why bloggers like to copy ?
228 views ,Artikel mengenai mengapa blogger mengambil artikel daripada orang lain tanpa kebenaran daripada pemiliknya menggunakan teknik copy dan paste tercetus apabila si wel membangkitkan soalan ini di blognya.Soalan ini menarik perhatian saya untuk menghasilkan satu artikel baru , terima kasih wel .
Ternyata kita memang perlu membaca blog daripada orang lain untuk mencari dan melengkapkan artikel terbaru kita .Namun ada masa-masa tertentu kita kehilangan idea untuk mengepos artikel didalam blog sebab musim luruh sudah datang .
Yang saya maksudkan musim luruh disini ialah kita ada masa-masa ketandusan idea , tidak tahu apa idea yang hendak dimasukkan didalam blog .Kalau kita bergantung sepenuhnya kepada apa yang kita fikirkan tanpa mencari sesuatu untuk menambah kandungan blog kita , maka kita benar-benar sedang berdepan dengan masalah bosan sebab kita hanya menulis sebagai seorang blogger yang tidak bergaji tetapi kita masih berseronok sebab idea kita boleh dibaca orang pelayar internet yang lain .
Sesetengah orang suka mencuri artikel orang lain dan dijadikan artikelnya sendiri . Jika artikel anda dicuri orang , bermakna mereka sudah tidak lagi menghormati anda samada sebagai seorang sahabat atau kenalan biasa Mana yang lebih penting , hadiah atau orang yang memberi hadiah itu ? Seandainya hadiah yang lebih penting daripada pemberi hadiah , maka wujudkan kes mencuri artikel orang lain tanpa kebenaran .
Tanpa kebenaran yang saya maksudkan disini ialah mengepos kandungan artikel orang lain yang terpapar didalam blog lain tanpa menyatakan sumbernya kecuali penulis sudah membenarkan anda untuk mengambilnya 100% sebagai artikel milik anda sepenuhnya . Saya telah mengepos satu artikel yang bertajuk [kuasa hak cipta] yang menerangkan mengenai hakcipta penulis buku elektronik yang telah dicetak dan dicuri oleh orang lain namun masih banyak orang yang mengaku bahawa buku elektronik yang ditulisnya itu adalah hasil karyanya sendiri .
Di dalam internet , terdapat banyak artikel yang tidak mempunyai hakcipta .Tujuan mereka tidak meletakkan hak cipta supaya orang boleh mengambilnya dengan percuma dan membuat pengemaskinian berdasarkan idea terbaru mereka ,sekaligus membuat tajuk yang baru berdasarkan idea dan pengalaman mereka sendiri .Mereka menulis satu artikel sebagai huraian daripada artikel orang lain dan orang biasa memanggilnya sebagai [ulasan] .
Artikel orang lain yang kita baca adalah pencetus idea untuk menambah kandungan didalam blog kita dan bukan mencuri artikel sebagai idea terbaru dan mengaku sebagai penulis atau milik sendiri .
Didalam surat khabar , anda mungkin membaca bermacam-macam berita .Ada berita yang mempunyai isi yang sama tetapi tajuk yang berlainan , ada yang mempunyai tajuk yang sama tetapi isi berlainan .Semuanya berlainan sebab cara pengolahan bahasa berbeza tetapi tujuan mereka tetap sama iaitu memberitahu orang ramai dan memberikan pengetahuan melalui sumber yang mereka ada dan orang memanggilnya sebagai [berita] . Risiko orang yang mengambil maklumat dan disiarkan didalam berita kadang-kadang berdepan dengan bahaya .
[ Kematian bila-bila masa meragut nyawa mereka . Contohnya seorang wartawan sanggup merempuh dugaan dan cabaran dengan merakam semua peristiwa itu untuk dijadikan sebagai sejarah atau idea kepada penulis lain dan meraka masuk didalam medan peperangan untuk merakam peristiwa .Wartawan yang merakam peristiwa untuk sejarah seharusnya dilindungi tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab langsung , tidak memperdulikan hak mereka .Mereka juga ada hak asasi untuk dilindungi .]
