Idea menulis blog- Tiada Siri
99 views ,Hari ini idea menulis blog tidak bersiri tiba-tiba wujud didalam fikiran saya .Idea saya tidak dapat keluar kerana saya asyik melayani perasaan , sebab setiap kali saya menaip , saya akan mendengar lagu yang romantik , hem… Lagipun lagu ini berjiwa tenang dan amat sesuai untuk mereka yang sedang berdating.Tapi saya tidak mungkin berada didalam situasi itu kerana saya melayani perasaan sendiri yang tidak pasti.Alangkah indahnya ….
Sebab kalau kita sedang menulis artikel didalam blog ni , sudah pasti memerlukan penumpuan , tetapi hari ini fikiran saya tidak tertumpu kepada blog (piasau.com), tetapi tutorial .Bagaimana saya boleh naik taraf tutorial percuma saya tu , saya memerlukan bahan rujukan , khas untuk tutorial ini sebab melibatkan bahasa asing yang agak susah dan terjemahan yang terperinci .
Anda pernah melawat tutorial terjemahan bahasa saya ? Anda carilah sendiri sebab itu tidak penting untuk anda .Saya harap tutorial itu kekal , saya sediakan untuk semua orang yang ingin belajar bahasa saya , supaya semua orang tahu , supaya semua dunia tahu , bahawa ada bahasa yang menyatukan banyak bangsa,keturunan dan budaya ..Projek sedang berjalan dan masih dalam proses .
Tadi pagi sehinggalah ke hari ini , saya tidak melayan kawan saya yang mahu melihat harga penerbangan pergi balik , dia kata nak lihat harga untuk satu tiket kapal terbang pada bulan ini .Saya tiada mood lah hari ini .Mungkin saya mulai dikuasai oleh kesedihan dan jiwang dengan lagu-lagu cinta , yang hebat-hebat ni , terlalu feel dengan lagu ini … memang lah , alang-alang nak dengar lagu kalau tidak menghayati seni katanya . Itulah namanya peminat .
Kamu nak tahu , apa lagu yang saya sedang putarkan semasa menulis artikel ini ,anda boleh mencarinya nanti di kedai-kedai yang terdekat .Memang best …Saya akan paparkan lagu ini nanti didalam laman web yang lain , jika anda mahu mendengarnya , saya tunggu masa yang sesuai,sekarang masih sibuk lagi tetapi saya cuba untuk mengurangkan kesibukan saya. Ini senerainya : Without You - Mariah Carey , That’s Why (You Go Away)- Michael Learns To Rock , Right Here Waiting - Richard Mark , My heart will go on -Celine Dion , Goodbye – Air supply , Against All Odds (Theme From “Against All Odds”)-PHIL COLLINS , Please Forgive Me-Bryan Adams ,( Saya tersentuh dengan lagu ini ) , How Do I Live - Leann Rimes , Un-Break My Heart - Toni Braxton , What Can I Do - The Corrs , Have I Told You Lately - Rod Stewart , I Knew I Loved You -Savage Garden , I’LL MAKE LOVE TO YOU- BOYZONE , It Must Have Been Love – Roxette , I Believe I Can Fly - R Kelly dan lain-lain .
Saya berfikir , kalau pengganas di luar sana tu mempunyai komputer atau peralatan lain yang boleh membantu mereka mendengar lagu yang saya seneraikan di atas tu , saya pasti hati mereka akan dapat diubah menjadi lembut dan semakin romantik dengan semua orang , dan tidak perlu melakukan kekerasan untuk mempertahankan kepentingan diri sendiri .
Muziknya pun sangat kreatif .Dan saya pasti orang yang menyanyikan lagu ini ialah orang yang berjiwa romantik dan sukakan kedamaian .Tapi mesti menjiwai lagu ini sepenuhnya dan bukan sekadar sebagai hiburan biasa untuk melegakan atau menghilangkan ( Stress) ketegangan. Lagu ini sebenarnya bukan sahaja memberikan hiburan , tetapi bertujuan untuk mendidik masyarakat .
Lagu bahasa dusun (Biris punya biris) yang diminta oleh Sabahanblog.com pun masih belum saya cari lagi … Saya masih dalam proses (Masih) mencari walaupun pencarian saya gagal beberapa hari yang lalu , kawan-kawan saya pun sedang sibuk , mereka akan bagi dengan saya bila mereka dapat cari lagu tu .
Saya hampir-hampir menceritakan kesemuanya didalam blog pada hari ini . Dan sebagai pengguna internet , anda tentu ingin melawat laman web yang lain atau sebaliknya ? Saya tidak tahu , saya tidak pasti , yang pasti ialah saya dapat menulis pada hari ini dan saya merasa gembira . Adakah anda gembira ? Saya tidak tahu ….






Leave a Reply