warga asing tidak berdaftar-siri 01

171 views ,

Saya semakin tidak faham mengapa sesetengah orang memanggil mereka yang tidak mempunyai dokumen yang sah atau yang cukup syarat untuk tinggal atau menetap di Malaysia digelar sebagai Pendatang Tanpa Izin atau ringkasnya P.T.I ? Saya juga memanggil mereka PTI sebab panggilan itu sudah menjadi kebiasaan sejak dari dulu lagi .

Saya pasti perkataan P.T.I itu adalah perkataan yang keras bagi mereka dan tidak dapat diterima sebagai satu panggilan yang sopan , mereka juga adalah manusia biasa seperti kita.

Walaubagaimanapun , saya lebih suka memanggil mereka sebagai Warga Asing Tidak Berdaftar sebab apabila mereka digelar sebagai Warga Asing Tidak Berdaftar , mereka sudah pasti akan bertindak sendiri untuk melengkapkan diri mereka sebagai seorang Warga Asing Yang Berdaftar .Ini hanya pendapat saya sahaja .

Mengapa saya harus memanggil mereka sebagai Warga Asing Yang Tidak Berdaftar dan bukannya P.T.I ? Saya tidak tahu kalau anda memanggil mereka sebagai PTI kerana itu sahaja panggilan yang mungkin kita mampu lakukan untuk mereka yang tidak mahu berganjak atau menukar status sebagai Warga Asing Yang Berdaftar.

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan yang semua SIM CARD TELEFON hendaklah didaftarkan kepada syarikat telekomunikasi yang berdekatan dan membuat pengesahan yang SIM CARD itu adalah milik anda sepenuhnya . Jika tidak , mereka tidak akan bertanggungjawab sekiranya SIM CARD kita diperalat oleh orang-orang tertentu untuk melakukan kegiatan jenayah dan kita yang akan menjadi mangsa .

Setiap orang yang lahir didunia ini mestilah didaftarkan kepada Jabatan Pendaftaran untuk mendapatkan Surat Beranak .

Bukan hanya untuk mendapatkan Surat Beranak tetapi sekaligus dapat memohon hak sebagai rakyat untuk terus dapat tinggal di Malaysia.Betulkan saya jika fakta ini salah .

Jika mereka yang datang di Malaysia sebagai status Warga Asing Yang Tidak Berdaftar atau melanggar peraturan yang sudah diperuntukan untuk para pelawat yang bukan warga tempatan , sudah pasti mereka akan digelar P.T.I (Pendatang Tanpa Izin) sebab memasuki Negara tanpa kebenaran .

Walaupun ramai rakyat Malaysia yang bekerja di luar Negara berada didalam status Warga Asing Yang Berdaftar tetapi ini tidak menjamin bahawa mereka akan terus kekal sebagai status Warga Asing yang berdaftar sekiranya PASSPOT mereka yang sudah mansuh tidak dibaharui .

Begitu juga jika Warga Asing Yang Berdaftar berada di Malaysia .Mereka seharusnya mengikuti peraturan yang sudah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia kerana pendaftaran mereka juga berkait rapat dengan isu keselamatan luar dan dalam Negara .

Terdapat warga asing yang sudah tamat tempohnya berada di Malaysia tidak mahu membuat pembaharuan status mereka sebagai Warga Asing yang berdaftar . Apa yang mereka buat ? Di sabah terdapat banyak sekali tempat persembunyian yang di kawal rapi oleh kuncu-kuncu .

Warga Asing yang tidak berdaftar ini lebih suka membayar kos tutup mulut kepada orang perseorangan supaya tidak memberitahu persembunyian mereka .Apabila pihak berkuasa sampai di tempat yang sudah dikenali pasti penempatan warga Asing yang tidak berdaftar , mereka sudah lari kerana PTI itu juga sudah tahu masa dan hari bila pihak berkuasa datang ke tempat kediaman mereka .

Adakah ini gara-gara kawan punya pasal atau orang yang kena bagi rasuah juga tidak cukup gaji sebulan , lalu dengan melakukan cara seperti itu mereka dapat cari makan ? Tidak adakah cara lain yang halal untuk mencari makan ? makan rasuah adalah cara yang haram tapi mereka suka buat sebab wang punya pasal .Gara-gara wang , semua boleh jadi .

Warga Asing yang tidak berdaftar itu sanggup tinggal di hutan bersama dengan nyamuk-nyamuk dan tikus daripada menyerah diri . Selagi orang yang kena bagi rasuah itu tidak mengistiharkan penempatan PTI bebas daripada serbuan , mereka masih menahan PTI di tempat persembunyian .Itu kalau di kawasan pedalaman atau di kawasan yang berdekatan dengan kawasan hutan tebal .