Hidup atau mati bukan masalah utama tetapi mereka bimbang jika tiada berita yang dirakam semasa didalam peristiwa itu .Kadang – kadang tugas seorang wartawan tidak sama dengan seorang penulis dan tugas seorang penulis tidak sama dengan seorang wartawan tetapi kedua – duanya hampir mempunyai peranan yang sama .
Jika anda terjumpa seseorang yang menjual artikel didalam internet , saya pasti anda berminat untuk membelinya tetapi artikel yang anda beli atau ambil dengan percuma juga disertakan satu fail [read me] supaya anda memahami isu hakcipta atau panduan yang disertakan bersama didalam artikel itu .
Isu hakcipta adalah isu yang susah dikawal terutama didalam internet sebab orang boleh mengambil artikel anda lalu memberikan kepada rakan – rakan lain melalui email atau mencetaknya dan memberikan kepada orang lain di luar sana , samada dijual atau diberikan secara percuma .Jadi , kawalan hak cipta itu tidak begitu dihiraukan .
Walaupun isu itu memang sukar untuk diselesaikan tetapi satu cara terbaik untuk menggalakkan penulis terus menceburi bidang penulisan blog ialah menghormati pemberi hadiah dengan menyatakan sumber link yang di ambil .
Menghasilkan sebuah buku juga perlukan banyak rujukan . Kalau anda membaca sebuah buku yang mempunyai lebih daripada 500 muka surat , sudah tentu banyak sumber ideanya yang tercetus semasa menulis sebuah buku itu dan anda boleh melihatnya dibahagian belakang kulit buku sebagai [ Bibliograpi]
Dengan berbuat demikian , anda bukan sahaja seorang yang beretika tetapi berdisiplin dalam sikap sebagai seorang penulis yang bertujuan untuk mendidik dan memberi maklumat . Kalau kita memang pakar untuk mengolah bahasa , tidak ada kes mencuri artikel kerana ulasan lebih panjang boleh mencetuskan minat para pembaca untuk membaca idea anda sendiri dan sekaligus idea blog penulis lain berkembang melalui anda .
Kalau disekolah , kita belajar sejarah dengan fakta yang sama .Untuk membezakan kita dengan orang yang berpandangan dan mempunyai fakta yang sama , kita kenalah mencari bahan atau sumber lain yang sama dengan apa yang kita pelajari di sekolah atau kolej , university tetapi saya tidak bermaksud untuk menjadi anda seorang yang sombong kerana berpengetahuan lebih tinggi daripada orang lain sebab mereka juga manusia sama seperti kita .
Pemeriksa kertas soalan tidak akan mendakwa kita jika terjumpa satu jawaban yang sama dengan kawan yang lain tetapi dia akan merasa curiga dan berkata [mungkin itu bukan jawaban anda] .
Pemeriksa kertas soalan peperiksaan tidak akan mendakwa kita jika mereka terjumpa kertas soalan anda yang sama jawaban dengan pelajar yang lain tetapi dia akan mencurigai kita sebagai seorang yang tidak mahu berusaha .
Kalau mata pelajaran matematik , mungkin kita tidak kedapatan meniru jika ada jawaban yang sama sebab menyelesaikan masalah matematik untuk jawaban yang betul adalah sama dengan jawaban dan cara penyelesaian yang dilakukan oleh rakan – rakan yang lain , jadi ini mungkin dikecualikan daripada isu hakcipta tetapi masih dilindungi sebab formula matematik itu adalah berasal daripada hasil kerja seorang pakar dan kita adalah murid-muridnya .
Keseimpulannya , marilah kita berpandangan jauh mengenai apa yang sedang kita lakukan .Jika kita mencuri artikel secara tidak sengaja pergilah mencari sumbernya , sekurang – kurangnya penulis itu akan merasa gembira kerana dihargai .
