perkara yang berlaku secara kebetulan
119 views ,Selama saya menjelajah internet , terlalu banyak sekali perkara lucu yang berlaku secara kebetulan. Walaupun mungkin terdapat perkara serius yang diperkatakan di internet , namun ada sahaja perkara lucu yang tidak dapat dielakkan , mesti ketawa sendirian atau sebaliknya .
Walaubagaimanapun , saya perlu peka juga dengan mereka yang amat sensitif dengan perkara yang berlaku secara kebetulan kerana perkara yang berlaku secara kebetulan adalah satu perkara yang amat baik untuk dipelajari tetapi tidak semua baik , malahan ada yang hanya mengeruhkan keadaan .
Untuk mempelajari perkara yang berlaku secara kebetulan bagi saya adalah belajar mengenali individu itu daripada dirinya sendiri , sebab di internet terlalu banyak pilihan untuk diceritakan. Jadi , ianya berlaku secara kebetulan tetapi ada juga yang disengajakan.
Kita lihat dan baca terdapat disclosed policy sebab mereka tidak mahu sesuatu yang mereka perkatakan adalah tidak berkaitan dengan sesiapa dan amat baik sekali untuk pembaca blog yang amat sensitif tetapi bagi saya , amat sukar sekali untuk mengelakkan diri daripada bertemu perkara yang berkaitan seperti ini kerana terlalu ramai pengguna internet di seluruh dunia dan kebanyakan penulis menulis berdasarkan kepada pengalaman mereka sendiri .
Pengguna internet mungkin sahaja lebih daripada 90000 billion di seluruh dunia sebab dunia maya penuh dengan orang , yang sedang melayari internet seperti kita , mungkin ada di antara mereka yang melayari internet penuh dengan kecurigaan atau sebaliknya .
Jadi , kita masing – masing Cuma dapat menilai mana satu yang akan kita ambil dan ketepikan . Mengenepikan yang pertama dan mengambil yang kedua atau sebaliknya . Katakan satu idea didalam blog itu ditulis menurut pengalaman dan idea kita sendiri , kalau lebih daripada 10 penulis mempunyai pendapat yang berbeza , sudah tentu salah satu daripada peristiwa atau keadaan itu adalah secara kebetulan , yang tidak kita tahu , orang tidak akan dapat mengetahuinya.
Orang yang tahu, kita tidak tahu , orang yang tidak tahu , kita tahu .Itulah yang terjadi .Kalau kita lihat cerita yang dilakonkan melalui filem , sudah tentu filem yang di re-publish akan terdapat ruangan disclosed policy terutama filem yang berkisar mengenai kisah benar .
Apakah yang terpapar didalam filem tersebut ? [ Filem ini , tiada kaitan dengan siapa-siapa mahupun yang sudah mati ataupun yang masih hidup . Kalaupun ada kaitan , itu berlaku secara kebetulan .] untuk memberitahu semua orang yang filem yang dihasilkan itu adalah filem yang benar dan kategori ini amat luas untuk diterokai .
Kalau kita hidup berkeluarga didalam satu rumah pun kadang – kadang terjadi perbalahan atau pertelingkahan kerana tiada keserasian dan ketidakfahaman .Ini mungkin berlaku kerana tidak faham mengenai erti [ kebetulan ] .
Menurut pendapat sesetengah orang , tiada yang berlaku secara kebetulan tetapi menurut pendapat saya , kadangkala sesuatu itu berlaku secara kebetulan , samaada kita dalam keadaan yang sedar ataupun tidak . Walaupun terdapat perkara yang tidak disengajakan , tetapi perkara yang berlaku secara kebetulan juga akhirnya akan muncul kemudian .



