Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan 2008
130 views ,Kotobian Tadau Kaamatan 2008 kepada semua orang yang di seluruh Malaysia yang merayakan perayaan ini .Kalau dulu , perayaan Tadau Kaamatan ini hanya dirayakan oleh orang dusun dan kadazan yang tinggal di sabah .Jika mereka berada di luar negeri samaada atas urusan bekerja atau belajar , mereka mungkin pasti akan balik semata-mata untuk merayakan perayaan ini .
Tetapi sekarang , ada yang tidak balik ke sabah atau ke kampung halaman mereka kerana perayaan ini juga boleh dirayakan di negeri orang lain .Walaubagaimanapun,merayakan di negeri sendiri adalah lebih meriah lagi daripada di negeri orang lain .
Ini disebabkan mereka lebih banyak bergaul dengan orang kampung,bersama denga keluarga, dapat bersua muka dengan mereka dan bercerita lebih banyak dengan mereka , sekaligus dapat mengetahui masalah yang mereka hadapi , itupun kalau mereka mahu menceritakannya kerana Suasana didalam perayaan itu yang menyebabkan halangan untuk bercerita mengenai masalah .Buat apa nak cerita mengenai masalah kan,
Tetapi hari semakin berlalu dan banyak juga anak muda yang sedang membesar dalam proses untuk meniru semua kelakuan senior mereka sedang berada didalam perayaan itu .Saya tidak dapat katakan dengan jelas , memang terdapat banyak kelemahan didalam setiap kali perayaan berjalan .
Kalau perayaan itu dihidupi dengan suasana aman dan damai , maka perayaan itu akan berakhir dengan damai tetapi jika perayaan itu dihidupi dengan suasana yang agak suram atau penuh dengan kebencian,sudah pasti perayaan itu akan berakhir dengan ketidakpuasan hati tetapi mustahil perkara seperti ini akan timbul kecuali perayaan itu tidak ada garis panduan daripada badan yang berkenaan.
Ini memang biasa terjadi , sejak dari dulu lagi , saya tidak nafikan hal ini kerana ini juga berlaku di kampung saya waktu dulu .Saya tidak tahu di kampung yang lain .Bagi yang tidak tahu bagaimana mengawal diri sendiri, perayaan itu akan berakhir dengan kesedihan atau ada orang yang ditangkap kerana melakukan perbuatan yang boleh mencemarkan kampung .
Suasana perayaan lebih rancak berjalan terutama pada waktu malam sebab banyak orang yang sudah balik dari kerja dan dapat meluangkan masa untuk bersama-sama berkongsi pendapat atau sekadar menghidupkan perayaan itu supaya tidak kaku .
Apabila anda sudah tidur , tiba-tiba anda mendengar berita tergempar pada keesokan paginya .Si anu bin si anu telah ditetak , si anu bin si anu telah diserang , kerana marah , kerana terlalu mabuk , dan ini membuatkan saya tidak senang mendengar berita ini .Saya meminta maaf kepada jika anda tersentuh tetapi saya bercerita mengenai kebenaran .
Kalau beginilah sikap mereka , orang lain yang melihat terutama mereka yang masih belum mengenali apa itu perayaan , akan terikut-ikut dengan sikap mereka lalu mereka akan mula meniru gaya dan taktik senior.Jadi , saya tidak hairan jika umur masih muda dan masih bersekolah , sudah mempunyai anak .Maafkan saya sekali lagi tetapi kita harus sedar , jika keadaan ini berterusan , sudah pasti kita tidak akan maju-maju , sampai bila nak maju ?
Saranan saya , jika anda mempunyai anak lelaki atau perempuan yang bersekolah di Bandar dan boleh berulang alik ke kampung , adalah lebih baik anda buat permohonan untuk memindahkan mereka di kawasan Bandar , yang terdedah dengan banyak maklumat dan pengetahuan serta dijaga oleh pihak yang bertanggungjawab.
Jika hanya terperuk di kawasan kampung sahaja , balik ke rumah , dan ke sekolah dan akhirnya fikiran mereka tidak berkembang , kalau setakat di sekolah sahaja, mereka tidak dapat menangkap dengan jelas semua maklumat yang diterapkan kepada mereka disebabkan tiada pendedahan secara life mengenai apa yang mereka pelajari .
Sebenarnya itu berlaku di kampung saya , saya tidak tahu di tempat anda . Bagi saya , memang agak mencabar sekali kalau keluar bersekolah di kawasan Bandar , ini disebabkan terlalu banyak godaan dan banyak pula perbelanjaan yang hendak dikeluarkan .
Tetapi yang paling penting bagi saya ialah Pendedahan” dan biarkan mereka berfikiran terbuka apabila sudah berada di kawasan Bandar . Saya mungkin tidak dapat memberikan ulasan lanjut mengenai hal ini kerana keluar topik .Semua ini hanya pandangan saya sahaja secara kasar , tidak semestinya sesuai untuk anda
, Walaubagaimanapun,Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan 2008 . Aramai Tee !!! (Yang bermaksud sangat ramai atau terlalu siok ,
)



