Hidup semakin terhimpit(2)

103 views ,

Jika hidup semakin terhimpit , maka minda kita juga semakin terhimpit dan tertekan dengan pelbagai masalah hidup , kita sedang memikirkan bagaimana untuk keluar daripada masalah hidup , masalah yang orang lain buat , yang kita dapat , masalah yang mereka bagi dengan kita .

Mari kita lihat bagaimana kita dapat mengatasi masalah ini dari sudut pandangan lain . Jika anda menghadapi masalah kenaikan barang di tempat anda atau didalam lingkungan anda , saya akan berikan beberapa panduan ringkas , yang mungkin boleh menyelesaikan masalah yang kita semua hadapi .

***Hadapi masalah ini dengan tenang , walaupun masalah kenaikan barang ini bukan masalah kita tetapi masalah negara namun kita yang kena tempiasnya sebab kita adalah rakyat dan pengguna .Jadi , jangan ambil kisah sangat mengenai masalah ini .Biarkan mereka menyelesaikan masalah ini sesuai dengan janji – janji tarang bulan mereka .

***Teladani cara hidup orang kampung .Jika anda tidak dapat meneladani cara hidup mereka , carilah orang kampung yang tinggal di Bandar dan belajar daripada mereka .Mereka boleh membantu anda untuk hidup lebih baik dengan mengamalkan hidup didalam kesederhanaan . Kalau nak jadi orang kampung , pergilah ke kampung , tempat kawan anda tinggal dan belajarlah cara hidup sederhana mereka walaupun ada yang kais pagi makan pagi , kais petang , makan petang .

***Jika anda hidup dengan mereka (Orang kampung ) , anda akan merasa aman bersama dengan mereka sebab mereka akan membawa anda untuk masuk hutan , keluar hutan bukan mencari babi hutan tetapi mencari rezeki , belajar untuk hidup susah , mandi pun di sungai sebab tiada paip kerajaan yang tersambung di kampung .

***Kalau mereka melihat television , anda pun merasa gembira seperti mereka sebab screen television yang keluar hanya hitam putih , dan anda dapat menilai bagaimana kehidupan orang yang kampung seperti saya .Masalah yang terpaksa anda hadapi apabila tidak dapat menemui orang kampung yang hidup cara kampungan ialah anda akan kecewa tetapi jangan kecewa , cari lagi sampai dapat . Temui orang yang kecewa seperti anda yang tidak mendapat bantuan apa-apa daripada kerajaan dan anda pasti akan menemuinya .

***Jika anda mahukan yang romantik , saya cadangkan suasana itu mesti di terangi dengan cahaya lampu minyak tanah , jadi anda boleh diam tenang , tidak perlu risau pasal elektrik .Kalau anda risau pun , anda boleh memohon daripada kerajaan untuk menambungkan Current di tempat anda , itupun kalau permohonan anda diluluskan .

***Belajarlah makan makanan kampung sebab dengan berbuat demikian , anda akan dapat menjimatkan sekurang – kurangnya 50% daripada hasil pendapatan anda setiap bulan untuk membeli barangan keperluan lain yang perlu . Anda nak tahu kenapa ? Orang kampung selalu ada kebun sayur atau tanaman lain , sudah tentu penjimatan itu berterusan .

Mungkin masih banyak cara lain yang saya tahu tetapi saya kira ini yang paling penting sekali , hehehe, , yang asas . Jadi , dengan panduan ini , jangan biarkan kita di tindas oleh masalah disebabkan kenaikan harga barang dan minyak yang mendadak itu .

P/S: Tutorial Membuat laman web percuma , lawati laman web ini :
http://www.piasau.com/tutorial .

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link