hadiah dan pemberi hadiah
110 views ,Hadiah ialah satu pemberian yang kita terima daripada seseorang samaada dalam bentuk wang atau benda lain.Hadiah biasanya dikaitkan dengan perayaan.hari jadi atau sesuatu yang dianggap istimewa.
Kalau tiba masanya untuk merayakan hari jadi , sudah tentu yang dinanti-nantikan ialah hadiah , samada hadiah istimewa atau tidak istimewa itu tidak penting yang penting ialah dapat merayakan dengan cara yang sederhana dan dengan ceria serta dalam suasana kekeluargaan .
Di sebalik semuanya itu , saya masih berfikir mengenai hadiah , penting sangatkah hadiah itu ? Ok , ini Cuma persoalan yang ada didalam kepala saya sebab saya sedang mencari sesuatu mengenai rahsia di sebalik hadiah dan pemberi hadiah .
Hadiah ialah sesuatu yang kita terima sebagai lambang keikhlasan dan kejujuran atau hanya sebagai hadiah sahaja . Dan bagaimana pula dengan pemberi hadiah ? Apakah yang akan anda lakukan seandainya diberikan hadiah secara tiba-tiba oleh seseorang yang tidak anda kenali ?
Saya pasti anda bukan lagi mencari hadiahnya tetapi sedang mencari pemberi hadiah itu .Dan anda tertanya- tanya siapakah yang memberikan hadiah itu dan anda mulai mencarinya dari satu negeri ke satu negeri sebab orang yang memberikan hadiah itu tidak terdaftar di Jabatan Pendaftaran Negara.
Kita beralih kepada sudut lain tetapi masih didalam kategori hadiah . Pemberian hadiah yang ikhlas itu Cuma satu tanda sahaja bahawa dia sedang menghargai anda tetapi yang lebih penting ialah orang yang memberikan hadiah itu .
Mencari orang yang memberikan hadiah kepada kita adalah lebih penting daripada hadiah yang diberikan oleh orang itu .Mengapa mesti mencari pemberi hadiah dan Bukankah hadiah itu lebih penting daripada pemberi hadiah ?
Hadiah sebenarnya Cuma sementara sahaja , ia tidak kekal , itu Cuma satu tanda , satu barang yang kita ingat sebagai kenangan. Harimau mati meninggalkan belang , manusia mati meninggalkan nama .
Then , manusia hidup meninggalkan hadiah , sebab tanpa hadiah , tiada kenangan tapi kalau pemberi hadiah itu mati , hadiah tidak penting lagi .Yang penting ialah pemberi hadiah .Sebab pemberi hadiah itu sudah mati , menangis lagi , tidak berguna.Then , hadiah yang diberikan oleh pemberi hadiah Cuma kenangan saja lagi .-
Mengapa saya teringin sekali berbicara mengenai hadiah dan pemberi hadiah ? Sebab kita masing-masing mempunyai hadiah , samaada dalam bentuk material [ yang diberikan oleh kawan ] dan hadiah lain .Tetapi saya tidak bangga mendapat talenta sebab talenta Cuma satu tanda sahaja .
Saya juga sedang mencari pemberi talenta itu . Jika saya tidak dapat mencari pemberi talenta itu , maka talenta saya sama sekali tidak berguna . Jika saya menggunakan talenta hanya untuk kepentingan diri sendiri tanpa mencari pemberi talenta itu , ini bermaksud saya mencari kemuliaan diri sendiri tanpa mengkreditkan pemberi talenta itu .Dan banyak penyesatan disebabkan perbuatan mencari hadiah yang lebih penting daripada pemberi hadiah .
Adakah sesiapa yang dapat memahami maksud yang saya sampaikan ini ?





