Pedang simbolik
163 views ,Terdapat satu perumpamaan yang berbunyi seperti ini “Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga” tetapi saya sedikit keliru dengan satu nyanyian yang berbunyi seperti ini “Si Luncai terjun dengan labu-labunya dan kawan-kawan orang yang menyanyi didalam perahu itu berkata,biarkan ! Biarkan! ” . Orang yang berada didalam perahu tidak mengerti bahawa si Luncai sudah melarikan diri dan sedang terapung dengan gembira bersama dengan labunya kerana dia berjaya memperdaya orang yang telah menangkapnya .
Simbol ialah satu lambang yang mempunyai rahsia yang tersirat didalamnya . Semakin anda mengerti simbol itu , anda semakin faham tentang fungsinya terutama apabila anda membuat tafsiran yang tepat mengenai simbol .Ada pula yang langsung tidak tahu mengungkapkan erti simbol itu .Banyak orang yang membuat anggapan yang salah mengenai simbol .
Pedang ialah satu simbol kemegahan , kekuatan , kuasa , pertentangan . Orang yang suka bermain dengan pedang akan mati dengan pedang . Banyak orang menggunakan “pedang” untuk membunuh sebagai jalan terakhir untuk mereka yang tidak mengerti isi tersirat di sebalik pedang .
Pedang ialah satu simbol pertentangan , dan pedang juga satu simbol permusuhan dan akhirnya akan terjadi pembunuhan dan akhirnya membentuk sejarah yang dikenali sebagai peristiwa berdarah atau mungkin ada nama lain yang hampir sama dengan peristiwa pembunuhan disebabkan oleh pedang ?
Sebut sahaja perkataan pedang , semua orang sudah tahu mengenai pedang , berbentuk panjang dan cantik atau sebaliknya , atau mempunyai rambut kepala manusia , semakin banyak rambut kepala manusia yang terdapat didalam sarung atau kepala pedang ,semakin orang itu disanjungi kerana dia adalah seorang yang hero yang menggunakan pedangnya sendiri untuk memotong kepala manusia .Itupun kalau pedang itu miliknya .
Namun satu hal yang amat menghairankan , tidak terdapat ramai orang yang suka membaca erti tersirat sebuah pedang sebagai satu simbolik pertentangan tetapi mereka membaca dan memahami pedang itu sebagai satu simbol kekuatan dan kemegahan dan kemenangan , sebagai akibatnya , mereka akan berperang dan berperang menggunakan pedang dan banyak pembunuhan terjadi.Walaupun terdapat banyak senjata api yang dibuat untuk berperang , mereka masih menggunakan pedang , sebab pedang ialah simbol kemegahan , kemahsyuran dan kemenangan (Victory ) dan kesombongan .
Mengapa mesti bermain dengan pedang ? Untuk siapakah kemenangan itu ditujukan jika kita bermain pedang ? Mengasah pedang bukan macam mengasah pisau atau parang .Cara mengasahnya memerlukan banyak bahan atau rempah .
Mengapa mesti menggunakan pedang untuk berperang jika tidak faham erti yang tersirat mengenai pedang ?.Orang yang selalu berkata mengenai kebenaran adalah orang yang berkata mengenai pedang , yang berkata mengenai pertentangan oleh kerana dia menyatakan kebenaran .
Perkataannya seperti pedang bermata dua , ia lebih tajam daripada “pedang” biasa . Orang ini tidak datang membawa damai tetapi dia datang membawa “pedang” . Pedang bermaksud pertentangan .Orang yang selalu berkata mengenai kebenaran akan menimbulkan pertentangan kepada orang yang tidak suka dengan kebenaran .Seandainya orang berbicara dengan kebenaran , dia akan jatuh atau malu atau maruahnya tergadai dan sebagainya .
Pernahkah anda mendengar orang berbicara mengenai pedang ? atau adakah semua artikel yang terdapat didalam artikel ini adalah ayat-ayat pedang ? Dan jangan membuat tafsiran yang salah mengenai pedang sebab sekali kita membuat tafsiran yang salah mengenai pedang , kita akan mati oleh pedang .
Walaupun pedang tidak lagi digunakan didalam peperangan pada hari ini namun masih ada sesetengah orang yang suka bermain pedang didalam sukan atau menyimpan pedang sebagai khazanah yang berharga , sebagai satu simbol yang melambangkan kekuatan atau kekejaman .
Apabila seseorang yang mahir bermain pedang akan kalah , mereka akan menyalahkan pedang yang tidak dapat membantu nasib mereka untuk menang , sebab nasib mereka bergantung kepada pedang . Jika mereka tidak melawan , sudah tentu mereka akan kalah dan malu , tetapi jika mereka melawan , kemenangan sedang menanti mereka namun dunia tidak menyetujui peperangan menggunakan pedang kerana ianya satu simbol kekerasan dan penganiayaan .Tetapi apa kurangnya dengan orang yang bermain senjata api, selain pedang ?
Hayunkan pedang mu, Dan mereka akan takut dengan anda , pedang itu menembusi seluruh tubuh badan kita , sehingga ke tulang sumsum dan menusuk masuk ke alam roh, pernahkah anda mendengar mengenai pedang roh ? Oh , saya tidak dapat jelaskan disini , carilah sendiri kerana artikel mengenai pedang simbolik berakhir sampai disini , Jumpa lagi di artikel seterusny, Tata, ![]()
P/S: Jangan bermain dengan pedang jika anda tidak tahu bagaimana mengawal pergerakannya terutama semasa pedang di hayunkan kerana ia boleh menafsir dan menukar fikiran anda menjadi seorang penyesat yang luar biasa , mungkinkah anda akan menjadi seorang pembunuh yang luar biasa juga oleh kerana membuat tafsiran yang salah mengenai pedang ?






Leave a Reply