warga asing tidak berdaftar-siri 03
102 views ,Memang sedih kalau W.A.T.B atau ringkasnya warga asing tidak berdaftar akan dihantar balik ke negara asal mereka jika mereka sudah tamat tempoh untuk berada di Malaysia . Namun satu hal yang pelik berlaku kepada W.A.T.B ialah mereka suka ditangkap .Mengapa mereka suka ditangkap ?
Memang bukan mudah untuk W.A.T.B akan bekerja di Malaysia semula selepas PASSPOT mereka tamat tempoh kecuali pass mereka disambung lagi .
Saya pun agak sedih juga sebab ada W.A.T.B sengaja ditangkap supaya mereka dapat di hantar dengan percuma dengan menggunakan kapal laut . Jadi , mereka tidak perlukan wang apa-apa untuk balik semula ke tempat asal mereka .Benarkah begitu ? Betulkan jika saya salah .
Ada W.A.T.B yang sudah kawin dengan orang bumiputera dan mempunyai anak yang ramai tetapi apabila si suami ditangkap , suaminya pula yang dihantar balik ke Negara asal mereka . Ini sudah tentu satu penyeksaan yang amat perit , yang terpaksa dilalui oleh si isteri bersama dengan anak-anaknya . Dimanakah kita dapat mendengar dan melihat kejadian seperti ini berlaku ?
Saya sendiri mempunyai kawan W.A.T.B .Saya juga tidak sampai hati dia ditangkap .Dia masih belum mengemasinikan dokumen perjalanannya kerana masalah yang tidak dapat dielakkan .Saya tidak dapat berbuat apa-apa .Saya juga langsung tidak dapat menawarkan sebarang penyelesaian berhubung masalah yang dia hadapi tetapi dia tahu apa yang hendak dibuat .
Kajian Kes #1
Ada seorang lelaki tempatan (yang bernama Umin(nama samara) tinggal dengan W.A.T.B selama beberapa tahun di sabah dan sekarang dia menjadikan W.A.T.B itu sebagai keluarganya sendiri sebab Umin sudah kehilangan keluarga .Dia kini menjadi anak yatim piatu dan dipelihara oleh mereka yang bukan warga Malaysia.Dia menjadi anak yatim piatu ketika umurnya 10 tahun .Dia juga tiada abang atau adik.Dia adalah satu-satunya anak tunggal .
Keluarga angkat Umin selalu bersembunyi apabila ada pihak berkuasa yang meronda di kawasan itu , sehingga sekarang keluarga angkat Umin mendapat status penduduk tetap dan tidak lagi dipanggil sebagai W.A.T.B . Miracle!
Kajian Kes #2
Ada seorang W.A.T.B yang tinggal di kampung dan tidak keluar ke Bandar apabila mendapat dokumen perjalananya sudah mansuh . Dia mula resah dan gelisah kerana wangnya tidak cukup untuk menguruskan semua perbelanjaan atau kos untuk membaharui dokumennya .
Dia benar-benar bingung lalu dia mengambil keputusan untuk bersembunyi sahaja di kampung itu dan tidak keluar ke Bandar selama 3 bulan .Pihak berkuasa dapat mencium jejaknya walaupun dia (W.A.T.B ) berada di kampung tetapi lelaki W.A.T.B itu tidak ditangkap sebab dia tahu bahasa orang tempatan dan boleh berkomunikasi dengan orang kampung dengan begitu baik sekali , sama seperti orang tempatan .
Selepas tidak dapat membaharui dokumen perjalanannya , dia pula mengambil keputusan untuk tinggal sahaja di kampung , sehingga sekarang dia mempunyai anak seramai 5 orang dan sudah besar semuanya . Saya sendiri tidak tahu bagaimana dia mendapat taraf kerakyatan sebagai penduduk tetap .Dan saya tidak tahu lagi cerita mereka seterusnya sebab itu adalah hal keluarga mereka .
Dan artikel dibahagian ini belum lengkap sepenuhnya , jadi akan menyusul artikel didalam siri 04 lagi ..





