Hidup Dalam Kesunyian
186 views ,Pernahkah anda mengalami kesunyian hidup yang panjang ? Saya pasti anda pernah mengalaminya .Terdapat satu ruangan yang belum dipenuhi didalam hati anda . Hati anda berteriak tetapi tidak dapat , lalu anda menangis dan terus menangis .
Saya akui , orang yang merasa kesunyian didalam hidupnya adalah seorang yang benar-benar keseorangan dan tiada teman mahupun wanita atau lelaki .Namun didalam konteks ini , teman itu boleh diperolehi di mana-mana sahaja tetapi maksud saya teman yang sanggup melafazkan kata cinta kepada anda dan mereka dapat meluahkannya dengan ikhlas didepan anda serta sanggup hidup semati dengan anda . Terlalu susahkah mencari orang yang setia ?
Tanda – tanda teman lelaki atau wanita anda mulai menjauhi atau tidak minat dengan anda atau mencabar sesuatu daripada anda .
01. Mereka berkata bahawa dia ini seperti goreng pisang yang sangat laku , jadi buatlah sesuatu dengan dia sekiranya anda benar-benar suka dengan dia .Buat sesuatu yang saya katakan tadi ialah meminang dia kerana itu memang satu permintaan yang simbolik , namun orang jenis ini tidak harus dilayan kerana perangainya boleh membangkitkan rasa cemburu
02. Mereka akan berkata , lupakan saya sahaja jika anda tidak suka dengan saya atau tidak minat dengan saya . Saya akan memberikan anda peluang untuk mencari yang lain .Orang jenis ini memang susah ditemui dan hatinya bila-bila masa beralih kepada orang lain jika dia mahu .
03. Banyak lagi kategori lain tetapi ini yang paling popular .
Adakah anda sudah menemui apa yang anda inginkan ? Saya sendiri hidup didalam kesunyian , tidak tahu kenapa , saya hidup dalam kesunyian sepanjang hari , hati saya tidak dapat merasakan perubahan waktu tetapi masih sedar akan kewujudan masa dan sedang mengejar masa .
Saya tidak tahu lalu , Seorang berkata kepada saya , bagaimana mengatasi bosan , saya sendiri tidak bosan tetapi saya terlalu sunyi sekali . Jadi , bagaimana mengatasi kesunyian ? Saya tidak dapat paparkan didalam web ini kerana kesunyian belum berakhir didalam hidup saya . Jadi , masih dalam proses , mungkin saya Cuma saya perlu menunggu waktu yang sesuai untuk melihat seseorang hadir didalam hidup saya , barulah saya dapat menulis artikel mengenai bagaimana mengatasi kesunyian .
Jika sudah dilatih , kesunyian yang kita alami itu tidak membebankan kita , malahan kita akan merasa seperti sedang bermain dengan masa .Saya juga sedang menunggu masa dan sedang bermain dengan masa supaya masa boleh mempercepatkan saya untuk mengakhiri kesunyian ini dan semoga anda yang sunyi di luar sana tidak akan berasa sunyi lagi .
Mengakhiri kesunyian bukan satu perkara yang mudah namun mengakhiri kesunyian seharusnya disesuaikan dengan masa kerana persediaan untuk memulakan sesuatu selepas kesunyian berakhir adalah sesuatu yang tidak dapat dicapai , kecuali kita benar-benar bersedia untuk memulakannya .Orang yang mengalami kesunyian bukan satu permainan biasa tetapi satu kesakitan yang hanya dialami oleh orang yang mengalaminya.
Mungkinkah teman wanita atau lelaki anda sedang kesunyian pada ketika ini tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk melayani mereka ? Anda tidak tahu bagaimana untuk berhubung dengan mereka ? Apakah yang mereka ingin daripada anda ? dan bagaimana anda dapat memenui ruangan itu supaya kesunyian mereka (teman wanita dan lelaki anda ) menjadi milik anda sepenuhnya ?




SYA PERNAH MENGALAMI HAL HAL INI SEJAK PERTAMAKALI SYA DATANG SINGAPURA.SYA PERNAH SAKIT JIWA JUGA ,KERNA MENGHADAPI KEMURUNGAN YG AMAT PANJANG SEKALI.
TIA SILAP SYA 2004 AKU SAKIT JIWA SAMPAI 2005…SEHINGALA SYA ASIK MENGULANG PERKATAAN SIAL!! PUNYA AGEN PENIPU!! HEHE…BEGITULA SAKIT JIWA YG AKU ALAMI 1 TAHUN.
tapi klo soal wanita jauh dari jangkaan sya,sya tidak pernah tahu ertinya yg orang luahkan..yg sya tahu minum Arak setiap hari selama satu tahun tu.aku hanya tahu mabuk..mabuk
tapi dari mulai detik ini sya baru sedar…
[Reply only this thread]