Jadi , isu PTI tidak akan dapat diselesaikan sekiranya masih ada pihak yang menahan mereka sebagai tempat untuk mencari makan .Sabah kaya dengan bahan mentah tetapi mengapa rakyat masih meskin ? fikir-fikirkan lah . Kalau PTI itu adalah si Luncai , maka sampai bila-bila masa pun isu PTI ini tidak akan selesai .

Maafkan saya jika artikel ini menyinggung anda, sila hubungi saya untuk memperbaikinya atau saya akan menghapuskan artikel ini serta merta .

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

2 Responses to “warga asing tidak berdaftar-siri 01”

  1. noreen Says:

    salam sejahtera,

    saya adalah warganegara malaysia.saya telah bertunang dengan seorang warganergara bangladesh pada 18.05.2008. sebelum tahun 2008, beliau adalah supurvisor disebuah syarikat construction.beliau telah menetap disini selama 14 tahun…

    saya menghadapai suatu masalah disini, iaitu beliau telah apply sebagai pegawai dagang pada awal tahun 2008 kerana telah dinaik pangkat menjadi project enginneer.sebab kedua adalah kerana kami ingin berkhawin pada tahun hadapan.

    masalahnya disini, permohonan dia hanya mempunyai harapan untuk lulus 20% sahaja kerana ada keraguan di imigresen(kenapa daripada foreign worker boleh dinaiikan sebagai professional worker)…Ditambahkan lagi, pasport bagi foreign worker akan tamat 15.Julai.2008….

    tolonglah saya…saya merayu sangat….Jika ada cara atau apa-apa prosedeor tolonglah beritahu saya….

    [Reply only this thread]

  2. san Says:

    Hello Noreen ,
    Saya meminta maaf sekiranya pendapat atau cadangan ini mungkin tidak sesuai dengan kamu tetapi saya cuba untuk menjawab soalan anda.

    Biasanya warga asing adalah warga yang sangat rajin dan berpendidikan serta berpengalaman .Kalau kita berada di negara asing pun , mungkin kita akan berpeluang untuk mendapat pangkat yang tinggi didalam sesuatu bidang , tidak mungkin kita akan diberikan peluang pekerjaan di luar negara sekiranya satu kepakaran pun tidak dapat membantu membangunkan negara mereka.

    Contohnya kita perlukan doktor pakar dari india atau mana-mana negara yang layak untuk menyumbangkan pembangunan negara dan inilah yang dinamakan sebagai professional worker .

    Kita perlukan orang asing , apa salahnya mereka dinaikan pangkat sesuai dengan kelayakan dan kelulusan mereka ? Sebab kelulusan dan kepakaran yang mereka ada boleh membantu orang lain dan sekaligus dapat membangunkan negara sendiri dan kita boleh belajar daripada mereka .Itu adalah penghargaan yang paling tinggi yang kita berikan kepada mereka dan yang mereka berikan kepada kita apabila kita berada di negara mereka .

    Saya bukan kakitangan kerajaan ataupun bekerja sebagai imigresen namun pada pendapat saya , segala kelulusan itu adalah dibawah kuasa mereka, jadi untuk prosedur seterusnya , cuma sambung saja passport tu dan berbincang dengan bos tunang anda (sepatutnya tunang anda yang berbincang dengan bosnya dan bukan anda ) .

    Kalau tunang anda pernah bekerja selama 14 tahun dan kemudian bertukar dengan syarikat lain, tetapi passport akan mansuh pada 15 Julai 2008 , tunggu bos lama tunang anda membuat pembaharuan tempoh kerja (Kalau tunang anda tu masih bekerja dengan syarikat lama) , kemudian minta bos anda transfer kontrak tu ke syarikat lain (bawa berbincang) tapi kalau tunang anda lari begitu sahaja kemudian tiba-tiba muncul di syarikat lain , padahal urusan pekerjaan di syarikat lama masih belum selesai …..masalah tu..Mintalah tunang anda berbincang dengan baik (dengan bosnya) di syarikat lama.

    Tetapi saya pasti masih banyak orang yang tidak faham dengan PTI sehingga tidak dapat membezakan mana satu PTI (Pendatang Tanpa Izin) dengan PDI (Pendatang Dengan Izin) .

    Adalah tidak adil memperlakukan warga asing sekiranya tidak tahu membezakan antara PTI dengan PDI , akibatnya …Kedua-duanya diketepikan tanpa memikirkan akibat dalam jangka masa yang panjang.

    Jawaban yang selebihnya , minta bantuan dari Tuhan.Dan itu adalah jalan terakhir dan pertama .semoga berjaya..

    [Reply only this thread]

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link