Harga Barang Naik?
235 views ,Harga Barang naik ? . Nanti semua orang balik kampung , tanam padi dan makanan lain untuk membantu mereka terus hidup .Orang yang bercadang nak beli kapal terbang mainan pun tidak jadi , semua orang sedang berfikir , nak belanja wang lebih atau tidak ?
Kewujudan pasar raya giant mungkin boleh membantu para shopper untuk menjimatkan wang mereka untuk keperluan lain , kalau nak beli di kedai runcit yang harganya mahal , sudah tentu bajit untuk membeli barangan lain akan ditangguhkan.
Lama kelamahan orang akan kebuluran kerana kegawatan makanan .Orang yang pandai cari makan tidak mungkin akan kebuluran.Kita ini tidak sama dengan ayam atau itik .Ayam sekarang pun makan beras , nasi , dan kadang-kadang curi padi orang yang berada di jemuran .Kalau ayam boleh terbang , sudah tentu habis sawah padi orang dikerjakan oleh ayam-ayam tu , sedangkan bunyi burung pipit pun ditakuti oleh para pesawah , apa lagi bunyi ayam ?
Orang yang bercadang nak kumpul duit untuk kawin awal pun tidak jadi , terpaksa ditangguhkan untuk masa yang akan datang , orang yang baru nak kumpul wang dan baru nak cari pasangan pun terpaksalah dibatalkan buat sementera , pendek kata , semua masalah yang berkaitan dengan wang , yang seharusnya boleh diselesaikan dengan wang , contohnya nak beli kereta atau barangan berguna lain terpaksa menjadi angan-angan buat sementara waktu .
Saya pun tidak banyak idea mengatasi kenaikan harga barang sebab saya bukan ahli perniagaan atau penggubal undang-undang dan hobi saya pun bukan membeli belah dan bukan pula menyembelih dan menyebelah tetapi saya turut merasai kesan kenaikan harga barangan , tempiasnya pergi ke perut saya .
Mengenai kenaikan harga makanan , saya bimbang kalau baby yang kekurangan makanan sebab mereka akan mati kerana kekurangan zat makanan , akhirnya akan menjadi seperti kanak-kanak yang mati kebuluran dan mereka seolah-olah tinggal di Afrika atau padang pasir yang tandus , hanya mengharapkan hujan turun yang tidak pasti , tetapi mereka tidak sempat melihat diri mereka membesar dan menjadi pemuda atau pemudi harapan bangsa .
Tiada lagi bandar yang mashur sebab makanan atau segala sumber yang terdapat didalamnya tidak dapat dibeli lagi , yang mampu membeli ialah orang yang empunya kedai makan .Akhirnya , mereka (Peniaga makanan) hilang sabar, mereka sendiri yang menjadi pelenggan untuk kedai mereka .
Kalau tidak cukup wang untuk beli barang lain , siapa lagi yang nak beli barang buatan Luar Negeri ? tiada sudah , baru tahu… kalau tidak , mereka tidak tahu, sebab terlalu mahal . Tidak rugi saya ada ilmu menangkap biawak , dapat juga cari makan , tidak rugi juga saya ada ilmu menanam padi sebab saya tahu bagaimana nak tanam padi .Tidak rugi saya ada ilmu mengumpat , sebab saya mengumpat perut saya yang sedang kelaparan , lalu si perut pun tahu bertimbangrasa dan dia tidak keluarkan banyak asid tetapi bagaimana kalau mereka yang sudah berumah tangga lalu mereka menghadapi krisis seperti ini ? Terpaksakah mereka membeli cangkul dan parang untuk memulakan projek kebun sayur dan tanam padi di belakang rumah ? tak kisahlah dibelakang tu longkang besar atau tidak, yang penting bahagia .
Dan terpaksalah mereka yang masih bersekolah , mungkin berhenti daripada pengajian mereka dan mencari pekerjaan untuk mencukupkan keperluan keluarga mereka , dan pendidikan yang dikatakan boleh memajukan Negara itu tidak lagi wujud , hanya tinggal kenangan dan akan direkod sebagai bahan sejarah atau tinggalan Bandar atau Negara yang tidak pernah membangun .
Janji seorang pemimpin untuk membangunkan negara yang setaraf dengan Negara maju di dunia pun hanya tinggal cerita , semua sunyi sepi tapi perut manusia tidak pernah sepi , bapa-bapa cacing memberontak kerana tiada makanan untuk anak-anak cacing mereka didalam perut manusia .
Kalau ubi kayu boleh diproses untuk dijadikan beras , sudah tentu ramai orang yang sudah menukar cara pemakanan daripada beras yang sudah menjadi nasi kepada ubi kayu tapi kita telah diberi makan nasi sejak dari kecil lagi , memakan ubi kayu untuk jangka masa yang panjang menyebabkan selera makan juga mungkin terjejas .Kalau makanan ruji tengggiling ialah semut , tidak mungkin dia akan menukar makanannya menjadi ulat gonggok.
Tapi saya suka makan ubi kayu sebab mudah dihadam dan lembut .Kalau nak jadikan ubi kayu sebagai pengganti beras , kenalah sediakan gula , garam atau minyak kerana ubi kayu boleh direbus , dibuat kuih atau keropok yang rangup (dengan menyimpan sedikit garam) dan digoreng .Ubi kayu juga boleh dijadikan tepung , dengan menghirisnya seperti hirisan timun atau hiris dengan nipis dan jemur .
Seperti seseorang yang berada di padang gurun mengharapkan hujan turun , samalah seperti kita yang mengharapkan harga barang akan turun .Duit berkata “Barang oh barang , mengapa engkau tiba-tiba naik ?” Dan barang itu akan menjawab , “duit oh duit , mengapa engkau tidak cukup untuk membeli aku ?” Dan sayur-sayur yang lain berkata, “biarkan barang itu naik bersama dengan barang-barang lain , dan duit pun berkata, “biarkan, biarkan,biarlah si barang terjun dengan harga-harganya,biarkan,biarkan,”



