Menjadi orang gembira

184 views ,

Hidup ini bukan seperti sebiji gula-gula kiss me yang kita makan .Apabila kita merasa dunia ini terlalu berat atau dunia ini sudah menjadi masalah bagi kita , lihatlah di sekeliling kita dan cari orang yang mahu membantu kita , yang ikhlas dan jujur .

Kita dikawal oleh kehidupan yang berat , yang tidak mampu kita angkat .Kita semakin bertambah lemah dan semakin lemah .Kita hidup dan terus hidup dengan kepentingan sendiri tetapi semua itu tidak berguna sama sekali , malahan banyak bebanan yang kita terima , malahan semakin menghimpit kita sepanjang masa .

Jadi bagaimana untuk menjadi orang yang gembira ? Terlalu banyak cara bagaimana menjadi orang yang gembira namun saranan saya berikan ini adalah yang paling basic , yang tidak dapat bangun kerana seringkali mempersalahkan diri sendiri , mempersalahkan kecuaian diri sendiri sehingga tiada harapan lagi untuk bangun kembali menjadi seorang yang bersemangat dan ceria …

Saranan ini mungkin boleh membantu anda tetapi saya tidak dapat membantu jika saranan ini tidak sesuai untuk anda .Selamat mencuba .

01. Cintailah diri anda .
Mencintai diri sendiri bukan bermaksud mementingkan diri sendiri .Kita perlu tahu membezakan mana satu mencintai diri sendiri dengan mementingkan diri sendiri . Mencintai diri sendiri perlukan banyak sokongan dan kekuatan supaya semua kehidupan kita akan menjadi semakin cerah dan tidak dikawal oleh masalah semata-mata .

Mencintai bermaksud menerima .Jadi , mencintai diri sendiri ialah menerima keadaan diri sendiri , samada ada anda seorang yang kuat atau lemah , atau mempunyai kelemahan yang tidak dapat diterima oleh orang lain , yang menunjukkan yang anda ini adalah seorang yang tidak sempurna , kita yang tidak sempurna .

Dengan cara ini , kita akan dapat belajar untuk menerima diri sendiri dengan seadanya dan mulai belajar untuk memperbaiki diri .Kita memang tidak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan tetapi kita juga perlu tahu apa kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri kita .

Kita mencipta satu kekuatan diri yang baru dengan mencari kelemahan dan kelebihan kita atau mencari kekuatan dan kelemahan kita , mencari apa yang menjadikan kita jatuh selama ini , yang membuatkan kita kehilangan segala-galanya atau kita tidak pernah memenangi satu pingat pun didalam hidup ini .

Setiap langkah yang anda lalui atau setiap kali anda melangkah untuk bahagian pertama , anda sudah mendapat point yang amat membanggakan .Jadi , jadikan point itu membantu kita untuk terus menjadi gembira dan terus bergembira , walaupun di landa dengan pelbagai masalah .

Masalah teman wanita atau lelaki anda yang tidak setia , masalah itu dan ini atau anda pernah mengatakan ” I hey problem , have a BIG GOD instead of , hi god ,I have a BIG problem ” .

Semoga artikel ini dapat membantu ….

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

3 Responses to “Menjadi orang gembira”

  1. nokurogia Says:

    hi … (dapat update dari RSS kenen)

    Sini sia mo tambah sikit “cintailah diri anda” dari prespektif lain… Sia bagi contoh diri sia sendiri ahh…

    Sia jenis internet guy.. kurang kana invite pi party, telefon kurang dapat call, sms pun kurang dapat, kawan pun kurang, populer pun kurang. Dan mcm2 lagi yg kurang. So bila sia jumpa orang2 kan, banyak kali juga dorang cakap, “cuba belajar bersosial”, “kasi tambah tu konfiden diri ko” dan macam2 lagi… So selama bertahun2 sia rasa dorang ni betul.. n sia perlu lagi bersosial, jadi lagi populer kah apa… So rasa stress juga kalo ndak dapat capai ni target kenen…

    Sampai lah satu hari ni.. sia start belajar pasal basic pisikologi (selfstudy)… Sia belajar ni tuk taw definisi “life” yg lagi formal.. Then sia belajar lah ni “personality type” salah satu sub dalam bidang pisikologi.

