warga asing tidak berdaftar-siri 02
102 views ,Kalau dilihat dari sudut ekonomi , pendapatan PTI ini adalah jauh lebih tinggi daripada warga tempatan . Bagaimana ini boleh berlaku ? warga tempatan sendiri meskin sebab mereka tidak dapat merebut peluang yang diberikan oleh kerajaan.Adakah warga tempatan ini malas ?
Mengapa warga tempatan tidak dapat merebut peluang atau kemudahan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia? Terdapat warga tempatan yang berjaja di kaki lima sahaja sedangkan warga asing yang tidak berdaftar ini senang duduk di tempat yang berhawa dingin .
Jangan hairan , sebab warga asing tidak berdaftar ini sanggup membayar kos untuk melakukan apa sahaja yang boleh memberikan keselesaan kepada mereka walaupun pas kebenaran mereka untuk tinggal di Malaysia sudah mansuh .
Warga tempatan tidak kuat , mereka mudah ditindas oleh warga Asing yang tidak berdaftar sebab mereka mempunyai kekuatan atau pengaruh yang luar biasa .Kekuatan pertama yang mereka miliki ialah mereka sanggup memberikan wang tutup mulut walaupun kos mencapai sehingga ratusan ringgit kerana kos tutup mulut itu boleh meneruskan mereka untuk tinggal tetap di kawasan penempatan yang tidak diiktiraf oleh kerajaan .
Mereka tahu bagaimana mencari tempat persembunyian yang tidak mudah dikesan oleh pihak berkuasa . Mereka tahu selok belok tugas dan tanggungjawab pegawai bertugas yang menangkap mereka . mereka ini pintar sebab ada orang tengah yang menjadi perantaraan sebagai pembekal maklumat .Yang penting , pembekal maklumat ini dapat wang dan duduk di kedai berjam-jam untuk menjamu tea ,kopi atau apa sahaja yang membuatkan mereka duduk lebih lama di kedai kopi terutama apabila berdepan dengan rancangan gusti kasar atau main bola .
Jangan hairan kalau kedai kopi itu laku atau penuh dengan orang yang suka menonton rancangan bola atau rancangan lain yang mereka gemari kerana pada masa yang sama , tempat itu juga adalah tempat untuk membuang masa dan tempat untuk para kuncu-kuncu beristirahat .
Orang yang diburu akan sentiasa berada didalam ketakutan , kalau mereka buat salah , sudah tentu mereka tidak akan dapat menyembunyikan perasaan bersalah tetapi mereka tidak takut kepada warga tempatan sebab warga tempatan adalah kawan mereka atau tutup mulut dengan wang puluhan ringgit , sudah tentu .Saya bercakap mengenai PTI sahaja.yang tidak berkaitan,masih boleh saya anggap sebagai Warga Asing berdaftar yang sah.
Lagipun , kalau ikutkan cara hidup di Malaysia ,warga asing yang tidak berdaftar lebih banyak dipengaruhi dengan cara hidup mereka yang lama semasa berada di Negara mereka .Contohnya kalau setakat melawan kerajaan , itu seperti makan kacang , jadi tabiat melawan kerajaan itu terbawa-bawa di Negara orang lain khususnya di Malaysia .
Sebagai akibatnya , mereka tidak takut kepada tangkapan yang dibuat oleh kerajaan sebab mereka mengaku lebih handal daripada CSI (Crime Scene Investigation ) . Walaupun mereka melakukan kegiatan jenayah , kebanyakan daripada mereka tidak pernah meninggalkan jejak . Ini sudah tentu satu tugas yang mencabar untuk pihak berkuasa menangkap mereka .
Adakah PTI ini benar – benar handal ? Kalau benar , saya cadangkan supaya pihak berkuasa mengatur strategik baru untuk menghantar warga asing yang tidak berdaftar atau telah tamat tempoh berada di Malaysia dan balik semula ke Negara mereka dengan aman dan tenang tanpa sebarang kontrovesi daripada Negara jiran .
Artikel mengenai Warga Asing tidak berdaftar siri 03 akan menyusul .



