minyak dan kereta membebankan rakyat ?
82 views ,Kenaikan minyak sudah tentu banyak menggugat masa depan rakyat . Mereka menginginkan masa depan yang cemerlang dan gemilang tetapi semua akan menjadi hampa. Dikejutkan lagi dengan berita yang mereka akan dibuang kerja kerana majikan tidak dapat membayar gaji pekerja lagi dalam masa yang terdekat.
Kenaikan minyak seolah-oleh tidak memberikan tempat kepada semua jenis kenderaan melalui stesen minyak dalam masa yang lama kerana had penjualan minyak juga dikurangkan atau akan ditiadakan pada masa akan datang ? . Ini sudah tentu akan memberikan trauma yang amat mendalam didalam sejarah manusia .
Kalau kereta yang dijual pada masa lalu sangat laris tetapi sekarang semua kereta mungkin tidak akan dapat dijual lagi atau sebaliknya? kenaikan harga minyak membangkitkan rasa kemarahan di kalangan rakyat .Mengapa tidak , setiap kali beratur membeli minyak , ada yang sudah menunggu sehingga berjam-jam dan berada didalam barisan yang ke 50 , sedangkan barisan yang ketiga pun , sudah takut kalau-kalau penjual minyak tidak akan menjual minyaknya lagi.
Betapa banyak buah kereta , yang mampu berjalan , Tiada lagi keindahan jalan raya , tiada lagi keindahan Bandar raya , dengan kereta yang diperbuat dari berbagai negeri . Kalau dulu , kereta cantik yang dimiliki menjadi seperti bayi , sentiasa dipelihara , tetapi sekarang , kereta kegemaran sendiri pun , hampir-hampir tidak diperdulikan lagi sebab kekurangan minyak , boleh menjejaskan kesihatan kepada kereta-kereta yang lain .
Mungkinkah basikal akan menjadi popular pada masa akan datang jika kenaikan minyak ini berterusan ? Kenaikan minyak seperti satu beban yang menekan sesiapa sahaja , terutama yang mempunyai kereta . Dunia ini semakin menakutkan manusia . Bukan manusia yang menakutkan manusia, tetapi dunia ini yang cuba untuk menggugat ketenteraman rakyat , adakah gara-gara perbuatan manusia maka dunia ini menjadi seperti ini ?
Tiada siapa yang tahu , apa yang akan terjadi kepada dunia pada masa akan datang , ada yang sudah mulai berjaga-jaga , tidak kurang juga mereka yang melatih manusia , untuk menjadi seorang askar , seorang pejuang , pejuang untuk menentang kenaikan minyak , penjuang untuk berjuang , tapi apa gunanya berjuang kalau perjuangan itu hanya sia-sia dan kehilangan nyawa sendiri ?
Tiada orang yang menggantikan nyawa kita , bahkan nenek moyang kita sendiri .tidak tahu dimana stok untuk menyimpan nyawa manusia sebab mereka juga tidak pernah menyimpan stok .Kalau kita mogok , sudah tentu kerajaan akan bertambah marah sebab mereka menghadapi krisis global yang terlalu menekan sehingga tidak lagi dapat berkata apa-apa , Cuma yang dilakukan ialah dilakukan secara psykologi .
Tapi setakat ini , belum ada lagi kematian yang terjadi akibat kekurangan minyak kerana kita tidak makan minyak , Cuma makan nasi , makanan ruji masyarakat Malaysia . Adakah minyak minuman ruji kereta Malaysia ? Kalau minuman ruji kereta ialah minyak , bererti dalam jangka masa yang akan datang ini , semua orang akan kembali menaiki kereta kuda, tongkang , sampan atau kerbau .
Akan ada koboi yang mengetuai kumpulan pejalanan kaki , kalau tidak , mereka akan dirompak di tengah jalan tapi saya fikir kerja merompak dan mencuri harta karun ini juga salah satu cara untuk memeskinkan rakyat .
Mungkin tidak akan terjadi penindasan tetapi akan terjadi kemunduran , kerana tanda-tanda sudah tidak menjadi stabil .Tetapi penindasan akan mulai masuk apabila sudah terjadi kemunduran ..orang yang mencuri minyak pun tidak tahan menjadi orang minyak lagi .






Leave a Reply