Idea menulis blog siri-8

102 views ,

Saya langsung tiada idea menulis blog pada hari ini tetapi mengapa saya masih memberikan idea ini kepada anda ? Persoalan ini sedang bermain-main didalam fikiran saya .Itulah sebabnya saya sakit kepala pada hari ini bukan kerana memikirkan idea untuk menulis blog tetapi saya memikirkan bagaimana hendak mengubati sakit kepala.Sebab sakit ini datang secara tiba-tiba ah!!

Ya lah , memang makan panadol atau tidur untuk mengubatinya tetapi , kalau mengambil panadol yang berlebihan ,akan memakan buah pinggang. Apa pun jenis ubat lah.Itulah sebabnya apabila seseorang sudah keluar atau sembuh daripada penyakitnya , mereka akan merasa lemah dan sakit pinggang .Saya katakan itu sebab itu sudah terjadi kepada semua orang , bukan nak komen pasal panadol .

Hebat kalau sudah mempunyai blog sendiri , tulis apa saja yang patut , jangan tak patut-patut . Jadi , apa yang akan terjadi kepada saya sekiranya saya langsung tiada idea untuk dimasukan didalam blog ? Apakah yang mungkin terjadi kepada saya ? Saya seringkali berfikir seperti ini selepas saya menulis idea blog berserta dengan siri-sirinya sekali , termasuklah artikel yang lain .
Saya mungkin memberikan panduan yang salah kepada semua orang tetapi saya katakan tidak , sebab saya menulis lebih daripada 80 buah artikel didalam blog ini , kebanyakan artikel saya masukkan didalam kategori Santai ,supaya tidak terjadi “Information overload” . Setiap artikel yang saya tulis ada yang berusia hampir satu bulan , baru saya paparkan didalam blog ini , kerana ingin menambahkan memantapkan fakta dan huraiannya dan kajian daripada pelbagai sumber, termasuk mengorek semua pengalaman-pengalaman lalu , tetapi ada juga yang sekadar idea biasa.

Saya juga berfikir , mengapa saya tidak menjual sahaja idea menulis blog ini kepada semua orang yang suka melayari internet dan berblog ? Mengapa ? Sebab saya menulis melalui idea sendiri , jadi saya tidak akan dapat memberikan jaminan bahawa hasil karya yang saya hasilkan itu dapat membantu anda atau tidak , sama seperti “Free Articles” tetapi masih mempunyai hak cipta .
Apabila anda mula menulis blog , perkara penting yang harus didahulukan ialah “Jadikan blog anda bukan satu kelentong atau dibuat-buat . Saya tidak memaksa sesiapa untuk mengambil idea melalui artikel saya sebab saya menegur anda untuk tidak menulis blog yang isinya semua kelentong .

Pada mulanya , orang akan percaya kepada anda tetapi setelah anda memberikan kelentong berserta dengan fakta yang salah , akhirnya anda tidak boleh dipercayai lagi , kerana idea anda hanya boleh merosakkan akhlak remaja muda masa kini atau orang lain yang membaca blog anda . Ada blog yang hanya digunakan untuk menghilangkan bosan tetapi bila bosan sudah hilang , artikel sudah tidak dapat dipos lagi sebab bosannya sudah dapat diatasi .

Idea menulis blog siri 8 ini semuanya berbicara mengenai blog , mungkin idea atau Cuma satu inspirasi anda sahaja . saya lihat setiap perenggan yang saya tulis masih boleh anda kembangkan .Tetapi saya tidak akan menghurai panjang lebar kerana semua idea menulis blog yang saya paparkan daripada siri 1 sampai siri 8 ini berkait rapat di antara satu dengan yang lain . Jika anda terlepas baca salah satu daripada siri ini , saya pasti pemahaman anda mungkin tidak berapa lengkap (mungkin) , saya tidak pasti sebab setiap individu mempunyai pemahaman yang berbeza , jadi saya tidak salahkan sesiapa.Jadi , jangan lupa bersama saya selalu didalam blog ini atau anda boleh bookmark blog ini jika anda malas nak periksa email setiap kali ada artikel terbaru .Saya faham , anda juga ingin melayari laman web yang lain .

Cerita lain : Sasaran saya , jika masa mengizinkan , saya akan menulis artikel mengenai idea blog sehingga siri yang ke 100, selama 6 bulan , tiada yang mustahil , just believe it!! Tetapi setiap artikel mempunyai kajian yang terperinci , jadi jika ada idea lain yang saya masukkan didalam blog ini , mungkin idea menulis blog akan tergendala sebentar … sebab ada projek lain yang sedang menunggu .Ok , Sekian dan terima kasih ,, untuk hari ini dan selamanya … Saya masih sibuk lagi , nanti saya melawat sabahanblog dan hantar tutorial terbaru .

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link