PTI(Pendatang Tanpa Izin)-Backdoor System
265 views ,Alangkah bertuahnya mereka yang dipanggil PTI sebab mereka sudah glamour di merata tempat namun satu hal yang kurang menyenangkan disini ialah apabila mereka datang tanpa dokumen peribadi yang lengkap , dengan tujuan untuk keluar daripada negara mereka dan masuk ke negara orang lain tanpa sedikitpun rasa takut dengan undang-undang .
Jika terjadi kegiatan jenayah , sudah tentu yang menjadi mangsa ialah PTI sebab banyak saksi yang melihat dan banyak kejadian yang berlaku disebabkan oleh PTI .Satu hal yang paling rumit untuk difikirkan ialah PTI tidak semua jahat,ada juga baik tetapi jika melanggar peraturan dan undang-undang ,sudah tentu PTI yang baik dan jahat pun semuanya tidak terkecuali.
PTI yang jahat pun kalau dia ada dokumen perjalanan yang sah , tidak akan menjadi masalah kepada orang lain tetapi jika dia melakukan jenayah , dia akan mudah dikesan sebab ada dokumen yang sah dan dokumen itulah yang membatalkan dia untuk masuk ke Negara orang lain kelak .
Siapakah PTI ? Kita adalah PTI jika kita berada di Negara orang lain tanpa dokumen perjalanan .Jika orang lain masuk ke Negara kita dengan tanpa dokumen , mereka juga akan dianggap sebagai PTI (Pendatang Tanpa Izin) .
Bayangkan jika seseorang yang masuk ke rumah anda (yang tidak dikenali) tanpa memberikan pengenalan diri mereka , sama dengan seorang pencuri yang memecah masuk rumah orang tanpa kebenaran tapi kalaupun mereka diberikan kebenaran , mereka seharusnya masuk melalui pintu depan kecuali pintu depan sudah rosak dan terpaksalah menggunakan pintu belakang tapi orang yang biasa menggunakan pintu belakang ialah mereka yang berada dari dalam , keluar melalui pintu belakang dan jarang sekali orang yang masuk melalui pintu belakang tanpa mengetuk pintu .
Saya pernah ditegur dan dibelasah oleh urang inggiris sebab berkata kepadanya sesuatu yang kurang menyenangkannya .Apabila dia katakan hai , saya membalas dengan mengatakan hai juga tapi saya berkata bahawa kalau anda masuk melalui pintu depan, saya akan masuk ke pintu belakang ,sehingga dia memarahi saya .
Ini adalah cerita suspen kerana saya berkata kepada dia didalam ruangan forum dan menghantar Privete Messages (PM) kepadanya dengan mengatakan ,Jika anda tidak suka saya masuk pintu depan , saya akan masuk pintu belakang .Saya pasti dia sedang berfikir yang saya ini ialah seorang penceroboh sebab menggunakan perkataan , backdoor system, dan mereka marah saya lalu diban daripada menghubungi mereka .Anda tahu di mana kejadian itu ? Saya rupanya sudah melangkah jauh di sempadan Malaysia – Canada hanya melalui internet. Anda boleh pergi ke Adlanpro.com .Harap-harap website ini berfungsi .
Sekarang kita tahu bahawa PTI masuk melalui pintu belakang yang saya panggil sebagai back door system. Dengan backdoor system , walaupun anda menutup pintu belakang , tetapi dia tetap dapat masuk sebab pintu itu adalah system bagi dia untuk masuk menjadi seorang penceroboh .Dan dia ada sistem yang tersendiri untuk masuk melalui pintu belakang.
Saya faham , mereka juga mahu cari makan dan mahu menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa di negeri mereka sendiri tetapi adalah tidak logik kalau menceroboh di kawasan orang lain tanpa pengetahuan daripada tuan rumah .Kapal terbang pejuang dari luar negeri pun kalau mahu melintasi kawasan atau negeri orang , mesti meminta kebenaran juga daripada pusat sebab system kawalan keselamatan udara juga hampir sama kukuh dengan system keselamatan di darat.Silap-silap , kapal penjuang anda di tembak . Bang!!! Spek mata dan gigi palsu lagi yang tinggal .
Saya pun rasa kurang senang tapi masalah PTI atau pendatang tanpa izin ini sepatutnya sudah selesai namun itu lah yang dikatakan oleh banyak orang di mana sahaja mereka berada .kalau nak datang ke negeri orang lain , kenalah sediakan dokumen yang lengkap ,itu adalah syarat dan peraturan yang harus dikenakan untuk mereka yang akan melawat di negeri orang ,mengikut undang-undang dan peraturan dengan cara yang baik , jadi adil untuk semua orang .
Kalau orang sabah pun yang datang ke negeri orang lain tanpa dokumen yang sah juga boleh dikatakan sebagai pendatang tanpa izin . Tapi mengapa terlalu banyak pendatang Tanpa Izin masuk ke negeri kita , sabah ? Sebab kenapa ?
Sebab saya ada alasan lain tapi jangan ambil sebagai alasan logic: Terlalu banyak pemimpin yang bercakap nak buat itu dan ini tetapi yang menjadi pelaksana hanya beberapa orang sahaja .Banyak bercakap tetapi sedikit membuat tindakan.
Memang sesiapa sahaja pun boleh cakap tetapi amat susah untuk melaksanakan . Artikel ini rupanya sudah masuk didalam kategori politik , oh ya , lebih baik saya berhenti disini sebab saya tidak pakar mengenai politik dan saya juga tidak pakar dalam soal menganalisa sesuatu sebab saya bukannya orang yang berpelajaran sangat .Jumpa lagi untuk artikel yang seterusnya.






Leave a Reply