Hidup semakin terhimpit(1)

117 views ,

Apabila harga barang mula naik , sudah pasti ianya akan menjadi seperti air pasang yang sedang naik dan sedang menenggalamkan sesuatu yang berada didepannya .Jika terdapat rumah-rumah yang baru dibina atau sudah siap dibina , terutama jika rumah itu dibina di atas pasir , sudah tentu kerosakan akan berlaku dalam masa yang terdekat .

Barang yang sudah naik kemungkinan akan menjadi semakin bertambah mahal dan barangan yang laku pada masa lalu kini akan menjadi satu igauan mimpi buruk kepada semua orang , terutamanya barangan itu adalah barang keperluan .

Kehendak memang tidak terbatas namun barangan keperluan yang terbatas menyebabkan hidup orang ramai tertekan dan terhimpit disebabkan harga barang keperluan seperti beras sudah meningkat .Bayangkan jika beras ini sama seperti sebuah termometor atau pengukur kepanasan . Jika thermometer ini terlalu panas , kemungkinan ia akan meletup bila-bila masa atau sebaliknya .

Pengukur suhu badan manusia sudah tidak stabil lagi kerana suhu badan pun tidak dapat menahan kepanasan yang dicatat oleh thermometer . Saya tidak tahu apa jenis thermometer yang sesuai untuk mengukur kepanasan badan seorang manusia yang normal namun jelas bahawa thermometer yang digunakan belum dapat membaca suhu kepanasan itu .

Kalau membiarkan sayur-sayur berkata , biarkan barang naik dengan harganya , biarkan, biarkan , sudah tentu si barang pun tidak dapat bertahan dengan ejekan sayur-sayur yang lain dan dia pasti akan bertambah bingung dan fikirannya bercelaru sebab orang kampung yang tanam sayur tahu bagaimana riwayat hidup sayur kampung .

Kalau sayur di tanam dan dibaja dengan baja kimia , sudah tentu si barang akan bertambah gembira sebab si barang boleh menjual sayur-sayur dengan harga yang mahal mengikut kualiti pasaran namun satu hal yang si barang tidak tahu , kualiti sayur yang paling baik atau yang terbaik didunia ialah apabila sayur itu ditanam dan diberikan baja kompos .

Jadi , sayur yang dibaja dengan baja kompos tahu bagaimana dia hidup walaupun tidak memerlukan baja organik . Dia tahu bagaimana menghindai ulat bulu atau ulat gonggok daripada masuk ke dalam tanah dan memakan akar – akar sayur yang belum matang .

Tempoh matang sayur yang boleh dipasarkan sekurang-kurangnya 2 bulan setengah atau tiga bulan .Jika sayur itu dijual dengan cepat , kurang daripada 2 bulan selepas ditanam, sudah tentu si barang akan menghadapi sakit angau .

Siang dan malam si barang tidak dapat tidur kerana memikirkan sayurnya yang tidak laku atau mengalami perubahan warna atau pewarna tiruan yang berwarna hijau mulai luntur kerana tidak tahan berdepan dengan cuaca panas atau sejuk walaupun setiap hari dia membasahkan sayurnya dengan air sejuk .

Adakah hidup anda semakin terhimpit disebabkan harga barang sudah naik di pasaran ? Jangan takut , kuatkan hatimu . Kita masih ada cara untuk mengatasinya . Bagaimana cara untuk mengatasinya ? Tunggu artikel saya yang seterusnya .

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link