah mengutuk dan mempermainkan pengawal taman itu .
Mesej kedua , perkataan yang tertulis “Jangan…. Pada pondok pertama sebelum masuk ke hotel ialah “Jangan kedapatan tangkap basah kerana kami akan basahkan anda dengan tangkapan kami” .Perkataan ini memang amat lucu tetapi sudah termasuk didalam surat waran , untuk jenis-jenis tangkapan yang akan dilakukan jika melanggar peraturan dalam taman .
Keseimpulannya , Mister X menganggap setiap papan tanda yang tertulis hanyalah tin kosong sahaja dan menganggap pengawal taman itu juga tidak pernah patuh kepada peraturan didalam taman .
Seperti biasa , saya tidak akan menghuraikan panjang-panjang artikel ini , sekarang saya mengajak anda berfikir , belajar berfikir mengenai sesuatu perkara yang baik …. Di mana anda mungkin dapat merasakan bahawa perkataan tin kosong yang diucapkan mungkin berguna untuk anda dan saya tetapi dibiarkan begitu sahaja .”kalaulah saya tahu , kalaulah ada orang beritahu…. “ dan saya pasti tidak akan menyesal lagi selamanya …. “ , jika tiada orang yang memberitahu ,kita tidak akan tahu dan tiada orang yang akan tahu ….”






Leave a Reply