Pendapatku mengenai SMS MAUT
163 views ,Untuk mengistiharkan kebohongan mengenai sms maut atau nama lain yang dikenali sebagai nombor panggilan berwarna merah , maka saya inactive artikel mengenai cara-cara mengatasi panggilan dan sms daripada nombor yang berwarna merah .
Memang satu kezutan untuk semua pengguna telefon bimbit dengan kehadiran sms maut .Bagi saya , penyebaran sms maut ini adalah satu pembohongan yang paling besar, yang seharusnya di masukkan didalam Guni Record sebagai sms penipu yang paling laris di dunia sebab system telekomunikasi sudah mengaut keuntungan yang besar melalui penyebaran sms maut ini.
Ini kerana sms maut ini sudah terbukti telah menggugat keselamatan rakyat yang sedang hidup aman dan damai di bawah satu bumbung rumah .Ini sudah tentu menimbulkan keresahan , kegelisahan dan berfikiran yang bukan-bukan ,yang sedang menguasai didalam hati dan minda orang ramai .
Mungkinkah aku akan mati esok apabila menerima sms maut ini ? Dan banyak pertanyaan yang timbul didalam fikirannya .Orang yang kusiwa dan seolah-olah tiada harapan untuk hidup didalam dunia ini teringin menerima sms maut ini tetapi malangnya , semua orang yang sudah tahu yang sms maut ini adalah sms pembohong akan tersenyum lebar .Tidak kurang juga yang tersenyum panjang .ekekekek…
Kemungkinan yang paling malang ialah pesakit .Mereka akan bertambah takut , di tambah lagi dengan kesakitan yang mereka alami , dan penyakit mereka sudah pasti akan bertambah teruk , dan ada yang terus kena strok , dan sebagainya … Ini mungkin kesan daripada sms maut itu ? Menghairankan tetapi jangan susah , sms maut itu adalah pembohong .
Sms maut ini lebih seram daripada cerita hantu sebab belum nampak rupa sms maut ini pun sudah hampir mati dalam ketakutan , dan ada yang mungkin tidak dapat tidur malam atau terpaksa tidur-tidur ayam .Kalau tidur-tidur kambing tak apa sebab kambing sentiasa steady and cool walaupun tidak dapat tidur malam . Paling-paling , kambing akan mengembek saja kalau nak kencing malam , ekekekeke…
Kemungkinan ada juga orang yang bertanya seperti ini “Perlukah saya memakai ilmu putih warisan dari bapa saya untuk menghindarinya ?” dan tidak kurang juga yang berkata , “Menyesal saya tidak menghafal jampi-jampi yang bapa saya bagi kepada saya dulu , tinguk , sekarang … Bila ada kesusahan macam sms maut macam ni , saya semakin resah , gelisah , dan ketakutan … tapi jangan susah , sms maut ini adalah penipu .
Dan untuk mengesahkan samada penyebaran sms maut dari Indonesia ini benar-benar , benar , sepatutnya satu skuad khas di utus untuk menyiasat perkara ini , kerana semua orang sedang menantikan sesuatu , dan mereka semuanya didalam ketakutan ,mereka seperti menggigil dalam kesejukan tetapi sebenarnya mereka takut, mungkin mereka akan menjadi orang yang kuat kencing malam sebab terlalu takut , jadi …
Anda tidak perlu takut dengan kehadiran cakap bikin-bikin mereka itu ( Mengenai sms maut) . Tidak ada apa yang perlu ditakutkan , jangan takut kerana ketakutan itu bila-bila masa akan meningkatkan pengeluaran kelenjer horman tubuh yang tidak terkawal dan mungkin penyakit lain akan timbul .
Jadi , bagaimana sekarang ? sms itu memang penipu ? bah , napa ? tak percaya ah ? memang penipu!!!!!! , tak percaya lagi , tak tahulah kamurang , nak saya buat satu joke untuk mengesahkan bahasa sms maut itu adalah satu penipuan ? Belah dada i. ekekekekek..






May 21st, 2008 at 12:18 pm
Sorry for the unrelated comment, but….It’s BACK! Come JOIN the SABAHAN BLOGGERS GATHERING if you haven’t already! Please help to spread the word around. Thanks.
[Reply only this thread]
May 21st, 2008 at 12:46 pm
Thanks , i will look into it later ,
[Reply only this thread]