Berbalik kepada tajuk utama iaitu Mengapa mencuri artikel/berita melalui teknik copy dan paste ? mereka melakukan teknik ini kerana :
1. Mereka tiada idea lain untuk dipaparkan didalam blog , jadi dengan cara copy and paste , orang akan dapat membaca idea yang menarik .
2. Mereka ingin menjadi terkenal . Bukan senang untuk menjadi seorang yang terkenal tapi teknik copy dan paste hanya akan menjadikan kita menjadi semakin tidak terkenal disebabkan artikel yang dipos itu adalah artikel milik orang lain .
3. Pemilik artikel tidak menyimpan tanda hakcipta hasil karya atau tulisan mereka .
4. Pencuri artikel ingin membalas dendam – kejadian ini mungkin jarang berlaku tetapi kemungkinan akan berlaku sekiranya terjadi perbalahan atau pertelingkahan sebelumnya .
5. Mereka tidak tahu undang-undang hakcipta atau sengaja tidak tahu .
6. Mereka hanya melakukannya sebagai hobi dan menganggap hasil karya orang lain itu tidak begitu penting .
7.Mereka tidak menghargai penat lelah penulis dan tiada sikap menghargai , lalu dengan sesuka hati memperlakukan artikel orang lain sebagai artikel ciptaannya .
Keseimpulannya, betapa pentingnya kita menggunakan idea sendiri untuk membuat ulasan melalui apa yang kita atau lihat sendiri tanpa mengambil bulat-bulat hasil karya mereka . Walaubagaimanapun,tidak semua orang marah apabila kita mengambil artikel atau hasil karya mereka kecuali anda mendapat kebenaran daripada mereka .
Jika anda serius didalam area blog , kita seharusnya serius juga didalam etika penulisan untuk melindungi hasil karya para penulis blog yang lain .
Jika kita terus berdepan dengan masalah copy and paste tanpa sebarang sumber , sudah pasti etika dalam bidang penulisan kita sendiri akan terjejas . Semua ini hanya pendapat saya saja , mungkin anda mempunyai pendapat yang lebih baik daripada saya .sila berikan komen jika ada .Terima kasih .
P/S: Satu lagi artikel akan menyusul .Artikel PTI akan ditunda ke hari yang lain dan pengemaskinian terbaru mengenai PTI masih dalam proses.






June 13th, 2008 at 9:37 am
Komen Testing for this article goes here ,just like this .
[Reply only this thread]
June 13th, 2008 at 9:42 am
Why ??? Why ? Why ? why ? , show your avatar here .Just type you username mybloglog ID didalam ruangan nama . End testing
[Reply only this thread]
June 13th, 2008 at 8:47 pm
aha..san..yeah..i totally agree..and understood that some urg memang buat mcm ni….at least copy paste to support your point not copy-paste sja ba..hehe..tp teda hal ba just be careful la..who know kan..copyright issue memang bayaya jg..
as for me..sia pun copy paste ba..but atleast use them to support your own idea…or make it yours..restructure ka..hehe..
good post san sama..
[Reply only this thread]
July 1st, 2008 at 1:30 am
menulis blog pada mulanya adalah mudah bagi saya. namun setelah lama-kelamaan saya berfikir bahawa saya ada tanggungjawab untuk menulis dan dengan itu saya tidak lagi ‘cincai’ dalam menulis blog. jika tiada idea saya biasanya menyelitkan lawak
untuk blog yg berbahasa inggeris saya selalu merujuk article city.com. free article punya
[Reply only this thread]
July 1st, 2008 at 4:46 am
Thanks for your comment tanakwagu , itu juga satu cara yang baik untuk menambah artikel . Saya pula masih mempertimbangkan untuk memasukkan idea lawak didalam laman ini , belum pasti lagi ..Teruskan usaha kamu… Semoga berjaya… saya support dari belakang saja …
[Reply only this thread]
July 3rd, 2008 at 2:56 am
wahai sobatku, copying an articles from any other resources is never prohibited except those with copyright. Walaubagaimana pun, memang salah kalau just meng-copy without acknowledge the owner of the post. Jadi fikirkan sendiri lah..
[Reply only this thread]