    Belajar belajar belajar.. last2 sia taw yg personality sia ialah jenis org2 powerful dalam sejarah manusia biasa datang.. ALBERT EINSTEIN, ABRAHAM LINCOLN, SOCRATES, Sir Isaac Newton, CHARLES DARWIN, Soros dan banyak lagi.. dorang ni tinggi2 IQ dan pengaruh dorang terlampau besar bagi manusia..

    Last2 baru sia faham kenapa sia kurang populer… sebab kalo gap IQ lebih dari 30 point dari orang kebiasaan kita bole hilang kawan. Sia terlampau rumit bagi orang2 kebiasaan… sia IQ score 130, orang2 kebiasaan Malaysia 94, gap lebih 30 kan. Then sistem thinking sia lagi jenis “very big picture thinker”, kalo bercakap sama org2 biasa, dorang dengar sia cakap mcm mengarut sebab average org cuma berfikir cara “now and here”. Now sia start “cintai diri sendiri”, ni kali betul2 punya.

    So utk apa lagi sia mo jadi populer kalo sia mimang kana desing tuk fikir benda2 rumit kan.. hehehe… Bos, ko try cek personality type ko guna MBTI.. then ko tau tu apa kekuatan ko yg bukan kekuatan orang.

    Ohh ya semua personality tu ada kekuatan masing2, so ndak perlu jadi orang lain…. jadi diri sendiri. Thanks..

    [Reply only this thread]

  2. san Says:

    Nokurogia , thanks for the great idea . Saya memang tunggu-tunggu ko bagi idea tapi tidak datang – datang .Last-last , datang juga ko .berkesan juga jampi mambang tanah saya tu .hehehe.. (joke sikijap ah)

    Personaliti type guna MBTI ,sa lawat web ko nanti untuk cek , saya pun jenis darah 0 , Saya pun tidak mahu darah 0 tapi itu sudah semulajadi ada dalam darah saya .

    [Reply only this thread]

  3. HoneyBUZZin Says:

    Saya suka berkawan dengan bermacam-macam manusia dari yang miskin sehinggalah yang Elite. Eloklah begitu, jangan pilih kawan berdasarkan darjat atau pangkat.
    Pernah sekali saya pergi ke sebuah tempat dimana tuanpunya resort ini kepunyaan seorang bekas juruterbang sebuah syarikat terkenal di negara kita.
    Mereka jarang jarang pulang ke Sabah dan membiarkan pekerja mereka mengendalikan resort kecil itu ( resort diluar Kota Kinabalu). Pada suatu ketika,
    mereka terpaksa mencari cawan yang sesuai untuk menghidangkan air teh kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Nampak sangat tension di wajah pemilik itu kerana banyak barang-barang dapur yang hilang semasa ketiadaan mereka dan hanya ada adalah cawan-cawan plastik yang murah.
    Secara bergurau saya mengatakan kepada tuanpunya pemilik itu..”Captain..is okay, don’t worry about those cups…whether it’s a five star or no star resort, we can survive!
    Dengan ini kami semua termasuk tuanpunya resort ketawa terbahak-bahak. Sejak itu kami menjadi kawan yang baik dan saya tidak lagi malu masuk ke dapur mereka setiap kali saya kesana..helping myself la..samada buat sarapan pagi atau malam. (sebab kadang tu dia tak cukup staff)
    Saya rasa bukan susah untuk menjadi orang yang gembira walaupun kita semua manusia biasa yang selalu dirundung masalah. Adalah lebih baik sekiranya kita bersikap lebih terbuka, lebih peka kepada keadaan sekeliling bak kata pepatah..” Masuk kandang kambing..mengembek… dan begitu juga sebaliknya. Saya percaya hidup dalam keserderhanaan itu adalah jalan terbaik untuk menjadi orang yang gembira.

    [Reply only this thread]

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link