Kematian bukan akhir dari segalanya(1)

127 views ,

Setiap orang didunia ini akan mati suatu hari nanti.Banyak orang takut mati tetapi ada juga yang tidak kerana mereka sudah bersedia.Mati kerana berbuat baik lebih baik daripada mati kerana berbuat jahat. Setiap orang pasti akan menghadapinya .Manusia tidak akan dapat hidup lagi apabila sudah mati .Darahnya akan berhenti mengalir dan jantung tidak lagi mengambil peranan yang baik kerana riwayatnya juga sudah tamat.

Kematian boleh merampas semua yang kita miliki termasuklah sahabat kita , dan banyak orang yang akan ditinggalkan terutama ahli keluarga yang terdekat , malahan boleh merampas kekasihnya sendiri .kematian merampas semua harta benda yang kita miliki dan kesemua hasil kekayaan yang kita simpan tidak berguna lagi .

Yang kita tinggalkan selepas kematian ialah kesedihan.Kesedihan yang nampak pada raut wajah seorang kerana menangisi kematian .Apakah yang akan kita lakukan seandainya dilanda kesedihan kerana kematian seorang sahabat atau salah seorang ahli keluarga kita ?Saranan saya ini mungkin boleh membantu anda :

- Jalanilah kehidupan seperti biasa , sama seperti manusia yang lain
- Jangan terlalu memikirkan tentang kenangan kerana yang mati tidak akan kembali lagi .
- Jangan mendengar lagu-lagu yang sedih atau yang boleh mengingatkan kembali kenangan dengan orang yang telah meninggalkan anda .

- Keluarlah bersama dengan orang yang mampu memahami anda dan bercerita kepadanya , luahkan semua yang terpendam didalam hati anda dan … carilah orang yang benar-benar memahami dan memberikan semangat kepada anda .

- Berfikirlah positif selalu , dan menangislah apabila hendak menangis dan jangan simpan dan minta bantuan dan sokongan daripada kawan-kawan yang terdekat dengan anda .

- Bawa keluarga anda atau sesiapa sahaja yang anda kenali , yang biasa dengan anda untuk bersama-sama berkelah atau pergi ke tempat yang boleh menyenangkan fikiran dan minda .

- Bergerak aktif didalam sukan (tidak semestinya) dan jangan selalu bersendirian kerana kenangan itu kadang-kadang boleh membuatkan anda hilang semangat untuk terus maju dan menurunkan prestasi anda .

- Dan yang paling penting di antara yang penting ialah mendekatkan diri kepada-Nya dan menerima hakikat bahawa semua orang pasti akan mati satu hari nanti , tiada seorang pun yang terkecuali .

Kadang-kadang , kematian seseorang itu boleh membuatkan kita berubah .Banyak orang meratapi kematian , tetapi teruslah bergerak maju ke depan . Jangan pandang belakang , namun satu hal yang harus kita ketahui bahawa kita akan dapat berjumpa dengan mereka yang sudah mati suatu hari nanti .Yang mati sudah tidak dapat hidup lagi seperti manusia yang hidup , mereka sudah berpindah ke alam yang lain .

Alangkah bahagianya mereka seandainya mereka yang sudah mati mendahului kita , ini bermaksud mereka sudah mengakhiri hidup mereka didalam dunia ini dan mereka patut berada di sana , dan hidup dengan gembira …

Mereka yang sudah mati sudah tentu akan gembira kerana tidak lagi menghadapi dunia ini yang penuh dengan penderitaan , hidup didalam dunia ini memang menderita , banyak kekecewaan dan banyak penghinaan , kemeskinan , penolakan dan kelaparan ..tetapi kematian bukan akhir dari segalanya kerana ada hidup didalamnya.

Saya suka menangis apabila saya tersentuh kerana itu membuatkan saya semakin sedar akan kehidupan saya , dan siapa saya yang sebenarnya …

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

2 Responses to “Kematian bukan akhir dari segalanya(1)”

  1. yongkor-yongkor Says:

    hmmmm payah jg menjawab ni tau……hehehehe apa kbr semua? pd pendapat sa kematian ni satu permulaan hidup sebenar…..’hidup d dunia hanyalah sementara’….memang sedih dtinggalkan orang yang tersayang….kita yg hidup akan teringat kenangan2 ketika bsama dgn c mati….

    [Reply only this thread]

    san Reply:

    yongkor-yongkor,
    saya baik juga ni.. tidak tahu yang lain.. :) , yang kematian ialah satu permulaan hidup yang sebenar KALAU percaya yang akan adanya keselamatan.. Kalau tiada… maka sia-sialah kematian itu… cuma membawa ke alam yang tidak kita kehendaki..

    [Reply only this thread]

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link