Sakit dan menyakitkan
111 views ,Apabila seseorang berada didalam keadaan yang selesa, kemungkinan dia tidak akan keluar daripada zon selesanya seandainya keselesaannya itu boleh menghidupkan kembali semangatnya . Bila mana hati sudah terguris , tiada sesiapa yang akan mengubatinya kecuali apabila dia meluahkannya namun zon selesanya tidak seperti dulu lagi …
Bila hati dalam kesakitan, semua benda yang berada didepannya seolah-olah sedang bercakap dengannya , seperti rumput kering yang tidak pernah terbakar .Semua kesakitan yang di deritai akan tetap sakit .
Tetapi ada sahaja orang yang mampu mengubatinya , Cuma belum dapat berjumpa dengan yang layak , yang mempunyai tangan yang ajaib dan berkebolehan untuk membuka semua ruang-ruang yang tercedera dan menggantikannya dengan yang baru.
Apabila semua kesakitan itu sudah tiada , dia tidak akan berjalan seperti seorang pemburu kerana masa lalunya sudah hilang dan menjadi baru .Semua yang sedang difikirkannya tidak dapat menjadi satu gabungan cerita lagi , kecuali dia akan mengubah semua jalan cerita yang terdapat didalamnya .
Apabila yang lama akan menjadi baru , semua yang baru akan menjadi semakin baru dan yang lama akan semakin hilang , bukan ditelan zaman tetapi hilang sama sekali tanpa berita .Kesukaan yang baru akan bermula , bukan dengan tangisan kerana kesakitan , tetapi tangisan kerana terharu .
Bila bintang bersinar di depannya , dia akan tahu bahawa ada sinar yang sedang menuntunnya .Semua keajaiban yang berlaku didalam dirinya bukan secara kebetulan tetapi kerana sudah direncanakan .Dia akan mengimbas kembali , dia akan menjadi pemerhati dan akhirnya dia akan menangis dan menangis seperti seorang bayi yang inginkan sesuatu , menangis lagi dan lagi …
Dia menangis sehingga air mata bukan lagi menjadi darah tetapi air mata cahaya yang sedang berada di tengah-tengah hidupnya , tidak sesiapa yang boleh memahaminya , tiada sesiapa yang boleh membuat pantun dan menterjemahkannya kepada syair..hanya dia sendiri .
Betapa hebatnya pengalaman itu , seperti baru semalam berlalu , padahal sudah bertahun-tahun melaluinya … Kini dia akan bermula dengan hati yang gembira, pertemuan itu tidak secara kebetulan dan perpisahan itu seolah-olah dirancang tetapi sebaliknya sudah terjadi sebelumnya , Cuma dia perlu menunggu masa yang sesuai untuk melakukannya …
Hatinya bergelora dan tumpuannya hampir seperti perahu yang tidak berpendaung namun dia semakin hampir pada pantai dan akhinya dia sampai ke pantai , berlari-lari seperti sedang mengejar sesuatu tetapi itu hanya bayangan sementara untuk masa yang sementara , alangkah sukarnya , tetapi alangkah senangnya lagi masa itu walaupun amat menyakitkan…






May 27th, 2008 at 1:07 pm
apa khabar piasau… ko dari kampung piasau kota belud ka kawan….
[Reply only this thread]
May 27th, 2008 at 6:41 pm
bukan , bukan pula dari kota belud ,
[Reply only this thread]
May 31st, 2008 at 2:40 am
mana sudah tu lagu ko yang siok tu…
[Reply only this thread]
May 31st, 2008 at 10:25 am
Saya tak tahu apa sudah jadi dengan website mereka , saya akan cari yang lain lagi , yang ada umm sikit ,kalau betul2 sudah tiada,saya akan hoskan didalam website saya sendiri ,
, jangan susah.
Saya pun baru juga mau tambah lagu , tiba-tiba saja hilang , mungkin mereka sedang upgrade laman tu tapi saya tak mau tunggu,saya akan cari hos lain ,
[Reply only this thread]